My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 August 2011

sebab itu kena belajar matematik




Kunkun!!


Matematik. Satu nama yang mampu membuat manusia tertarik dan terusik. Tambah, tolak, darab, bahagi dan banyak lagi yang boleh akal ini petik. Tapi sejujurnya bila berkait dengan nombor, aku bukan terlalu fanatik. Aku lebih meminati sesuatu yang berabjad dan berakhir dengan tanda soal, tanda seru atau titik. Blog hitam ini mungkin salah satu bukti terbaik.


Rasa bersalah terdetik. Aku sebenarnya peminat nombor dan sangat fanatik tahap bombastik. Aku peminat setia nombor telefon gadis-gadis cantik.


Aku lebih banyak mengelamun daripada menumpu perhatian dalam kelas matematik tadi. Discrete Mathematics, satu nama yang baru dikenali. Tapi nama itu gagal memikat hati. Ditambah dengan pengaruh dari mata layu dan perut yang rancak menyanyi.


Memang mata ini memandang tepat papan putih tapi fikiran merata. Ada satu soalan diajukan oleh pensyarah di depan sana. Aku lupa salin soalan yang dia tanya. Tapi aku ingat ada simbol tambah, tolak, pecahan dan simbol baru yang aku lupa nama dia. Aku ternganga. Memang tak tahu jawapannya!


Penambahan. Penolakan.


Tak kira sehebat mana kita dalam penolakan, ada masanya kita gagal menolak rasa benci yang kita pendamkan. Dan tak kira sepakar mana kita dalam penambahan, mustahil kita dapat menambah rasa sayang kepada seseorang secara paksaan. Yang biasa kita lihat ialah rasa benci yang bertambah dan rasa sayang yang berkurangan.

I Believe in Being Strong When Everything Seems To Be Going Wrong


Tapi dalam membenci matematik, ada sedikit rasa kagum kepadanya. Kerana matematik mengajar aku untuk sentiasa berharap dan percaya. Kerana matematik membuktikan setiap masalah walau serumit mana, tetap ada jalan penyelesaiannya.


Dan kita adalah manusia yang tak pernah renggang dengan masalah.


ps : Hilang rasa lapar di bawah dada bila dengar lagu raya. Cubalah cuba ;)


Kunkun!!




15 comments:

Unknown said...

suka giler subjek matematik . tapi bila dah start belaja kalkulus sem nihh . rasa suka tuhh dah sedikit berkurang :(

NMH said...

suka math zaman skolah dulu..bila masuk u i cant stand lah! naseb cos degree dah xde math..wahahah

mizz_pua said...

x sabar nak belajar math..

Ratu Tak Cantik said...

kalau bagi soklan PMR pun belum tentu boleh jawab... kagum dengan org yang pandai math! :)

ilie said...

tak suka nak mmpos dkt math. da la mrkh ats2 pgar je~

FARHA (^_^) said...

mase darjah 1 .. darjah 2 ..math konfem 100 ...bile naek form 4 form 5...add math .....emmmm xtau nak ckap pe la...buang lg satu kosong kot ...hahaha

mohdhazlan Dreadlock said...

kawan mesti di +
musuh mesti di -

best blog nih ...aku follow...

salam kenal bro :)

excellence!

Anonymous said...

like the sentence serumit mana, tetap ade penyelesaiannya :)

Ardini Humaira said...

rindulah kat cikgu math :D

Unknown said...

masih gagal mencintai dunia matematik ;(

sukar menambah perasaan syg pd seseorang bile hati sdh tiada.

LynnAiza said...

aku amik math.memang mengajar erti kesabaran laaa.hikhik

ainna baijan said...

math it over for me...
dh x blaja math!!
yeay....biology all the ways!!!!

rabiatuladawiyah said...

@missamy

duh, calculus itu best... n mcabar!

Nora said...

matematik sentiasa penting dalam kehidupan....ole itu, marilh kita belajar utk mencintai dan belajar untuk mendalami ilmu ini....insyaallah kita akan berjaya

Dr Afifah said...

matematik membuktikan setiap masalah walau serumit mana, tetap ada jalan penyelesaiannya.

NICE!! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...