My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

17 May 2014

block



 

Tak tahulah kenapa sekarang Facebook jadi macam bosan gila. Rasa tak ketagih macam dulu kala. Kadang-kadang rasa tak buka Facebook pun tak apa. Buka Facebook bosan tapi kalau tak buka lagilah bosan rasanya. Jadi Facebook dibuka juga. Tetikus bergerak rambang merata-rata. Tiba-tiba terlintas satu nama yang aku tak tengok Facebook dia sejak sekian lama. Dah dua tahun rasanya aku block dia.



Nak tengok ke tak? Perasaan aku berkocak. Kata hati dan akal aku tak bergerak serentak. Nak dengan tak nak bercampur macam rojak. Sesungguhnya perempuan dan dilema tak dapat dielak.


Block dibuka kunci. Internet yang perlahan dan paparan Facebook yang keluar sedikit demi sedikit seakan memerli. Bermula dengan Cover Photo gambar hati, diikuti  Default Picture dia dengan seorang perempuan serta status 'In a Relationship with...' sudah cukup untuk buat hati aku terbakar lagi. Kenangan lama aku dengan dia yang tiba-tiba hadir dalam kepala membuat nafas aku macam nak berhenti. Hati perempuan tak akan sekuat hati lelaki. Tahan punya tahan aku menangis juga seorang diri.


Dia lelaki yang pernah sentuh hati aku tanpa aku sedari. Dia tunjukkan aku sisi lemah seorang lelaki. Dia cerita tentang kekasih yang dah pergi. Dia berkongsi tentang niat dia nak rendahkan ego yang terlalu tinggi. Kami jadi rapat dan saling kenal hati budi. Akhirnya pada satu malam dia kata dia mahu kami jadi lebih dari sebelum ini. Aku terima sebab aku dah mula sayang dia sepenuh hati.


Tanpa aku sedar saat kami bersama, kekasih lama dia datang semula. Datang mengimbau semula kisah lama. Betina celaka! Hati dia yang terbuka menerima dua tetamu dalam satu masa. Aku dan kekasih lama dia. Dan dia putuskan aku begitu saja. Baru aku sedar kebodohan aku sebenarnya. Dia terima aku bukan sebab cinta, tapi untuk lepaskan sepi dia saja.


Aku boleh block Facebook dia selama mana yang aku mahu. Tapi aku tak boleh block dia dalam hati aku. Sungguhpun aku kata aku benci dia sejuta kali tapi aku tahu rasa sayang tetap ada dekat situ. Aku tahu.


ps : Buat-buat tak nampak. Buat-buat pekak. Walaupun dalam hati rasa macam kena tetak ;)

3 comments:

Anonymous said...

aku pernah rasa ini. gila sakit hati. orang yang kau sayang separuh mati, tiba-tiba pergi. kalau puncanya dia mati, aku boleh terima lagi. rupanya dia pasang tiga ala-ala poligami. memang taklah aku nak buat laki.

dulu masa mula-mula suka, boleh tahan kacak. bila dah buat hal, aku rasa macam nak tetak. kawan aku kata, lelaki macam dia berlambak. simpan lah hati untuk seseorang yang lebih layak.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku pun sama. Masih lagi ngilu hati ni. Rasa macam jalan tak nampak dunia. Tp sebab aku tahu ade lagi orang aku sayang dan orang yang sayang kan aku. Aku tetapkan hati terus fikir positive walahpun kdg lost control juga. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...