My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

17 April 2014

bunga



Aku selalu umpamakan perempuan dengan bunga. Rasanya lelaki lain pun ada macam aku juga. Aku sendiri kalau nak pujuk kawan lelaki yang patah hati akan guna ayat 'bunga bukan sekuntum' untuk mewakili perempuan yang ada.


Dipendekkan cerita, kalau kau perempuan maka kau bunga.




Aku kena hias makmal komputer tadi. Aku buat walaupun ini bukan kerja lelaki. Aku ambil masa nak rehat sekejap sebelum susun bunga-bunga atas almari. Bab hias-hias memang aku tak reti. Kurang kreativiti.


Dekat depan aku sekarang ada sejambak bunga. Ada tujuh kuntum bunga hidup semuanya. Tengok dari jauh macam sama. Tapi bila aku perhati dekat-dekat memang lain-lain semua. Ada kelopak yang pudar sikit warna. Ada yang bertompok sikit tangkai dia. Mulanya aku suka yang paling wangi tapi lama-lama ada sekuntum yang aku rasa istimewa.


Bunga yang sekuntum ini tak cantik mana. Warna dia yang paling pudar antara semua. Dia pun bukan yang paling wangi sebenarnya. Tapi dia yang paling besar dan mekar antara mereka. Sebab itu aku rasa dia istimewa.


Bunga yang aku suka ialah bunga yang mekar tanpa hirau bunga-bunga lain di sekeliling dia. Bunga yang membesar dengan bahagia. Bunga yang tak mahu hidup dia sia-sia. Bunga yang terus kuat untuk hidup walau apa pun melanda. Bunga yang hidup dia hanya untuk dia. Bukan bunga yang mahu bertanding dengan bunga-bunga lain siapa yang lebih cantik dan sebagainya.


Kalau kau perempuan maka kau bunga.
Kalau kau macam bunga yang aku cerita maka kau istimewa.


ps : Masih ada kecantikan di sebalik kepudaran ;)



5 comments:

judexplorer said...

so sweet..

Naurah Alwani said...

Warna pudar cantik apa. Pastel gitu. Hahah

Skyline Spirit said...

pretty nice blog, following :)

fasha said...

tak tau nak cakap cemana..i suka gila ngan ur written.memang betul.hakikat nya lelaki lagi hebat menulis drpd prempuan

Aku punya Nama_Tue said...

maaf aku baca blog Bernafas Dalam Ego dalam diam...
ya aku suka bunga yg pudar itu...dan keringkan ia simpan dalam bekas...
msh lg cantik bunga itu terjaga dgn rapi..
aku rasa aku dah jatuh cinta pada kau Apih..
~jatuh cinta pada hasil tulisan tangan kau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...