My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 May 2011

setelah engkau pergi tertutup hatiku



Kunkun!!


Cinta itu menyakitkan jiwa raga. Itu pernah aku kata. Manusia yang pernah kecewa bercinta mesti mengatakan benda yang sama. Tapi kadang kala aku terfikir cinta itu tidak sakit seperti disangka. Bersendiri lebih sakit rasanya. Kena reject lebih pilu sebenarnya. Hilang seseorang yang disayang jauh lebih seksa. Rasa dengki lebih teruk daripada sakitnya cinta. Tapi kerana semua rasa itu berkait dengan cinta, maka cinta yang jadi sasaran utama. Sedangkan cinta sebenarnya benda dalam dunia ini yang menutup segala derita dan buat manusia rasa bahagia.



Jika anda sedang bercinta, teruskan.
Jika anda tidak bercinta, biarkan.


Ada orang, bila putus cinta, mula bercakap tentang kematian. Mungkin mati lebih baik daripada terus dihimpit seksaan percintaan. Anda rasa itu bodoh, bukan? Sebenarnya tidak seperti yang disangkakan. Kenyataannya, dia sedang meminta kekuatan. Dia tunggu seseorang datang menyelamatkan dia dari gaung kesedihan. Tiada manusia mahu mati selagi dia belum dapat apa yang dihajatkan.



Ada pula orang, sangat takut bila bersendirian. Memang senang dilihat ketakutan itu dalam diri perempuan. Lelaki lebih selesa memendam perasaan. Lelaki juga takut, tapi disimpan. Lelaki lebih takut jika dia hanya setakat menjadi abang atau kawan. Sedangkan lelaki, sama seperti perempuan, mahu menjadi segalanya bagi seseorang yang bergelar pasangan. Jangan menyesal dengan cinta yang dihantui kegagalan. Semua yang menggembirakan, itu kenangan. Semua yang menyedihkan, itu pengalaman. Kita merancang, Dia yang tentukan.


"Easy come, easy go. People's come, people's go..." Terimalah hakikat, diri kita cuma satu persinggahan sahaja. Anggaplah kita umpama watak dalam buku cerita. Bila muka surat terakhir melabuh tirai, semua cerita setiap watak terungkai. Dan anda letakkan buku itu di tepi dan mulakan lagi dengan buku yang baru. Buku cerita yang lengkap dengan watak, plot, tema dan semuanya yang berbeza dengan buku sebelum itu. Sekarang, anda sedang fokus kepada satu watak baru dalam buku yang baru, bukan watak buku yang dulu. Sama seperti hidup yang anda katakan berliku. Yang berlalu, biarkan berlalu. Kuatkan semangat dan terus maju. Sentiasa doakan dia bahagia tanpa kamu. Kerana kebahagiaan yang menanti kamu lebih manis daripada yang dulu.



ps : I am single and not desperate to have a girlfriend, for now ;)


Kunkun!!



10 comments:

Mek Onie said...

kerana single itu lebih baik dari segalanya...berpasangan ni memang susah, salah satu sobabnya nak kena jaga perasaan memasing,ouch! nyampah...lagi-lagi yg jenih cerewet,ngengada, cemburu kuat... so, enjoy dulu dengan member2, kapel2 belakang cerita..meaw sokong apih !

[ S E Y H A ] said...

hebat entry ni ;)

Unknown said...

single itu sgt seronok sbenarnya tp kalo dah terlanjur bercinta teruskanla :)

bawal crepe putih said...

takot utk single kembali.. *ada bau bau hangit utk ke situ x(

misyamissyou said...

kan..xyah desperate sngt..kalau ade, ade la..kalau xde nk wt cemane kan.. single pon best ape..hehe :)

A retarded kitty said...

single or couple,the choice is yours right?

Amie Amisya said...

single adalah ruang untuk kita perbaiki diri. jangan risau lah kalau single. :)

naem glizzy said...

cinta xdatang kalau kita x cari. hihi

hye afif!!

si ngokngek said...

and when you start missing...you'll
eventually fall inlove again..

Raja Syakirah Raja Omar said...

its almost six month
we'r still contact as friend
but I cry every night
because I miss him
as someone special
though he always give me support and courage

apa yang anda lalui
adalah apa yang RS lalui
perit dan sakit
='(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...