Kunkun!!
Bila difikirkan balik, sudah sebulan lebih menjalani hidup seorang diri. Kawan-kawan ada, yang tersayang tiada. Tapi hidup mesti diteruskan juga. Umur masih muda. Lebih baik belajar dan bekerja, nanti ada rumah dan kereta, senang nak masuk meminang mana-mana anak dara. Jangankan Scha Al Yahya, nak Adira pun takpe. Ketawa.
Semalam, lepak dengan kawan-kawan di warung mamak. Ramai orang turut sama berada di situ, mungkin kerana esok hari cuti am. TV plasma menayangkan perlawanan bola sepak tapi mata ini sesekali melihat ragam manusia lain. Terpandang beberapa pasangan kekasih yang sedang menjamu selera.
Nun di hujung kedai, pasangan berbaju putih sedang makan. Si lelaki, kacak berambut terpacak dan yang perempuan cantik dengan rambut sedikit diwarnakan. Si lelaki menghabiskan dulu makanannya. Kemudian dia sabar menantikan pasangannya makan. Kemudian, si lelaki menyalakan rokok. Si perempuan di sebelah sesekali mengibas-ngibaskan tangannya, menghindari asap rokok tapi tetap setia menemani kekasihnya menghabiskan sebatang rokok. Manis bukan? Susah nak cari perempuan yang sanggup menunggu kekasihnya merokok.
Satu lagi pasangan, selang dua meja, tidak makan. Ada dua cawan di atas meja. Yang lelaki, berimej rock dengan rambut panjang paras bahu. Yang perempuan pula, tenang menghembuskan asap rokok. Nampak seperti mereka berkongsi satu kotak Dunhill yang sama. Kekasih berkongsi barang perkara normal bukan? Lagipun kalau betul merokok itu dapat menghilangkan tension, maka tak salah perempuan merokok. Perempuan pun tension.
Ada beberapa lagi pasangan. Masih mampu bersama walau malam sudah lewat. Mungkin sebab esok cuti, jadi malam ini elok bersama orang tersayang. Aku faham perasaan seorang kekasih. Aku pernah menjadi kekasih.
Tiba masa untuk aku melangkah pergi namun mata sekali lagi terpandang pasangan berbaju putih tadi. Mereka masih bersembang. Mungkin ada banyak lagi perkara ingin diceritakan. Semalam mungkin sangat pendek waktunya bagi mereka. Sedangkan bagi orang macam aku, semalam adalah waktu yang sangat lama. Sangat panjang.
Tapi sekarang bagi aku, sendiri itu sebenarnya indah. Sepi itu nikmat. Tiada rindu. Tiada sayang. Tiada kasih. Tiada cinta. Tiada yang teristimewa. Cinta hanyalah hubungan untuk merasa lebih mesra. Cinta sebelum kahwin, ibarat berhala yang sentiasa disembah-sembah. Kita semua tahu, tapi buat-buat tak tahu.
ps : Why when I am taken, all I see is happy singles.
But when I am single, all I see is happy couples? Tell me why ;)
Kunkun!!
18 comments:
being single doesnt mean u have to be alone =) sometimes it made u realise all the things surrounds u when u are too blind to see it when u are together with someone~ ( dr pengalaman sndiri :) )
manusia mmg camtu kan? tym single gatal nk ada kapel. da ada kapel gatal nk single balik T_T
memang susah nak cari ponpuam yg snggup tggu laki merokok, kecuali lah kalau dye pon merokok jugak yg pasangan yg kedua tu..ahahha
'when I am taken, all I see is happy singles.
But when I am single, all I see is happy couples?', kene sgtlah dengan den sekali.. *peace*
kurang-kurang... kau tau juga status ko.. single ker..?? kapel ker..??
ada orang lg kesian.. rasa diri dia cam kepel.. tp alih2 hidup cam single.. lg sedih wei..!!
i same as you.. better to be alone.. dulu jadi silence reader je blog ni. malam ni cam nak drop some comment plak.. kih kih kih..
apih, bukan mudah nak cari perempuan yang bebetol sebulu dengan kita, kekadang kalo kita jer yang setia mereka sebaliknya,, but if mereka setia kita pula lainnya.. nak cari perfect couple tak semudah mendulang emas di pinggir kuari, tak semudah menangguk di air jernih,
macam gua dedulu kami slalo give and take lah, and sesame mengalah kalo wat salah,
masih muda...nikmati sepuasnya masa itu... :)
Sbb ko x ckp bersyukur.brsyukur je dgn pe yg ko de.
nice gile ayat kau.
walau apa jua status kau, menghargai kehidupan itu sesuatu yang indah sebenarnya
semoge dapat jodoh cepat2 aku doakan. :)
@ Mra Mastura
Setuju seratus peratus dengan pengalaman anda. Pengalaman mematangkan kita :)
@ cik chinta
Sebab manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada :)
@ [ apexogamy ]
Satu geng la kita bro
@ iKhRam
Aku tak tahu kalau status kau macam tu. Kalau betul, aku bersimpati. Be strong.
@ =o)
First, thanks sudi drop comment. Haha.
Tapi memang susah nak cari orang yang faham kita dan kita faham dia. Chemistry tu kadang-kadang boleh hilang sekelip mata.
Aku dulu pernah give and take tapi tetap tak kekal. Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik lepas ni.
Thanks for the nice words bro
@ puteraduyong
Kita enjoy! :)
@ Alip Apai
Adat manusia memang camtu
@ zikeryhassan
Ayat kau nice jugak. Kehidupan ini yang indah sebenarnya
@ cik azeya
Terima kasih. Aku doakan yang sama untuk kau :)
Post a Comment