My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 May 2014

terima kasih cikgu



Dulu aku rasa antara kerja paling senang ialah cikgu. Masuk kelas ajar subjek tertentu. Bagi kerja sekolah pun pilih-pilih yang mana perlu. Habis kelas masuk bilik guru. Sambil tanda kerja sekolah sambil dengar lagu. Orang pejabat balik pukul lima kau balik pukul satu.


Tapi itu dulu.




Sekarang aku kerja dekat sekolah. Aku bukan cikgu tapi ada hari aku kena mengajar satu subjek yang mereka anggap susah. Sebenarnya tak susah, cuma mereka masih mentah. Dan sejak itu pemikiran lama aku tentang profesion guru berubah 180 darjah.


Kerja guru bukan senang macam yang dijangka. Bukan senang nak buat budak-budak faham apa yang kau ajar pada mereka. Bukan senang nak buat budak-budak ingat apa perkataan-perkataan baru yang kau kata. Budak-budak yang dalam kepala mereka cuma nak main saja, tiba-tiba dipaksa hadam ilmu baru yang mereka tak tahu kegunaannya.


Guru mahu anak muridnya menjadi manusia berguna. Kerana itulah tugas guru itu mulia. Yang diajar itu memang manusia, tapi gurulah yang akan menunjuk jalan kepada mereka untuk jadi yang berjasa pada agama, bangsa, mahu pun negara.


Tidak ada benda paling indah bila sampai sekolah setiap pagi dan lihat budak-budak depan mata. Budak-budak yang dahagakan ilmu untuk masa depan mereka. Budak-budak yang berlumba lari ke kantin bila waktu rehat tiba. Budak-budak yang satu hari nanti akan jadi guru juga. Insyaallah bila tiba masanya.


ps : Selamat hari guru. Terima kasih untuk segala ilmu ;)

1 comment:

si ngokngek said...

selamat hari guru to you.*harap2 xterlambatlah..hiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...