My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

11 June 2012

lupakan aku kembali padanya



Aku pernah berjanji dulu cuma kau yang satu. Aku pernah kata dulu hanya kau yang mampu. Aku pernah bersumpah dulu hanya kau yang aku mahu. Aku pernah sebut dulu kau separuh daripada aku.


Kau juga kata yang serupa. Kau juga berjanji setia. 



Tapi tiba-tiba dia kembali. Orang yang pernah bersama kau sebelum ini. Orang yang kau pernah serahkan jiwa raga yang kau miliki. Dan kau tersentuh hati bila dia mengenang semula cinta yang sudah mati.


Keadaan tegang dan kita berjumpa. Aku tidak mahu mengeruhkan suasana. Aku mahu kau tapi kau mahu dia dan dia mahu kau juga. Aku tak akan menang walau apa cara aku cuba. Jadi aku lepaskan kau walaupun berat hati aku rasa.


Hari ini kau masih ada dalam aku. Setiap kali aku rindu kau yang muncul dulu.
Namun kau cuma boleh pilih satu. Tapi bukan aku. Sebab dia ada dalam kau setiap waktu.


Pergilah kau bersama dia. Aku rasa dia lebih sempurna. Aku pernah janji dulu akan beri setiap benda yang kau minta. Ambil ini sebagai hadiah terakhir antara kita. Kalau kau baca, kesat air mata. Aku tak suka. Aku cuma mahu kau bahagia.


ps : Semalam Spain seri. Aku tak tahu nak sedih atau happy ;)


10 June 2012

entry untuk orang demam bola sahaja



Hai semua. Kali ni aku tak tulis dalam satu nada. Ramai orang dah start mengata. Jadi aku tulis cara biasa. Tak skema la kiranya. Kalau bunyi senada tu mungkin salah orang yang membaca. Ketawa.



Musim bola tiba. Hampir sebulan lamanya. Maka ramailah lahir jaguh bersengkang mata. Tua, muda, remaja, dewasa, pelajar, pekerja, lelaki, wanita, semua. Tetap bersemangat waja walaupun terpaksa bangun pukul tiga pagi demi pasukan yang dipuja.


Enam belas pasukan. Empat kumpulan. Satu piala idaman.


Aku sokong Sepanyol dulu, kini dan selamanya. Bukan sejak Sepanyol juara, tapi sejak zaman Raul, Morientes dan Mendieta. Ada fans Sepanyol tak kenal mereka? Tak apa. Pasti anda start sokong masa Sepanyol menang Euro atau Piala Dunia. Tak apa, janji kita Que Viva Espana!


ps : Harimau Malaya jangan dilupa. Korang sokong team mana? ;)


01 June 2012

kekasih terbaik yang pernah singgah



Aku boleh kata dia cinta pertama. Aku harap hubungan kami kekal sampai bila-bila. Tapi jodoh tak lama. Kami terpisah juga. Ini bukan kisah cinta dua manusia. Ini kisah cinta gila. Kisah cinta manusia dan kereta. 


El Nino | WLF 4492 in Memories


Nino nama yang aku beri. Hadiah hari jadi yang paling aku hargai. Dua puluh tiga Januari dua ribu sepuluh tarikh permulaan kami. Tiga puluh Mei dua ribu dua belas cinta kami terhenti.


Nino umpama kaki. Ke sana ke mari. Susah senang diharungi. Hujan panas direntasi. Minyak dia aku isi. Sakit dia aku yang hantar baiki. Kotor dia aku yang basuh sendiri. Ribuan aku habiskan untuk buat dia nampak 'lelaki'.


Dia bukan sekadar kereta biasa. Dia tempat tidur bila aku rasa rumah kadang-kadang tidak ada makna. Dia tempat mulut aku luahkan rasa. Dia tempat lahirnya beberapa entry yang pernah anda baca. Dia tempat aku lepaskan marah di jalanraya. Dia juga tempat aku menangis bila aku rasa aku perlu menitiskan air mata. Dialah segalanya.


Hari ini semua itu sudah tiada. Nino dijual pada satu harga yang terlalu rendah berbanding jasanya. Tekanan jiwa aku rasa! Aku yang jaga tapi orang lain yang uruskan urus niaga.


Aku menangis air mata darah sekalipun kau tetap akan pergi. Cuma aku harap nanti kita akan jumpa lagi. Aku harap tuan baru kau jaga kau lebih baik berbanding aku jaga selama ini. Ingat janji kita dulu baby, jangan kemalangan walaupun sekali.


Nino, jaga diri.


ps : Tidak ada perpisahan yang tidak menyakitkan ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...