My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

20 January 2011

perasaan ini seperti telah pun mati 1





Kunkun!!


Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.


Mula-mula main Facebook, dia antara 10 kawan terawal aku. Dia add, aku approve. Dia hantar mesej kat Facebook, aku balas. Dia mintak YM, aku bagi. Dia tinggal nombor handphone dan mintak nombor handphone aku, aku bagi.


Sejak tu, hari-hari dia mesej kat handphone. Tapi kadang-kadang je aku reply. Ada jugak dia misscall, tapi aku tak layan. Kalau dia call, aku angkat, cakap la sekejap lepas tu aku letak sebab ada kerja lain. Aku tak tahu apa dia fikir masa tu.


Satu malam, dia ajak aku keluar tapi aku tolak sebab aku dah janji nak lepak dengan kawan-kawan aku. Dia cakap nak join aku lepak sekali tapi aku tak bagi. Dia tak kenal kawan-kawan aku dan kawan-kawan aku pun tak kenal dia. Aku dapat bayangkan suasana janggal bila dia ada sekali dengan aku masa lepak. Aku asyik fikirkan diri aku je, tak hirau langsung perasaan dia.

It's Not Too Easy | Even Google can't solve it


Sebab kesian, aku bawak la dia pergi makan dua hari lepas aku tolak pelawaan dia. Aku bawak dia pergi kedai biasa-biasa je. Aku dapat agak, dia mesti tak suka sebab malam tu dia pakai lawa sangat tapi aku pulak bawak pergi makan warung tepi jalan je. Masa order tu, dia cakap dia dah kenyang. Bila aku cakap aku pun tak nak makan kalau camtu, dia pun order roti canai.


Masa aku makan nasi, aku tengok dia cari sudu. Dia angkat tangan panggil pelayan tapi budak tu tak dengar. Pelanggan memang ramai masa tu. Aku tengok je gelagat dia masa aku makan. Last-last dia bangun pergi ambik sudu kat meja sebelah. Dia lap sudu tu dengan tisu. Nampak sangat dia tak biasa kedai macam tu.


Lepas tu, dua hari dia tak mesej. Aku tahu dia bengang, tak pun merajuk dan tunggu aku pujuk. Tapi aku tak pujuk pun. Ada jugak kawan aku tanya, aku keluar dengan awek ke sebab dia nampak aku duduk semeja dengan budak perempuan baju merah tudung putih. Tapi aku diamkan je. Tak jawab ya atau tak. Akhirnya dia mesej aku masa aku tengah main game. Tapi aku balas lewat 2 jam mesej tu sebab khusyuk sangat main game.

Life Is Not Easy | We need to survive in our own life


Lepas tu dia diamkan diri lagi. Lama jugak dia tak mesej. Tak tahulah merajuk sebab lambat balas ke apa. Tapi aku memang takkan pujuk. Bukan tak kesian dekat dia tapi aku memang tak reti dan malas. Banyak lagi kerja yang aku kena buat selain merayu-rayu suruh dia berhenti merajuk.


Akhirnya dia call jugak. Dia cakap ada lelaki kat tempat kerja dia minat dia dan ajak dia couple. Dia tanya aku apa patut dia buat. Aku cakap, kalau dia pun suka lelaki tu, couple je la. Aku tak tahu pulak dia nak cuba buat aku jeles masa tu. Dan kalau aku tahu pun, aku tak jeles. Sebab aku bukan pakwe dia. Cuma pernah keluar sama-sama je. Aku tak tahu kalau dia anggap keluar bersama tu couple, tapi bagi aku tak.


Lepas tu terus aku dengan dia tak contact. Aku dah hilang seorang kawan sebab salah aku sendiri. Aku tak cuba sukakan dia sepenuh hati aku. Aku tak cuba faham perasaan dia. Tapi, aku tak suka paksa diri aku sendiri untuk suka benda yang aku tak suka.


Aku rasa, tiada guna aku dengan dia bersama tanpa rasa cinta. Dunia aku dan dia berbeza. Dia makan restoran lima bintang, aku makan warung tepi jalan. Dia dah banyak kali makan masakan Itali, aku dah banyak kali pelahap Maggi. Dia pakai Gucci, handbag LV, aku pulak pakai Topman tak ori. Dunia aku dan dia memang tak sama. Dia akan sesat kalau hidup dalam dunia aku dan aku akan lemas kalau hidup dalam dunia dia.

