My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 October 2013

segitiga



Aku suka dia. Comel orangnya. Manja. Kadang-kadang gila-gila. Kami sekepala. Ya memang ada rasa mesra. Bebas bercerita. Bebas berkongsi idea. Sebab bagi dia persahabatan itu yang lebih utama. Tapi tak sebenarnya. Aku cuba buat dia selesa. Sebab aku suka dia. 



Mesti ada yang suruh aku luah apa yang aku tulis dekat atas tadi. Mesti ada yang suruh aku jadi lelaki sejati. Tak apa terima kasih daun keladi. Sebenarnya ada masalah antara kami. Aku suka dia tapi dia dah ada kekasih hati.



Ada kawan bagi harapan. Katanya teruskan berkawan. Ada kawan bagi bantuan. Katanya dia boleh jadi orang tengah yang boleh sampaikan berita kalau orang itu dalam kesedihan. Terima kasih kawan-kawan. Aku bukan lelaki yang suka watak orang ketiga dalam mana-mana hubungan.


Ini bukan kali pertama aku rasa perasaan ini. Entah ini dah kali ke berapa aku suka orang yang sedang bahagia dengan orang yang dia sayangi. Mungkin tuah tak menyebelahi. Mungkin aku langkah kiri. Mungkin nasib tak pernah menjadi. Tapi aku tak patah hati. Aku cuba lagi. Aku kan lelaki.


Aku suka dia. Aku boleh bahagiakan dia. Tapi kalau ditakdirkan ada orang lain boleh buat dia lebih bahagia, aku rela. Aku nak dia bahagia, walaupun bukannya aku punca kebahagiaan dia.


ps : Selalunya yang paling kita nak sangat itulah paling susah nak dapat ;)



6 comments:

Leyla said...

alahai sedeh nye . sabar ye . nanti sampai la jodohnye .

asha hana said...

mulut kata kita akan bahagia bila dia bahagia hakikatnya hati kita tak. sabar ok. :)

Za Leena said...

btol tindakan kamu tu. cuba letak diri kt tmpt bf si dia tu. mst die bengkak hati klo dpt taw ade org cuba nk dptkan gf die. unless la if diorng mmg dh break off sndri. so kwn cm bese je klo ade jodoh or rezki dpt.harapan pon xbley la tlalu tinggi..from my point of view

ain diyana said...

been there before.. it sux

Lynn Munir said...

Kasih sejati .

LYynda MukhTar said...

Please follow saye nanti saye follow korang balek. Pleaseee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...