My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 January 2011

kenapa lelaki suka wanita berusia?






Kunkun!!


Aku tak tahu kalau aku seorang je perasan yang ramai lelaki muda kahwin dengan wanita berusia sekarang. Paling tak pun, ada skandal dengan wanita berusia. Soal anak ikan kita letak tepi. Tu pekerjaan ye. Hahaha...




Kenapa lelaki muda suka wanita berusia?


Lebih matang dan berpengalaman
Aku sendiri tak suka wanita yang kebudak-budakan. Wanita berusia ni, manja dia beralas, tak gedik-gedik sangat. Pernah kau tengok wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk kat shopping complex?


Menumpang kestabilan ekonomi
Macam sambil menyelam minum air. Bila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki tu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi dia. Yelah kan, kekasih dia dah kerja, dia masih study. Mesti ada bantuan kewangan selain daripada PTPTN atau MARA.


Tak kuat merajuk
Aku sebagai lelaki mewakili lelaki lain nak bagitahu yang tak semua boyfriend suka bila awek dia merajuk. Kalau awek merajuk, mesti boyfriend nak kena pujuk. Hello kak, tu kekasih okay, bukan hamba.


Kesan lambakan produk kecantikan
Aku dah jumpa ramai wanita berumur 30-an tapi nampak macam 20-an berdasarkan penampilan mereka. Tapi perempuan jangan bangga sangat sebab walaupun produk kecantikan lelaki takde kat pasaran, tapi lelaki ada produk tenaga batin. Maka jadilah trend baru, lelaki tua suka perempuan muda. Terbalik kan?


Lebih memahami naluri lelaki
Mungkin wanita berusia ini berpengalaman bila bersama dengan lelaki jadi dia mungkin tahu yang mana perlu dan tak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya. Tapi berhati-hati wahai lelaki, bimbang jadi Queen Control pulak.


Lebih bersifat keibuan
Lelaki, lepas kahwin mesti nak anak cepat-cepat. Tapi kebanyakan isteri muda tak bersedia nak timang anak awal-awal lepas kahwin, mungkin sebab takut badan dah tak mantap lepas bersalin atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama walaupun soal zuriat memang jadi persoalan tapi itu rezeki dari Tuhan, kita hanya merancang.



Aku teringat, ustazah pernah cakap, Rasulullah dulu pun kahwin dengan Khadijah. Walaupun beza usia memang jauh, Baginda tetap dikurniakan cahaya mata. Ramai pulak tu. Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainah, Rukayah dan Umi Kalsum. Cuba baca kisah Rasulullah dapat wahyu pertama dan tengok macam mana kasih sayang yang Khadijah curahkan kepada suaminya yang jauh lebih muda.


Tapi wanita muda ada baiknya jugak. Secara realiti, lelaki lebih lambat matang daripada wanita. Jadi kalau suami lebih tua daripada isteri, tahap pemikiran mereka boleh dikatakan pada aras yang sama. Jadi, peranan suami sangat besar dan sebab itulah peranan isteri diperlukan. Rasulullah pun berkahwin dengan Aishah yang lebih muda darinya.


Jadi, pesanan saya kepada wanita berusia yang belum berkahwin, jangan risau jangan panik. Yakinkan diri anda untuk berpenampilan lebih menarik. Wanita muda yang seksi dan montok tu, anda ada saingan hebat sekarang.


Bagi aku, usia bukan penentu kebahagiaan. Nanti kalau aku panjang umur, aku jawab kenapa lelaki tua suka wanita muda. Tapi tunggu aku tua dululah. Hahaha...



Kunkun!!



35 comments:

aNnE said...

haha..yang muda kena belajar jadi matang la yer..
menumpg kestablan eko?oh macam tu rupanya lelaki muda..hahahahaha kidding ;p

iwan_dextrous said...

hihih..ikut pilihan masing2 r..aslkan niat baik...

CahayaCintaIlahi said...

huhu tanx for sharing
tp sy pun penah kapel
dgn yg lebey mude besh gak
hehe ;)

mia.lia said...

pmpuan mude lak nk lki lbih tua kstabilan eko gak..haha

FUZY said...

lelaki muda nak yg yg matang...cuz boleh tolong jadi pemandu arah,

lelaki tua nak yg kebudak2kan...supaya boleh kembali muda,

hehhehe...mcm2 perihal dunia, apa2 pon jodoh d entukan ALLAH....kita mrncang

Syafiq Rosli said...

huhu..mungkin ada betul jgk..

