Kunkun!!
Penat membanting tulang seminggu, semalam sempat meluangkan masa bersama rakan-rakan berkaraoke di satu tempat tumpuan di Kuala Terengganu. Hari minggu, hari yang penuh sesak sesuai dengan nama sebenarnya, Sabtu. Daripada nenek bertongkat dipimpin cucu, sehinggalah sekumpulan lelaki dan perempuan bersekolah rendah dapat dilihat di situ. Berada di tingkat atas, mata menangkap kesesakan lalu lintas di sebalik cermin biru. Trafik yang seperlahan kura-kura walaupun hidup serba laju. Kerajaan juga bijak mempergunakan kesetiaan rakyat bila mana menetapkan hari Sabtu ialah hari beg plastik berharga dua puluh sen setiap satu. Maaf blog hitam ini bukan untuk politik tapi kenaikan harga barang menyulitkan hidup rakyat seperti aku.
Berjaya mendapatkan satu bilik karaoke yang tidak luas tapi selesa. Di sebelah kiri, seorang lelaki dengan gaya Rock memukau dengan lagu Irwanshah, Camelia. Tersenyum. Setiap manusia pasti dalam hatinya ada taman bunga. Di sebelah kanan, dua budak perempuan memilih lagu kegemaran mereka. Tapi bukan itu yang menjadi makanan mata.
Di luar bilik mereka, sekumpulan budak lelaki membuat kecoh sambil ketawa. Ketawa menghina. Agaknya bangga dapat mengganggu dua budak perempuan yang tidak tahu apa-apa. Tingkap diketuk, tepukan palsu diberikan, ibu jari dinaikkan supaya perempuan tadi terus menyanyi dan mereka terus ketawa.
Tidak lama kemudian, budak perempuan itu keluar dan berlalu pergi. Mungkin sudah berpuas hati dengan beberapa lagu yang dinyanyi. Sekali lagi, mereka diganggu budak lelaki. Ramai yang melihat tapi hanya menggeleng simpati. Mungkin kebetulan, tapi kenyataan hari ini, bila lelaki berbuat baik dengan perempuan, pasti ada mulut mengata itu taktik untuk mengambil kesempatan bagi lelaki. Mengeluh lagi.
Tanyalah wanita. Bukan senang menjadi wanita. Sering diganggu lelaki walaupun lelaki tahu yang lemah itu kaum Hawa. Dan lelaki itu masih mampu berbangga. Bukan tidak tahu wanita perlu dibela tapi bila berada dalam satu kumpulan, setiap lelaki akan merasa gagah perkasa. Ini bukan satu cerita yang direka, ini benda nyata. Tapi bila tiada sesiapa, bila lelaki itu seorang sahaja, percayalah dia cuma seekor anak serigala di siang hari yang takutkan persekitaran dan suasana. Bukan seperti di malamnya. Kerana lelaki hanya hebat bila dalam kumpulan tapi lemah bila bersendirian.
Maaf lelaki, ini kenyataan bukan rekaan.
ps : Life is a beautiful struggle ;)
Kunkun!!
15 comments:
kepuasan yg menjelikkan.....
100% AGREE!!!!!1
haha. lebih dr 200% setuju ni. that's reality.
baguslah kalau ada kaum adam yang sedar (:
hargailah wanita kerna mereka tulang blakang seorang lelaki :)
nak kacau si owner blog :)
nasib baik sedar. huhu. nice entri. have a nice day and happy blogging :D
@ Halimatun Sa'adiah
Kepuasan yg menjelikkan kadang-kadang menjadi kegemaran :)
@ ciq b
Thanks :)
@ Aini Adam
Thanks :)
@ .amy.
Ramai kaum Adam sedar tapi buat-buat tak sedar sebab ego :)
@ wannurfazrini
Wanita juga hargailah lelaki kerana wanita itu dari rusuk kiri kami :)
@ Mra Mastura
Owner blog memang untuk dikacau :)
@ Alin
Thanks. Have a nice day and happy blogging to you too :)
npe laki perlu ego..utk tutup kelemahan ke..tp aq stuju statement laki hebat dlm kumpulan tp lemah bila sendiri.itulah kebenarannya:)
Post a Comment