My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 March 2012

orang jahat takkan selama-lamanya jahat





Semalam ada tayangan amal cerita Hafalan Shalat Delisa anjuran Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC (PMIT). Aku pergi. Serius aku pergi. Hasil ajakan para penggiat persatuan agama ini iaitu kawan aku jadi aku menghadirkan diri. Mungkin sebab program semalam adalah tayangan filem jadi sebab itu yang terbuka hati. Kalau ceramah agama tak tahu kenapa rasa berat je kaki. Mungkin ramai sangat syaitan bergayut di telinga kanan dan kiri.




Sampai di dewan tayangan aku disapa beberapa orang ahli persatuan yang menunggu di depan pintu. Masih tak ramai orang aku tengok di situ. Tak tahu kenapa bila berkaitan dengan agama semua orang macam buat tak tahu walaupun majoriti pelajar di sini orang Melayu. Itu soalan aku tuju untuk aku. Tapi jawapannya aku sendiri tak tahu.


Semuanya sempurna malam tadi. Kecuali satu benda yang kurang berkenan di hati. Memang ramai terkejut dengan kehadiran aku dalam program keagamaan macam ini. Maklumlah surau pun aku tak pernah pergi. Ceramah agama jauh sekali. Cuma semalam ada seorang kawan yang suka perli-perli. Aku bukan sensitif jauh sekali nak kecil hati. Cuma aku terfikir adakah aku tidak layak untuk datang ke majlis ilmiah agama aku sendiri?


Memang aku perangai hantu. Memang aku sembahyang tak cukup lima waktu. Memang aku selalu tewas dengan nafsu. Memang ayat-ayat mencarut umpama juadah harian aku. Memang kalau jumpa perempuan seksi bahagian dada yang aku tengok dulu. Itu semua aku mengaku. Tapi aku tahu siapa yang nilai dosa-dosa aku. Dia, Tuhan yang satu. Bukan kau atau aku. Cuma satu persoalan yang terlintas dalam kepala yang semakin tepu. Kenapa mesti ada yang pandang serong bila orang seperti aku hadir ke majlis keagamaan sedangkan kita berkongsi agama yang satu?


ps : Hafalan Shalat Delisa jauh lagi best daripada Ombak Rindu ;)



10 comments:

iAmCekbolat said...

(^^,) manusia suka mghukum ssorg ,pdahal mreka bukan sesiapa.. ;)

NadyaBubble said...

Terbaik lah ayat-ayat semua :)

W.o.a.y.I.e.s said...

fitrah manusia, menilai yang zahir.

Khai said...

memang aku berperangai hantu tetapi aku tetap sujud pada yang satu.

Wan Darimi said...

jangan buruk siku,asal buruk perangai xpe....

Unknown said...

ape ade hal... manusia mmg mcm tu... lagi pun, as long as kamu buat perkara tu tak salah, maka tak payah ambil kisah. harap kamu tak terkesan dgn kate-kate diorang tu... teruskan bersemangat untuk joint aktiviti-aktiviti berfaedah... mana tahu.. lama-lama tuhan tu lembutkan hati kita yg keras ni... syabas buat kamu...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

jemput2 lah berkunjung...

Flower Detox Tea said...

jangan peduli apa kata orang,yang penting kita tahu apa yang kita buat tu betul..

Hafiz Hafizol said...

betol betol !!!! SETUJU

Teratak Zaffendi said...

tak yah hiraukan..mungkin ini permulaan yg baik utk kaki lebih ringan melangkah ke program keagamaan lepas ini..

Musafir Jalanan said...

baguslah dan rasanye kena teruskan pergi program2 tu, . . . . .

pada masa yang sama, . . . mulakan usaha, . . . cukupkan 5 solat yg wajib tu, . . . .

walaupun sejahat-jahat mana pun kita rasa diri kita ni, . . . solat 5 waktu tetap kena buat sebab ia wajib, . . . .

good luck bro, . . . (^_^)

semoga bertemu dengan diri kau yang sebenarnye, . . . . . diri kau yang baik tu, . . . . kau perlu cari diri kau yang lagi satu itu, . . . . yang ada jauh dalam hati tu, . . . carilah diri kau yg lagi satu tu, . . . . semoga kau bertemu dengan diri kau yang itu, . . . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...