My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 April 2010

polis yang sangat gampang





Kunkun!!


Ada dua benda aku paling benci kat Malaysia. Pertama, politik Malaysia. Kedua, beberapa anggota polis. Dan terbaru pasal adik Aminulrashid yang ditembak oleh polis. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kita kini mengancam keselamatan kita. Dulu kes shoot to kill ni pernah berlaku jugak dekat seorang wanita bernama Norizan Salleh.

The Next Big Thing | Who's next?


Aku ada terbaca statement Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Saya ingin tahu sama ada anda(rakyat) mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak? Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya(polis) supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya."

Sumpah geli aku baca. Merajuk ke nyah? Jangan la merajuk nok. Mak tak suka. Sesungguhnya statement Ketua Polis tu lagi geli daripada ayat yang aku reka ni. Hahaha. Okay tukar mood serius balik. Adakah rakyat tak boleh mempersoalkan kerja polis? Adakah rakyat kena terima 100% tugas polis walaupun ada penyelewengan? Kalau Ketua Polis dah goyang dengan aduan rakyat, anak buahnya lagi la kan? Kita sebagai rakyat ada hak bersuara.

Encik polis, saya nak tanya. Adakah hukuman bagi seseorang yang membawa kereta secara mencurigakan adalah ditembak? Adakah polis berpegang pada mazhab shoot to kill? Sebesar mana pun jenayah yang dilakukan, dia perlu dihadapkan ke mahkamah bukan dihukum dengan cara ditembak. Kalau gian nak tembak sangat kenapa tak tembak Mat Rempit yang lumba haram tu? Kenapa mesti seorang budak berumur 15 tahun? Dan kenapa polis yang menembak itu hanya ditukar kerjanya dengan hanya dibenarkan buat kerja-kerja pejabat? Bukankah dia melakukan satu jenayah iaitu membunuh? Kenapa polis tak menjawab soalan rakyat ini?

Aku rasa polis kena letak camera video dalam kereta atau motor polis trafik. Tengok kereta polis kat Amerika. Rakaman dari camera tu dapat dijadikan bukti perbicaraan yang sangat kukuh sebab video takkan menipu. Takkan nak tunggu ada sorang lagi kena tembak baru nak buat. Dan Malaysia dengan bangga akan ada rancangan TV yang memaparkan kejadian realiti yang dihadapi pihak berkuasa. Taklah asyik tengok AXN je yang siar polis Amerika tangkap penjenayah kat sana. Kata 1Malaysia.

Satu lagi sebelum aku terlupa. Kepada yang mengutuk dan menghina adik Aminulrashid sama ada kat Facebook atau blog, masih belum terlambat untuk korang insaf. Kalau betul korang geram sangat kat budak tu, sekurang-kurangnya hormatilah perasaan keluarga dia. Aku tak doakan benda ni cuma cuba korang bayangkan satu hari nanti anak korang atau adik korang jadi camtu. Pastu tersebar kat media. Pastu orang lain pulak kutuk maki dan hina. Aku tak mintak benda ni jadi cuma mintak korang fikirkan perasaan mak ayah budak tu. Kita sama-sama Islam apa salahnya sedekahkan al-fatihah.

Kepada pengguna jalanraya, kalau ada roadblock sila berhenti. Apalah sangat duit RM5000 jika nak dibandingkan dengan harga nyawa anda.


Al-Fatihah | God bless you bro



Kunkun!!




27 April 2010

sekarang musim panas




Kunkun!!



Bermula dari sekarang aku dapat merasakan aku akan lebih kerap update blog sebab aku dah ada kat kolej. Dulu masa cuti asyik lepak je so blog ini pun diupdate mengikut kekerapan seseorang itu makan KFC Dinner Plate. Maknanya kadang-kadang. Lepas ni kalau blog aku diupdate dengan posting yang entah-ape-ape-entah korang jangan marah la ye. Just buat-buat gelak kalau lawak yang aku tonjolkan tidak mampu mencuit hati anda.


Korang perasan tak sekarang ni panas giler? Maybe ni la yang dipanggil global warming. (Cakap macam tau je binatang apakah global warming tu padahal global pun aku tak tau maksud dia apa) Tadi pergi class jalan kaki 5 minit pun dah berpeluh ketiak. Nasib baik class tu ada aircond. Nasib baik jugak boleh main Facebook kat class. Hari tu member aku ada bagitau,

"Weh mu tau dok suhu sekarang ni 40 darjah selsiyes??"
(Weh ko tau tak suhu sekarang ni 40 darjah celcius?)

"Hah??!! Biar betol mu? Patut ah rasa gini. Haishhhh....."
(Hah??!! Biar betol ko? Patut la rasa camni. Haishhhh...."
*Aku saja buat-buat terkejut. Padahal suhu normal pun aku tak tau*

Pastu ada lagi la beberapa aduan rakyat sebab kepanasan ni....

"Panasnya. Bakpe yang panas ngat ari ning ni?? Hadowwww...."
(Panasnye. Sebab apa yang panas sangat hari ni? Hadowwww....)
Tu la yang menandakan bukan aku je yang merasai kepanasan tu.

