Kunkun!!
Suatu pagi, seorang nelayan tua terjaga dari tidurnya untuk bersahur. Dalam kegelapan, matanya memandang tepat jam dinding yang semakin uzur. Perlahan-lahan dia mengejutkan isteri tersayangnya yang tidur di sebelah. Terus isterinya ke dapur menyediakan juadah. Nelayan tadi pula bergegas mengejutkan anak-anaknya untuk bersahur dan bersiap ke sekolah.
Makanan sahur hari itu hanyalah nasi dan ikan. Itupun makanan berbuka semalam yang hanya dipanaskan. Mereka sekeluarga bersila di atas rumah papan. Nelayan itu mendongak melihat anak-anaknya makan. Isterinya cuma makan sedikit nasi kosong, tanpa ikan. Baru dua suap nelayan tadi menyuap mulutnya, si anak sulung mahu menambah makanan. Nelayan tadi memberikan nasinya, hampir separuh pinggan. Akhirnya semua anaknya kekenyangan. Nelayan dan isterinya cuma makan sedikit sahaja. Bagi mereka, biarlah anak-anak kenyang supaya mereka tidak lemah di sekolah berbanding ibu dan ayah yang sudah biasa menahan lapar dan dahaga.
Selepas anak-anak ke sekolah, nelayan tua itu akan ke laut mencari hasil tangkapan. Selepas bersalam dengan isterinya, dia mencium dahi anak kecil yang berusia lapan bulan. Dengan keluarga sebagai penguat semangat, dia membelah lautan. Dengan hati yang hiba, isterinya berdoa agar suaminya selamat walaupun berjauhan.
Hari beransur petang. Angin bertiup kencang. Cuaca mendung tiba-tiba datang. Dan awan rakus memuntahkan hujan. Dentuman guruh dan cahaya kilat berselang-selang. Ombak semakin besar dan menakutkan. Laut turut bergoncang! Nelayan tersentak dan cuba bertahan. Dia mendongak melihat awan yang kegelapan. Dia melihat ke depan. Pantai sudah hilang tak kelihatan. Timur dan barat juga hilang dari pandangan. Nelayan tersesat haluan. Dia berdoa. Tawakal jadi peneman setia. Itu jalan akhirnya.
Only the strong survive
Di sebuah rumah papan beratap rumbia, si ibu menyusukan bayinya yang kehausan. Dia meratap rintihan. Dia memandang lautan. Dia memanggil suaminya perlahan-lahan. Air matanya bergenang. Entah apa yang berlaku kepada suaminya di sana. Dipeluk erat bayi dalam pangkuannya. Kesejukan yang dirasai tidak dapat mengalih pemikirannya kepada si suami yang sedang bertarung nyawa.
Cuaca kembali cerah tidak berapa lama kemudian. Si isteri duduk di tangga menggenggam erat cincin perkahwinan. Anak-anak yang balik dari sekolah tadi sedang tidur berkipaskan angin dari Laut Cina Selatan. Hari semakin petang. Dia tetap bersabar menanti suaminya pulang.
Si isteri tersentak dari lamunan. Di kejauhan kelihatan suaminya berjalan membawa jala di bahu dan plastik berisi hasil tangkapan. Disambut kepulangan suaminya dengan salam dan satu pelukan. Si isteri menyambut plastik yang dihulurkan. Di dalamnya cuma ada dua ekor ikan. Tidak besar, cuma sebesar tapak tangan. Tapi cukuplah untuk membuat anak-anak mereka kenyang.
Nelayan dan lautan tak dapat dipisahkan. Mimpi nelayan cuma ikan, ketam dan udang. Mungkin sesekali bermimpikan duyung. Laut adalah tempat mereka. Laut adalah rezeki mereka. Dan laut boleh menjadi kubur mereka.
ps : Ini cerita rekaan masa makan ikan tadi. Jangan memilih makanan lepas ni ;)
Kunkun!!
14 comments:
this is soooooo touching T_______T
bersyukurlah dgn rezeki yg ada.
Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah SAW. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."
best entry ni. nice sangat. terharu.
nasib baik apy ending,kalau tak nak bakar blog nih
ha..ha..
sayu jaa baca. BM mesti A++
Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/
best cerita ni :)
best cerita ni :)
best cerita ni :)
TT~TT
nice entry ... (T_T) ...bersyukur la dgn ape yg kite dpat ....
bro, lu tau x lu da wat gua tacing...XD
haha...nice, terbaik gile...pas ni da x milih makan lagi da..haha
besh gile cerita ni!!
sedih baca cerita nie..
teringat pengorbanan mak ayah sepanjang hidup nie..
:'(
pandai reka cerita eh?
Bersyukur apa adanya. Alhamdulillah. :)
Post a Comment