Khai said...

agak2 time ko tulis entry kenapa laki tua suka perempuan muda, berapa anak or cucu ko time tu? ekeke :P

cik Ladies said...

em , cne niey .. bkas pkwe sy muda sthun .. hak3 .. mybe ada benar nye .. :)

Che Sakinah said...

erm ye ker.. cemtu ehh.. key lah xnak laki mude... hahhaha

Azewas32 said...

i like too....hehehehe....

nub said...

hihi..btoi2

Anip™ said...

ade skil lebih, wahahahha

BLOG GEMPAKZ SIOT

farah said...

selalunye lelaki manja yg suke wanita berusia ni..:) tak pun lelaki yg tak pandai urus diri sendiri..hehe..

phreak-id said...

Maiza dan suami? Maiza ex Ustaz akil tu? bapak muda rupa laki baru dia. Aku ingat muda tapi rupa matured

Terbaru > Klon Jejai Kelirukan Fasha Sandha > The Maxis Om Nom Nom Race > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

nur aisya humaira said...

info yg menarik..:)
kebanyakn artis laa kn..
sbb die selebriti, so kte tahu...
klu mcm kite2 ni,sye blm jumpe lgi..:)

Anonymous said...

laki manje!
mne bole ske yg tua!
ptotnye dorg yg bimbimg pompuan, bkn pompuan yg bimbing laki!
ngade!
gedikkk!!
hahaa!
kidding!!!

maicher said...

gamba nombo dua tu gamba sepa????

.::ellynawambeck::. said...

yeke ? macam tak berapa nak betul aje , err -_-"

padle said...

normal la tu..justin bieber pon minat kim kadarshian...hehe

CNEN AFI (dream chaser) said...

haha.. overall setuju.
tp nak tye, kalau pmpuan pakai serba pink tu gedik ke pd laki. musykil plak kat situ..

sky said...

muda ke berumur ke xkisah la..aslkn d0rg hepi nga plihan ati msing2..^__^

Aqila Safuan said...

cis cis . macam nak buat saya kecewa je yang hshaz jaszle pun suka wanita tua .
cis cis cis . XD . kenapa tak ltk gmba die dgn maria farida . kahkahkah . nice entri !

Mra Mastura said...

heee.. likey! lelaki muda ni sangat manjaa!! >.<

eh, sy dgn awak sbaye.. hehe =P

iris said...

ermmm wanita berusia 30an nmpk cam 20an tu yg paling den ghoma ngan ayat tu hehehehehe...

Cempakamelati said...

Jodoh pertemuan di tangan tuhan..cinta itu tak mengenal usia.

aqeyLs said...

TREND SKRG LAKI TUE NAN POMPUAN MUDE?

kalau ade fulus, jalann...:D

elyn dz said...

dah ade calon ke apih?ngahaha..

Alip Apai said...

kalo ak tua yg byk duit cm datin2 ok la..xyah ak blaja pepenat cm skarang..tp tu impian bodoh yg mgkn xkan jd kenyataan la

Miss Meen said...

Nice Entry ^_^ !!!!

Anonymous said...

i have a few admirers. Muda ada, tua pun ada. I am in my mid 30s. Memandangkan no one has won my heart, they put the blme on me for being picky. Well, whatever. My opinion : yg muda ni kekadang try too hard to be older than their age, kunun trying to match the maturity of the women. I can't put up with their childishness. Older men think they know everything "you can't do this, you can't do that, can't think like this, have to think like that", they are the controlling bunch and also probably confuse of their own age because they keep telling themselves that they are "young at heart". To me it is a denial.

Hence, yours truly remain single and attractive, yet oblivion to younger chicks.

Anonymous said...

actually. ni bkn trend zaman skrg. dulu nabi kawen dgn khdijah umur baginda ngn khdijah berbza jauh tp bhgia.

Zamri Khaled said...

Tak kisah klu prmpuan tu tua yg pnting dia boleh bgi kebahagiaan yg kekal abadi sekian...

Anonymous said...

Aku pnah tgk pmpuan tua yg brperangai mcm budak 18 tahun..mnggedik mngalahkn ank dara sunti..padahal klu d letakkn cermin bsar dpn dia..mau berderai seribu cermin tu...

Anonymous said...

daa agak daa..menumpang kestabilan ekonomi..;)

Anonymous said...

Aku cikit tak kantoi..baru bab berkenalan lelaki tuu daa terlentok2 mintak beli laptop..mintak buat pnjaman bank..aku tinggalkan jee tak toleh langsung..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...