Always Be Yourself | Follow your heart, not her


Dia baik, selalu ingatkan aku supaya belajar rajin-rajin. Dia caring, hari-hari mesti tanya aku dah makan ke belum. Aku tahu dia orang kaya, tapi aku tak nak perasaan aku dialas dengan harta benda. Aku tahu dia cantik, tapi aku tak suka kasih sayang dikaburi dengan benda metrealistik. Aku tengok body dia memang menawan, tapi aku tak nak sayang aku hanya pada luaran.


Aku gagal. I try but I can't.
Perasaan ini seperti telah pun mati. Hanya jasad aku berdiri sendiri.


Bersambung....



Kunkun!!



26 comments:

She's retarded said...

fuyoo! boleh jadi penulis novel cinta kalau macam ni

Mra Mastura said...

urm..sabar ye.. =)
jangan fikirkan sangat perbezaan itu..

jangan paksa diri..
semuanya akan pulih kalau masing2 terime perbezaan, dan try to complete each other..

^_______________^ chill...

sorry tak balas poke hari ni

intanfarhana said...

Aku tunggu 'perasaan ini seperti telah pun mati 2'. ;D

Eda said...

perasaan ini juga telah mati....erkk

entry JIWANG BEB!!

sky said...

mmg sgt2 bernafas dlm eg0 la..papepn perasaan xleh pakse..bek jd kwn ag best..xde nk majuk2..^__^

Tieka Nadira said...

erm.. kalo x leh nak trima relax dulu.. kalau dah jodoh x kemana =)

*cepat2 sambung.. ngeh3~

padle said...

mls btol bace entri bsambung ni la...adoi..

iKhRam said...

tak semua rasa kasih, syang, cinta itu mampu kita balas..
semua itu tiada harganya melainkan kejujuran dalam diri sendiri..

kita rasa terseksa bila melayannya.. dan bila tidak melayannya.. kita juga rasa terseksa..

biarkan saja.. sebab masa mampu menyelesaikannya

IeDa said...

cepat sambung!!

acan ketot said...

best2!!
nk tawu agi...

.::ellynawambeck::. said...

takpe , bunga bukan sekuntum bro , hihi
insyallah one day nanti ada jodoh yang datang :)

aqeyLs said...

ecece.xdopla jiweng sgt kot.huhu

btw, buat comment pop up bole? sng sikit.

maicher said...

wow!
hotnya kau^^

p/s:syabas atas sikap "beurself" kau!

Beskut Mery said...

alamak..xsabar nk tggu sambungannya..
*attoihh~..bile lak dah reti komen entry org neh..huhu~

r-5 said...

stylo cerita ni~ aku follow. aku follow

zer0xs said...

hahahahahha cool beb

Awatif Azizi said...

nice story..
x sbr nk tggu sambungan dyer...

niepngalaman sendiri atau fantasi??

wannurfazrini said...

wow . even dia perfect , dont look up at all . kita cari yg terbaik bkn yg sempurna !

nur'aifaarbintirazali said...

agk jiwang diz story,,\
jgn suke ssorng pd luaran,,
kecntikan,kkcakan x kan kekal slme nye..
nice story :)

Azewas32 said...

entry yg agak nk mngis ase ak bce....huhuhu
tp kdang2 lawak gk ble bce 2 3 kli....hahahhaa

pu3iman said...

lain kali... jumpa je awek yg mcm ni trus tanya "agak2 bile kita bleh bercouple" kalu dia terima... nasib lah :p

baru tau niat dia camner hik hik hik

p/s: lama x puji- SMART LAH HEADER PIC ATAS TU

Cempakamelati said...

Cinta tak boleh dipaksa. Tak guna couple kalau takde perasaan kat dia. Cuma saya rasa kesian la sikit kat dia sebab nampak gaya dia betul-betul suka kat awak.

biE said...

best... jalan cite and cara awk cite simple je.. tp ada meaning tersendiri. neway... the moral is, appreciate what we have now..

Aini Adam said...

ok, mmg gedik giler. haha

loLaa_nurafizza said...

perasaan sy pon mcm dh mati..tunggu perasaan aku telah mati 2..blh tahan la jiwang..

yana :)) said...

perghhhhhh...

ade sambungan2 nye plak..
haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...