"Aku tido dok paka baju pun rasa panah gi. Dok tau la nok wak guane..."
(Aku tidur tak pakai baju pun rasa panas lagi. Tak tau la nak buat camne...)
Aku nak sleeping naked je tapi segan nanti orang jeles tengok aku punyer.

"Panas goh la. Guane la orang puang buleh tahan time gini..."
(Panas sungguh la. Camne la orang perempuan boleh tahan time camni...)
Aku tak tahu sebab belum diizinkan tinggal sebumbung dengan wanita lagi.

"Awat hangat sangat la ni??"
(Kenapa panas sangat sekarang ni??)
Sampai ke Penang boleh rasa kepanasan melampau itu.

Jawapan aku senang je, kiamat sudah dekat. Tapi aku ada terbaca yang global warming ni dapat diatasi dengan kurangkan pembakaran, kitar semula, menanam lebih banyak pokok sebenar (bukan pokok Farmville) dan banyak lagi la. Malas aku nak tulis semua. Korang search je 'Global Warming' kat Yahoo ke Google ke. Search kat belah kanan atas blog aku pun boleh.

Global Warming | Sometimes warm is not good

Dan ketika aku sedang menulis blog ni, memang aku merasai kepanasan yang nyata. Esok presentation Latihan Industri pastu sambung dengan Seminar Multimedia Development Corporation selama dua minggu. Dan ditambah dengan global warming ni. Terus rasa nak pergi Pulau Redang.


Air Batu Campur | Air + Batu + Campur


Aku cari gambar Pulau Redang yang menarik tapi tak jumpa. ABC pun jadi la. Dapat menghilangkan kepanasan jugak. Rindunya nak makan ABC depan panggung Cathay. Sape nak aku belanja ABC? Jhum jhum d(-.-)b


Kunkun!!




25 April 2010

dulu saya suka awak




Kunkun!!


Posting kali ni ditujukan kepada seorang gadis. Mungkin kata-kata aku kali ni agak berterus terang. Tak kisah la berterus terang ke berkias bersajak ke berenang ke ape asalkan dia tau apa aku nak sampaikan.



Awak... Saya tak tahu kenapa dengan perasaan saya. Saya nak awak tahu je. Ingat tak lagi masa first time saya tengok awak? Memang awak tak ingat kan sebab saya yang tengok awak tapi awak tak tengok pun saya. Masa tu awak senyum. Sumpah awak sangat lawa. Awak pun pusing dan ayun-ayunkan rambut panjang awak tu. Awaklah wanita pertama yang saya suka sebab rambut tanpa melihat wajah awak. Saya tak kisah muka awak buruk pun tapi rambut awak memang layak untuk awak jadi model syampu wak. Tapi nasib baik muka awak lawa. Ada Chinese looking. Saya suka :)



Ingat tak saya add awak kat Facebook? Mesti awak tak ingat kan? Ye la friend awak dah beribu-ribu. Jauh lagi ramai dari saya. Orang lawa macam awak ramai la orang add. Dah la kat profile awak setiap hari ada je lelaki lain hantar komen. Ingat tak hari tu awak buat status "Rasa macam tak sihat..." Tak sampai 10 minit dah dekat 50 komen suruh awak makan ubat. Saya pun hantar jugak komen macam tu. Tapi yang saya bengang tu ramai lagi lelaki lain hantar komen macam tu jugak. Jeles saya wak. Baik awak buat profile Fanclub je senang kalau sampai macam tu sekali peminat awak :(


Awak... Awak bertuah tau. Dulu masa saya ada awek, saya terus terang dengan dia yang saya suka awak. Dia cakap takpe. Dia tak kisah. Cuba awak bayangkan kalau awak lelaki, awak ada awek dan awak cakap kat awek awak yang awak minat awek lain. Awek saya pun cakap awak lawa. Cuma dia tak kenal awak macam saya kenal awak kot. Tapi sekarang awak dah ada orang lain, dia pun dah ada orang lain. Saya jugak yang sorang-sorang. Awak tak kesian ke?



Awak... Masa Amira Najwa bagitau saya yang boyfriend awak lamar awak tu, saya tak percaya asalnya. Takde bukti. Tapi wak... Hari ni Tuhan tunjukkan saya yang dia berhak untuk awak. So sweet that guy. Saya tabik la. So sebagai bukti saya print screen bukti lamaran dia kat awak. Sorry awak :)




Tweeter | It sweets to say this at Tweeter


Dan saya rasa saya faham perasaan awak kat dia...

Replied | I'm smile when I should cry


| Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat |


So kepada awak, Fouziah Gous semoga berbahagia dengan Iqram Dinzly. Walaupun awak dah ada suami ke dah jadi mama ke saya tetap meminati awak sebagai seorang pelakon. Saya takkan sound Iqram macam saya warning Jehan Miskin dulu. Fouziah Gous... Kenang daku dalam doamu. Selamat tinggal awak :'-)


My Next Girl | Rambut camni jugak kot



Walaupun muka saya ganas wak, tapi dalam hati saya ada taman....



Ikhlas daripada :
Insan yang pernah angau denganmu, Apih El Nino



Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...