My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 July 2010

awards blogger cute selipar putus






Kunkun!!


Hai semua. Skema je kan cakap hai semua camtu. Hahaha. Keadaan kehidupan aku agak huru-hara sekarang. Sejak habis belajar tu ingat nak cari kerja. Sape tau kat mana ada kerja kosong? Hehehe. Tapi dalam suasana tak tentu arah tu aku tak sangka pulak akan dapat Awards dari Nenek Selipar Putus. Nek, cucu ambik ni ye. Thanks nenek.

Awards From Selipar Putus


Tu dia Awards yang nenek hot tu bagi. Tapi zaman sekarang mana ada benda free kan. So terpaksa la jawab soalan-soalan ni. Soalan temuramah macam artis ni.


Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
Bernafas Dalam Ego. Sebab ramai orang cakap aku ego sangat. Padahal aku takde pun motor Ego. Honda Wave ada la sebuah.

Jelaskan kenapa, bagaimana anda dapat idea nak letak URL blog anda
Apih tu nama aku. El Nino tu maksud dia budak kecik. Jadilah Apih Budak Kecik. Sebab kadang-kadang perangai aku mengalahkan budak kecik. Walaupun dah umur 21.

Bila blog anda mula beroperasi
30 September 2009. Hari Rabu. Belum sampai setahun umur dia ni. Baru nak belajar merangkak. Macam baby je. Hahaha.

Siapa follower pertama anda
Apih El Nino. Aku mengaku aku orang first follow blog aku.

Ucapan kepada pemberi awards
Terima kasih tak terhingga sebab bagi Awards Blogger Cute ni. Aku agak terkejut untuk dapat Awards ni tapi syukur kerana pemberi Awards ni nampak kecutean aku. Kita semua memang cute. Hahaha.

Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat awards ni
Aku nak bagi kat semua follower aku. Kepada silent reader yang takde blog, sila print Awards ni dan tulis atas kertas A4. Pastu tampal dalam bilik. Anda juga layak menerimanya. Sebab anda semua memang cute. Hahaha.


Terima kaseh Nenek aka Selipar Putus



Kunkun!!







05 July 2010

fynn jamal - 150 juta lirik






Kunkun!!


Oleh sebab banyak sangat pertanyaan pasal lagu aku gunakan sekarang ni, meh aku nak bagitau kat anda semua. Aku letak lagu Fynn Jamal - 150 Juta. Aku suka sebab suara dia manja. Hahaha.

Fynn Jamal | The contender in Keynote


Fynn Jamal - 150 Juta


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...



Aku suka lagu ni. Simple dan ada style tersendiri. Hahaha.


Kunkun!!




01 July 2010

apa berlaku pada 1 julai 2010



Kunkun!!



Aku ada terfikir kenapa orang cakap 'pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai' dalam membayangkan kelajuan peredaran masa. Kenapa tak guna 'tidur bangun tidur bangun' atau 'install uninstall install uninstall' untuk dapatkan ayat yang lebih stylo?


Korang tau tak ada beberapa fakta menarik lagi berlaku pada 1 Julai? Okay meh aku nak cite.


Fakta pertama. Tahukah anda lalat hanya hidup selama sebulan atau 4 minggu. Jika tarikh lahir seekor lalat pada 1 Julai, maka dia akan masuk tadika dan sekolah rendah pada 3 Julai, memasuki alam Universiti pada 10 Julai, berkahwin dengan lalalt lain pada 17 Julai, mendjadi seorang bapa pada 24 Julai sebelum sampainya ajal pada 31 Julai. Sebab tu takde lalat jadi Mat Rempit sebab dia tau hidup dia tak lama.

Flying Flies | Born to die


Fakta kedua. Kelajuan hujan yang turun dari langit dan jatuh menitik ke bumi ialah 35 kilometer sejam. Kelajuan tu adalah hasil bantuan tarikan graviti dari bumi. Kelajuan anda dari langit? Cuba la terjun.


Fakta ketiga. Secara puratanya berat kepala manusia ialah 3.6KG. Walaupun orang menggelarkan anda kepala batu atau apa saja, ingatlah bahawa berat kepala kita tetap sama. Sape entah yang takde kerja sangat pergi timbang kepala ni. Gila ke apa.

Roti Kepala | Sape nak makan ni?


Fakta empat. Tahukah anda bahawa Sheyla Hershey mempunyai saiz buah dada paling besar di dunia? Beliau ialah satu-satunya wanita yang menggunakan bra bersaiz 38KKK. Tahukah juga anda bahawa sekarang ramai pembaca sedang mencari Sheyla Hershey kat Google.

Sexy Sheyla | Tengok kejap-kejap je okay


Fakta lima. Tahukah anda Apih El Nino telah menghabiskan diplomanya pada 1 Julai? Yang ni sangat penting okay. Hahaha.


Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...