My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 October 2013

seperti dulu



Masa itu tahun dua ribu. Aku darjah lima kelas nombor satu. Tak ramai lelaki dalam kelas aku. Dalam kelas aku ada tiga orang budak perempuan yang aku rasa comel dan ayu. Yang dua orang itu memang ayu, yang seorang lagi itu nama dia Ayu. Jadi ada tiga orang ayu. Aku tak perasan semua itu sampailah ada seorang senior darjah enam suruh aku kirim salam dekat salah seorang dari mereka itu. Penakut nak mampus senior aku. Badan besar macam batu, pakai pensil warna Luna tapi nak kirim salam pun malu.


Aku suka dekat seorang budak perempuan. Kami sekelas tapi setiap kali aku tegur dia macam tak berapa layan. Dia pengawas perpustakaan. Aku pergi perpustakaan sebab nak tengok dia depan-depan. Aku cuma pinjam buku kalau dia bertugas dekat kaunter pinjaman. Crush tahap gaban.




Masa itu telefon rumah saja yang ada. Telefon bimbit tak ada lagi orang guna. Kalau ada yang guna automatik dia dilabel orang kaya. Pertama kali aku tanya nombor telefon rumah dia, aku bagi alasan nak tanya kalau-kalau cikgu ada bagi kerja. Beratus kali aku berlatih dialog nak tanya nombor telefon dia. Saat ini aku sedar kadang-kadang kita kena menipu kalau nak berjaya.


Dia tulis nombor atas satu kertas putih. Aku simpan elok-elok macam surat dari seorang kekasih.


Tiba hari Sabtu. Banyak kali juga aku angkat dan letak ganggang telefon rumah aku. Rasa takut datang bertalu. Akhirnya aku tepis semua rasa ragu, aku tekan nombor atas kertas putih itu satu per satu.


Panggilan aku dijawab seorang lelaki yang aku yakin ayah dia. Dia tanya nak cakap dengan siapa. Aku kata nak cakap dengan anak dia. Dia tanya nak buat apa. Aku terus letak sebab aku rasa takut gila. Rasa macam nak meletup dada. Mungkin sebab masa itu aku budak-budak jadi aku rasa semua mak ayah garang macam singa.


Aku rasa budak-budak hari ini rugi. Mereka tak pernah rasa debaran luar biasa bila panggilan yang mereka buat dijawab oleh orang yang mereka paling takut sekali. Rugi sebab crush mereka mudah sangat didekati. Boleh add Facebook kemudian chat tanpa henti. Boleh call handphone yang sah-sah akan dijawab oleh crush mereka sendiri.


Aku rasa budak-budak yang hidup di zaman sebelum tahun 2000 saja yang akan faham entry ini. Zaman yang belum dikuasai teknologi. Zaman terakhir permainan batu seremban dan guli. Hari ini tak ada lagi.


ps : Rasa nak balik pada zaman itu semula bila teringat kenangan lama ;)


6 comments:

Lynn Munir said...

Budak-budak sekarang ramai yang sudah kehilangan rasa berexplorasi zaman main upih dan laga biji saga. Kehilangan adventure tahap berkala. Kesian budak2 sekarang.

Huny eda said...

budak sekrang sudah d pengaruhi dengan zaman canggih.rugi tak rasa zaman 2000..masa dulu2 blm ada hp, lelaki asyik kacau guna phone umah..sampai rasa takut bila ada deringan telefon..yalah..budak2 dulu mana ble bercinta sakan..hahahaha...takut kantoi oleh mak bapak..

Mikael Sahaja said...

Entry ni sangat terkesan. Terkenang pulak kenangan lama. Haih.

Cik Nadyya said...

alahai. terus teringat zaman kecik2 dulu. rindunyaaa T_T

AnAk dEneSor said...

toi la teringat zaman kecik2 dulu..hihi

Qaseh Qhaleesh said...

agree.
budak sekarang adalah millennium kids. sampaikan guli pun tak kenal. Masya-Allah.
walau apapun tetap bangga kite pernah lalui zaman 2000, tukar-tukar nombor telefon rumah, mintak biodata and takut-takut nak jumpa crush. sekarang? hihihii =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...