My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 October 2013

berhenti berharap



Ini cerita dulu kala. Cerita masa aku baru masuk alam remaja. Cerita masa aku baru nak kenal dunia. Cerita aku dan dia.


Kami rapat walaupun jantina berbeza. Rasa suka? Tak ada. Langsung tak ada. Sebab dia dah berpunya dan kekasih dia aku kenal siapa. Rasa cinta jauh sekali nak ada. Pada masa itu kekasih bagi aku tak penting mana. Cukuplah ada kawan perempuan yang boleh lepak sekali bila ada masa.


Kami kawan baik yang berjanji akan saling membantu bila perlu. Bila dia sedih sebab gaduh dengan kekasih dia cepat-cepat aku bagi pinjam bahu. Bila aku rasa serabut dia tadah telinga dengar aku mengadu. Kami sebulu.


Sampailah satu masa, kami terpisah untuk jangka masa yang lama. Mungkin sebab kesibukan kerja. Mungkin sebab tak ada hal menarik hendak dicerita. Mungkin sebab dia makin bahagia. Mungkin sebab aku sibuk tengok bola dan cerita Korea saja. Entahlah aku sendiri tak tahu sebab apa kami kian terpisah jarak dan masa. Sampailah bila kami berbual semula, timbul rasa segan untuk bercerita. Jadi tak selesa sebab terpisah lama.


Dari situ aku sedar yang kita tak boleh terlalu berharap pada orang lain di sekeliling kita. Sedangkan bayang-bayang kita sendiri tak bersama kita bila tak ada cahaya, inikan pula orang lain yang tak ada kena mengena.


ps : Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan ;)



4 comments:

asha hana said...

nice entry. yup. yakin pada diri sendiri itu lebih baik. sebab bukan semua boleh tetap ada sama2 dengan kita sampai penghujungnya. :')

Farisya Anastasyia said...

Nice entry :).keep u motivating urself okai.never give up in any small problems.that small problem teach u,not let u down.remember that :)

Farisya Anastasyia said...

Nice entry :).keep u motivating urself okai.never give up in any small problems.that small problem teach u,not let u down.remember that :)

Lynn Munir said...

Entri yang menarik. Memang kadang jarak dan masa mampu mengubah sesuatu perhubungan itu. But be truthful to yourself ok dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...