My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 September 2009

the mystery of 11

no 11 ialah no selepas 10 dan sebelum 12... hahaha... aku saje² cari info pasal no 11 ni coz ade adik junior aku mintak... disebabkan ketidakcukupan masa dan time ni je yg dapat dicari... utk conan, pasal no 7 tu coming soon k...
  • 11 antara no yg jika diterbalikkan tetap memberi nilai 11 selain 0, 1 dan 8
  • bola sepak, kriket dan american football dimainkan dgn 11 org satu team
  • poligon bersisi 11 dipanggil Hendecagon
  • 11 ialah no atom utk sodium
  • Himalia adalah nama bulan ke 11 di planet Jupiter
  • 11 meter adalah jarak antara gol dan titik penalti dlm sukan bola sepak
  • jersi no 11 adalah paling popular dlm sukan ragbi
  • Ayrton Senna (pemandu lagenda Formula 1) memandu kereta bernombor 11 ketika beliau memenangi F1 World Championship pd tahun 1988
  • perang dunia pertama tamat pd 11 November 1918 pd jam 11 pagi yg digelar 'The 11th hour on the 11th day of the 11th month of the year'
  • Mozilla Firefox, Opera dan Internet Explorer 4 menggunakan F11 sbg key utk full screen
  • terdapat 11 helai daun pd bendera Kanada
  • filem Ben-Hur (1959), Titanic (1997) dan The Lord of The Rings: The Return of The King (2003) memenangi 11 Academy Awards
  • ulangtahun 7-11 ialah pd 11 Julai setiap tahun
  • 7-11 mempunyai kira² 34,100 cawangan di seluruh dunia
  • 11 Januari ialah tajuk lagu band Gigi
  • rahsia resepi KFC ialah '11 herbs and spices' yg belum dapat dibongkar sampai hari ini
  • WTC di USA diserang pd 11 September 2001
  • WTC sendiri berdiri spt no 11
  • New York City mempunyai 11 huruf
  • Afghanistan mempunyai 11 huruf
  • George W Bush mempunyai 11 huruf
  • New York adalah negeri ke 11 dibuka di USA
  • kapal terbang pertama merempuh WTC ialah 'Flight 11'
  • 'Flight 11' membawa 92 penumpang. 9+2=11
  • Flight 77 yg merempuh WTC membawa 65 penumpang. 6+5=11
  • jumlah semua penumpang dlm kapal terbang yg merempuh WTC ialah 254. 2+5+4=11.
  • 11 September ialah hari ke 254 dlm tahun 2001. 2+5+4=11
  • baki hari yg tinggal selepas 11 September ialah 111 hari
  • tragedi pengeboman di Madrid berlaku pd 11 mac 2004. 1+1+3+2+0+0+4=11
  • tragedi di Madrid berlaku 911 hari selepas insiden 11 September. 9+1+1=11
  • tarikh tragedi WTC merujuk kpd no emergency di USA iaitu 911. 9+1+1=11
tapi ni semua adalah fakta yg mungkin adalah suratan atau kebetulan... sesungguhnya setiap kejadian yg berlaku itu ditentukan oleh qada' dan qadar Allah SWT, bukan oleh nombor...
wallahualam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...