Tweet
Follow @afifelnino
Entry terbaru dibaca. Ketawa. Garu kepala. Baca yang kedua. Sekali lagi ketawa. Hebat sungguh blogger yang rasanya tidak perlu disebutkan nama. Mahu saja berdiri dan memberi tepukan kepadanya.
Buka blog sendiri. Geledah semula entry-entry lama yang sudah bersawang tidak dipeduli. Baca entry yang ditulis sendiri. Buka semula blog tadi. Perbandingan dilakukan dengan teliti.
Entry pertama menjadi saksi. Bulu roma berdiri. Hebatnya kebetulan ini. Tajuk berlainan yang sama cuma isi. Tarikh entry dicari. Kalau sama lagi aku akan ajak blogger ini lepak sekali. Nampak sangat kami serasi. Malangnya tarikh dia tidak sama dengan entry di blog ini. Terus hilang rasa teruja tadi.
Mata membaca entry terbaru. Kepala yang tidak gatal digaru. Ini entry aku dulu. Cuma tajuk dan nama watak diubah untuk mengindahkan cerita yang ditiru.
Perkataan plagiat aku dengar sudah lama. Orang lain mungkin sudah lama kena. Cuma sekarang baru aku rasa. Ketawa dan kecewa. Ketawa kerana rasa diri popular ada peminat setia. Kecewa kerana dia secara tidak langsung menipu pembaca blog dia.
Ada beza meniru apa dibaca dan mengolah apa dibaca. Meniru adalah mengambil semua. Mengolah pula menghuraikan apa yang sudah ada. Dunia blog kita tak besar mana. Kalau rajin blogwalking pun tidak mustahil akan kembali ke blog asal juga.
Memang ramai blogger menulis bukan kerana nama. Memang ramai blogger menulis sekadar suka-suka. Tapi itu bukan tiket untuk sesuka hati mengambil karya mereka. Mereka mengerah idea. Mereka meluangkan masa. Mereka bersengkang mata. Ada yang tahan lapar dahaga. Semua yang mereka tulis sudah mereka rasa. Tidak ada blogger yang tidak suka bila karya mereka dihargai oleh pembaca. Tapi kalau terlalu suka, ambil dan kreditkan kepada pemilik asalnya. Bukannya salin semua, tulis semula dan mengaku itu karya kita.
ps : Tirulah entry ni saya nak tengok awak edit macam mana nanti ;)
19 comments:
*angkat kening
hebat
lorh..ade gak yg macam nih yer! hadoi~~
hahak, serius kew?? lol sabar jew la.. huhu..
plagiat...? dah tandus idea ke blogger tu? sam kalau dah tak de idea sangat... sam akan buat entry ringkas2 je.. janji blog update.....
Tak patut... tak patut...
#####
Jemput lah ke Blog saya yg biase-biase tu...
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/gila-kuasa.html
jom singgah...
nak tiru lahhhh . :D
adoiiii... entry mna tu ?? kemainnn mlss aihhh.. dok tiru2 lak. klo ya pon kenan bg la credit ye dak ?
ada gak blog yang tiru tajuk gadget blogger femes,, macam tak de bnda nak buat,, haha
sape sape? pelangi nak tau? ade can jd ego no 2 ke? :3
wow!!! hebat sangat la tu sampai di plagiat.... he he
apih plak yang kena? hebat ah . hahah
org pun pernah kena . sbijik sejibik dia ambik . tersa hati betul ngn org tu -_-'
haih, masalah apa org tu?? kasi smakedown sket!
wah untunglah dah popular dan ade peminat sendiri...
Jom kunjungi Entri Terbaru saya Wanita Bertudung Itu Cantik
pesen gitu ambe pun dok wehi
aku follow sini vro. - BONZ ZACKLESS
untg laa hot...:)
hihi....kisah hidup ada yg sama ka... for me if my entry to some kind of ilmu or info tak ksah n lagi suka kalau owang copy paste.. dapat pahala ag jika ilmu tu desebarkan....cuma if kisah hidup tu macam tak baper berkenan la kan... so cik cahaya nasihatkan kepada blogger... anda perlu tahu apa yang patut n tak patut anda copy ok... :-)
berani betol...kalo esaimen bole kna buang u ni.
fuuuyoh
Post a Comment