Kunkun!!
Menadah telinga dengan lagu 'Pokok', Meet Uncle Hussein feat Hazama.
Nun jauh, berkerlipan di angkasa
Tersergam indah sebuah dunia
Cerah berkilau dilimpahi cahaya
Masih ada harmoni antara penduduknya
Tiba saatnya manusia lupa diri
Dunia dihujani pelbagai tragedi
Dunia cerah semakin gelap dan sepi
Dunia yang indah menderita kini
Kata mereka, pokok ditebang untuk kebaikan
Bukit ditarah untuk pembangunan
Tanpa penyesalan hutan diratakan
Tiada lagi kedamaian bayu berhembusan
Burung yang riang tidak lagi berkicauan
Ikan di air kian nyawa-nyawa ikan
Kucing di jalanan diragut kelajuan
Hidupan tidak bersalah diancam kepupusan
Udara yang pernah berbau segar kini tiada bau
Awan yang putih bertukar kelabu
Lautan luas tidak lagi berwarna biru
Sungai dan tasik juga tidak jernih seperti dulu
Angin sepoi bahasa kini menyesakkan dada
Oksigen yang ada kian lain rasanya
Air yang dulu bersih kini perlu berwaspada
Hujan rahmat juga semakin merbahaya
Saban hari setiap detik bunyi didengar
Tiada lagi sunyi, setiap masa hingar bingar
Demi wang, perlbagai projek baru ditawar
Undang-undang manusia, manusia sendiri yang langgar
Tiba masanya, tanah runtuh datang bertandang
Pencakar langit yang megah kini tumbang
Manusia berteriak kehilangan orang tersayang
Tapi kejadian sama tetap berulang
Oh dunia, anugerah Tuhan yang kita miliki
Jaga, hargai dan sayangi kehidupan ini
Semoga dunia ini akan dapat diwarisi
Oleh anak cucu kita penyambung generasi
Keputusan di tangan jika mahu putih masa depan
Kalau mahu hitam, kita juga yang menentukan
Satu pesanan, hidup ini jangan dipersiakan
Sebab bumi sendiri sudah penat memberi amaran
ps : Al-Fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Ulu Langat.
Kunkun!!
2 comments:
best lagu ni..one of my fav,, ^~
@PinkLuscious
Sama lah :)
Post a Comment