My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

08 September 2011

bukan selalu masa berjalan cepat





Kunkun!!


Kuat sekali deringan 'alarm' dari telefon bimbit kedengaran. Mata terbuka sedikit melihat telefon bimbit yang menyala kecerahan. Tepat pukul 9.45 pagi hari Khamis lapan haribulan sembilan. Mata ditutup sedikit untuk terlelap lima minit sebagai masa tambahan.



Telefon bimbit berdering lagi. Kali ini bukan 'alarm' tapi ada orang menghubungi. Tanpa membuka mata, tangan mencari. Ada suara mengingatkan pagi itu ada Quiz Software Engineering yang wajib dihadiri.




Sepantas kilat kaki berlari menuju tempat mandi. Selepas siap berpakaian, kaki berlari lagi menuju ke kelas di bangunan yang agak tinggi. Peluh membasahi dahi. Lewat beberapa minit kerana silap sendiri.


Punggung dilabuhkan di kerusi melihat kertas putih berhantu. Quiz yang tak banyak soalan tapi sangat membantu. Baru teringat sesungguhnya tidak ada satu yang dihafal semalam untuk persediaan peperangan masa depan aku. Mujur ada rakan di sebelah menghulur jawapan kerana bersimpati dengan rakan sekelasnya yang memang pemalas itu.


Kelas tengahari sangat bosan. Mengantuk dan lapar bergabung menjadi satu kumpulan. Mata memilih untuk terpejam bagi memastikan mengantuk itu hilang.


Dilihat jam di tangan kiri. Tepat 12.30 tengahari. Akhirnya mata tertutup rapi. Tubuh tiba-tiba tersentak bila kepala terhuyung-hayang dan hampir menyembah bumi. Dilihat jam di tangan sekali lagi. WTF?! Masih 12.30 tengahari?!



Tidur 'sekejap' di atas katil adalah lama.
Tidur 'sekejap' di dalam kelas memang sekejap!


ps : Tak reti tulis entry ala diari sebab tu tulis entry macam ni hari ni ;)


Kunkun!!




07 September 2011

WW 08 - they are so amazing




Kunkun!!




ps : The more I learn, the more I love ;)


Kunkun!!




06 September 2011

kenapa lelaki beraya berteman?





Kunkun!!


Benda ni terjadi kat aku setiap kali Hari Raya. Bila aku nak pergi beraya rumah kawan perempuan, awek, cikaro atau yang sewaktu dengannya, aku mesti ajak kawan-kawan aku sedangkan kawan-kawan aku tak kenal langsung budak tu. Aku tengok ramai jugak budak lelaki yang bawak teman pergi beraya.


Tapi kenapa? Kenapa?


Alasan 'Satu Geng' mungkin boleh diterima.
Tapi sebab yang konkrit kenapa beraya berteman sukar dicari jawapannya.




Salah satu sebabnya ialah peneman itu boleh di'upgrade' menjadi teman berbual dan teman makan. Kalaulah kebetulan semasa beraya tu tuan rumah sibuk melayan tetamu lain, maka peneman itulah yang akan menjadi teman berbual dan mengumpat. Jangan ingat lelaki tak mengumpat ye. Kadang-kadang umpatan lelaki lagi hebat daripada perempuan.


Lelaki juga sebenarnya manusia yang sukakan sesuatu yang mudah. Kalau datang seorang, dia tidak dapat lari dari soalan "Datang sorang je ke?" yang mana tidak berapa digemari oleh lelaki. Jadi kalau datang berteman, tidak adalah soalan begitu ditanya. Maka lelaki hanya perlu bersalam, bercakap sepatah dua kata dan terus duduk makan.


Lelaki juga manusia yang suka memeriahkan suasana. Sebab itulah lelaki gemar membawa teman bila beraya. Lagi ramai lagi meriah katanya. Dalam bab makan, lelaki tidak berkira. Apa saja diterima kalau diberi percuma.


Kalau lelaki datang berseorangan juga akan menyebabkan tetamu lain merasakan bahawa lelaki itu tidak pandai berkawan, ataupun 'loser'. Lelaki itu mungkin menganggap dia berani kerana datang seorang diri tapi dia tak tahu apa orang lain akan kata. Memang ada lelaki yang tak kisah apa orang nak kata tapi kalau satu rumah tengok kau macam first time tengok kangaroo, kau pun mesti perasan ada sesuatu yang tak kena.


Tapi ada juga lelaki yang ajak teman supaya teman dia boleh tolong ambilkan air, tisu, pencuci mulut dan sebagainya supaya dia nampak berkuasa di depan mata wanita. Errrr.... Bunyi macam mengambil kesempatan pun ada.


Kepada lelaki yang membaca, kenapa berteman pergi beraya? Kenapa?


ps : Sebab itu kita kena ada kawan, bukan hidup sorang-sorang ;)


Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...