My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 June 2011

bulan itu musuh peti sejuk itu kawan








Kunkun!!


Semalam, aku menjadi antara orang terawal menonton Transformers : Dark of The Moon. Hebat imaginasi pembuat cerita. Bukan kerana robot atau teknologi yang diguna. Tapi kerana dia berfikir di luar kotak pemikiran manusia. Dua puluh dua tahun hidup, aku cuma merasa keindahan bulan setiap kali melihatnya. Tidak terfikir langsung keadaan di kawasan gelap tidak bercahaya. Tidak terlintas apa yang berlaku di sebaliknya.


Tapi dulu, masa kecil, aku pernah marah bulan. Di mana saja aku berada, di rumah, di kampung, semasa bercuti, bulan seakan mengikut sama. Lebih-lebih lagi bila berada dalam kereta. Bulan seakan ikut ke mana saja kereta yang aku naiki pergi. Tapi itu sebelum aku belajar tentang planet dan bimasakti.


Ini satu lagi rahsia. Dulu, semasa kecil, peti sejuk adalah antara permainan yang paling aku suka. Bila mama atau nenek berada di dapur, aku mengikut sama. Aku suka bermain pintu peti sejuk. Aku akan tutup pintu peti sejuk dengan sangat-sangat perlahan untuk melihat lampunya terpadam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka.

Memories don't change, when everything and everyone else does


Semasa dewasa, kita mahu jadi budak-budak.
Semasa budak-budak, kita mahu jadi dewasa.


ps : 1 dan 2 Julai berpesta di DS Sport Centre Chendering. Pertandingan Futsal ;)


Kunkun!!






15 comments:

sitihalisa said...

goodluck untuk futsal anda :)

Pink said...

memang best sangat jadik bebudak. I wish I could turn the time and never get seorang dewasa. hahaha goodluck futsal ;)

Unknown said...

haha aku sama ! suka bukak esbok dan tutup dan tgk lmpu esbok padammmm..

best of luck ya !

Mra Mastura said...

asal same ni? suke naik keta pastu cakap dgn mak, bulan ikut kte jalan2.. mase kecik aje la yeeeee

najihah sahami said...

hok aloh..xtgk lg citer tu..huhu....

Anonymous said...

very interesting, thanks

Rtp Farra Arisha said...

arisha pun nak jadi kanak2 ribena laah. tp doraemon tak bantu putarkan masa. *sobbing.

Anonymous said...

mmg skrg ni pun rasa cam nak jadi bebudak balik...

hik hik jom main aci sorok :p
lama giler tak comment abg kan kan kan :D

ieka said...

tp zaman kanak2 lagi best kot..leyh maen lasak2.. :D

Unknown said...

yup,transformer besh giler ! nk tngok utk kali kedua keh3

hmm rindu zaman kanak2,kalaulah masa boleh putar balik huu

Alin said...

seronok tak terkata jd bdk2 :D

Unknown said...

hohohoho, bulan ni apsal ikut aku ?!! *tetibe

same lah kita, marah bulan sebab asik ikut.

bila kita tak memahami suatu kejadian, pasti kita akan menyalahkan kejadian tersebut. <-- paham tak, entah saya pun tak paham

cik kia said...

mase kecik bile mak buat keje dkt dapur,bkn main nyibuk nak tlg.

bile besar,malas nak sibukkan diri di dapur tlg mak.hishishish

Hanim Mahali said...

budak-budak kecik memang suka main pintu peti sejuk erk??? budak yang mama jaga dulu pun camtu....

feeza macho said...

jgn mara bulan . kan dia setia
sentiasa di mana-mana mengikut kita :)

same here . suka men peti sejuk cm tu dulu . pastu kene marah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...