My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

27 June 2011

surat remaja kepada ibu bapa





Kunkun!!


Ke hadapan mama dan papa tersayang,



Maaf jika surat ini mengganggu emosi mama dan papa. Tapi dengan cara ini saja dapat menjelaskan tentang segalanya. Bukan niat saya untuk kurang ajar, cuma saya mahu memberitahu perkara sebenar.



Mungkin mama dan papa sedar, anak ini sedang meningkat remaja. Kenapa? Kerana mama pernah kata, saya terlalu muda untuk bercinta. Tapi papa pula kata, saya dah tua untuk bergembira. Jadi antara muda dan tua, saya mungkin di peringkat remaja.



Benar kata mama dan papa, saya memang suka berjaga sampai lewat malam. Setiap hari, saya keluar lepak dengan kawan-kawan. Bilik saya memang berselerak macam sarang tikus. Handphone, jam tangan, dompet, gelang, kunci rumah semua bergelimpangan tidak terurus.



Saya mengaku saya memang pemalas. Malas nak mengemas. Handphone memang melekat di tangan, tak terlepas. Saya juga memang suka ber-SMS. Kadang-kadang masa makan pun saya tetap ber-SMS.


Laptop itu dunia saya yang kedua. Saya hidup di dalamnya. Saya ada kawan di dalam sana. Di dalam laptop itu, saya ada adik beradik yang tidak seibu sebapa. Saya boleh berkahwin dengan sesiapa yang saya suka. Saya berkawan dengan ribuan orang walaupun saya tahu ada antara mereka tidak wujud di dunia nyata. Saya ada tempat untuk menulis apa yang saya rasa. Walaupun tempat itu gelap, hitam, tapi saya selesa berada di sana. Tapi saya tetap anak yang sama, tak kira di dunia sana atau dunia nyata.


Tapi mama dan papa sayang,



Bukan hanya saya yang bersikap sebegini. Saya sama seperti remaja lain di dunia ini. Saya tetap anak papa yang papa kenali. Saya tetap anak mama yang mama kandung sembilan bulan sepuluh hari.



Mama dan papa jangan takut dan gelisah. Mama dan papa tidak bersalah. Tidak salah dan tak pernah salah. Jadi janganlah risau dan resah.



Secara jujurnya, kalau saya tidak buat semua yang di atas, barulah mama dan papa perlu bimbang. Semoga surat ini dapat buat mama dan papa faham.




Yang ikhlas,

Anakmu yang meningkat dewasa.



ps : Baru kena sound baek punya. Dah petang baru celik mata ;)



Kunkun!!



17 comments:

Noor Fatin said...

kalau on9, memang leka sampai tak sedar orang sekeliling dah. hehe..

tia fedora said...

baek nyer siap anta surat lg :)

Khai said...

kalau la surat ni boleh pos kt papa n mama di seluruh msia. aman dunia ni. :)

ainiadam said...

kalaulah mak dan ayah tahu... mesti mereka terharu :)))

Akim Iqbal said...

phew..

Amelia said...

ok ler tu.. dunia k2, saya punya yang pertama.. haha

Syazwan said...

adehh. kena gak sound sedemikian rupa ngan member T-T

iKhRam said...

lepas ni .. kemas bilik bg kemas.. buat keje rumah sket2..

dah selesi
baru la main laptop..

baru papa mama ingat hang dah besar k?

kotak bulat said...

ehehhe...mmg betulah tu..remaja sekarg asyik dgn teknologi je.

Nizam Ijam said...

hehehhee...sokong2 :)

”Pelik Kepala Tersangkut Dalam Kasut”

phentermine said...

People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that's not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, "Is this me."

ZIPPO MILLER said...

Proses Remaja adalah proses yang terpakse dilalui oleh setiap remaja untuk ke alam dewasa...dan zaman remaja la zaman yang paling getir iaitu menentukan kita ni akan menjadi org atau tidak...berdasarkan pengalaman dan pemandangan hehe...ape2 pun kite kene cool ok :)

myzziema said...

kalau dah mengadap laptop, memang apa yang berlaku sekeliling kita dah tak hiraukan. sampai kdg2 takde masa nak bergembira dengan mak ayah.

Unknown said...

henfon tak lepas dari tangan, men game. hihihi

Kechik Itu Comel said...

wlupun dh meningkat dewasa kena lah pandai jaga diri ek..
jgn ketepikan ibu dan bapa..=)

HusnaShuib said...

Part laptop dunia kedua tu mmg best! btw, best surat ni. Mnusuk kalbu gitu. kekkeh ^^,,

Azewas said...

ckp dpn2 lah..bru mantoppp..huhuuh..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...