My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

29 April 2014

cemburu



Perjumpaan kali ini tak macam biasa. Atmosfera tegang terasa.


"Siapa dia?"
"Dia yang mana?"
"Yang semalam awak jumpa."
"Oh kawan lama."
"Kawan ke kawan istimewa?"
"Kawan biasa."
"Tak percaya."
"Saya dah ada awak nak cari lain buat apa?"




Dia diam. Aku diam. Tangannya digenggam. Cemburu mencengkam.


Aku terjumpa kawan perempuan. Duduk berborak di kedai makan. Kekasih aku dapat tahu jadi bermula siasatan. Dia tanya soalan dan aku jawabkan. Soalan dia macam pistol tembak sasaran dalam latihan. Tak kena tak apa janji peluru dihabiskan. Tapi dia perempuan, tetap tak puas hati walau apa pun jawapan.


Aku pujuk sekali. Dia tak ambil peduli. Merajuk lagi. Giliran aku pula tak ambil peduli. Bukan jenis aku nak pujuk banyak kali. Bukan jenis aku nak romantik lebih-lebih selagi belum sah bergelar isteri.


Aku cuma teman lelaki. Tapi aku tahu erti setia pada orang aku kasihi. Aku setia tahap teman lelaki, bukan setia membuta tuli. Aku bebas tapi bukan lari. Jadi jangan salah sangka setiap gerak geri.


Maaf atas semua ini. Tisu yang kau buang mungkin dapat aku beli. Tapi emosi kau takkan mampu aku ganti. Sudahlah jangan cemburu lagi. Aku mungkin rambang mata tapi takkan rambang hati.


ps : Maaf jarang update. Nak cari idea sama susah macam cari awek ;)


17 April 2014

bunga



Aku selalu umpamakan perempuan dengan bunga. Rasanya lelaki lain pun ada macam aku juga. Aku sendiri kalau nak pujuk kawan lelaki yang patah hati akan guna ayat 'bunga bukan sekuntum' untuk mewakili perempuan yang ada.


Dipendekkan cerita, kalau kau perempuan maka kau bunga.




Aku kena hias makmal komputer tadi. Aku buat walaupun ini bukan kerja lelaki. Aku ambil masa nak rehat sekejap sebelum susun bunga-bunga atas almari. Bab hias-hias memang aku tak reti. Kurang kreativiti.


Dekat depan aku sekarang ada sejambak bunga. Ada tujuh kuntum bunga hidup semuanya. Tengok dari jauh macam sama. Tapi bila aku perhati dekat-dekat memang lain-lain semua. Ada kelopak yang pudar sikit warna. Ada yang bertompok sikit tangkai dia. Mulanya aku suka yang paling wangi tapi lama-lama ada sekuntum yang aku rasa istimewa.


Bunga yang sekuntum ini tak cantik mana. Warna dia yang paling pudar antara semua. Dia pun bukan yang paling wangi sebenarnya. Tapi dia yang paling besar dan mekar antara mereka. Sebab itu aku rasa dia istimewa.


Bunga yang aku suka ialah bunga yang mekar tanpa hirau bunga-bunga lain di sekeliling dia. Bunga yang membesar dengan bahagia. Bunga yang tak mahu hidup dia sia-sia. Bunga yang terus kuat untuk hidup walau apa pun melanda. Bunga yang hidup dia hanya untuk dia. Bukan bunga yang mahu bertanding dengan bunga-bunga lain siapa yang lebih cantik dan sebagainya.


Kalau kau perempuan maka kau bunga.
Kalau kau macam bunga yang aku cerita maka kau istimewa.


ps : Masih ada kecantikan di sebalik kepudaran ;)



05 April 2014

kita



Hari ini
Kita jumpa lagi
Aku sendiri
Kau sendiri
Kita kaku berdiri


Kita berjumpa
Tak macam dulu kala
Tiada kata
Tiada suara
Semua sejarah saja


Kenyataannya
Kini kita bukan kita
Kita pura-pura bahagia
Kita cuba
Cuba anggap kita tak pernah ada


ps : Penat. Pedih. Sedih. Bergabung, meletup ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...