My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 January 2011

tanda-tanda cinta sudah berakhir

Kunkun!!


Selain laut, cinta pun ada pasang surut. Masa sayang, kentut pun bau wangi. Bila benci, Zinger Burger KFC pun rasa basi. Hahaha...


Sebenarnya, ada beberapa petanda yang percintaan itu dalam keadaan 'nazak' dan bagi aku, tak guna memujuk rayu lagi bila dah jadi macam ni. Sila ambil serius ayat aku itu. Okay dah. Jangan serius sangat, ni bukan blog serius. Hahaha...




Dia tukar nombor telefon tanpa beritahu anda
Tak kisah nombor telefon rumah, telefon bimbit atau pejabat, yang pasti dia tak beritahu anda. Apa kejadahnya tukar nombor telefon tak beritahu pasangan sendiri?

Dia pindah rumah tanpa beritahu anda
Alasan dia adalah 'lupa' padahal dia 'buat-buat lupa' dan inilah petanda dia tak mahu berurusan dengan anda lagi. Tapi kalau dia duduk dengan mak ayah dia, memang tak pindah la kan.

Dia tidak lagi menyimpan foto anda
Sama ada di dalam dompet, handphone, di meja belajar atau di biliknya, foto anda tiada lagi di situ. Ini bermakna, foto yang dulu memberi harapan hanya tinggal kenangan.




Dia tidak mengambil berat hari istimewa anda
Kalau dulu, dia ialah orang pertama mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada anda, sekarang tidak lagi itu bermakna dia dah bosan dengan kamu.

Dia tidak lagi mencari anda
Masa mula bercinta, bila ada masa je mesti cari pasangan dia. Tapi bila dia dah tak cari anda lagi, faham-fahamlah sendiri.

Dia bersikap tidak peduli dengan anda
Kalau anda merajuk, dia tidak memujuk. Kalau anda tak memberi perhatian kepada benda yang dia lakukan, dia tak kisah. Kalau anda memberontak sekalipun, dia tak pedulikan anda.




Dia lebih senang keluar dengan kawan-kawan
Mungkin anda pernah jadi nombor satu di hati dia, mengatasi teman-temannya tapi bila dia lebih pentingkan teman-temannya, anda dah jadi nombor dua. Mana ada kekasih yang lebih suka keluar dengan teman-teman berbanding kekasihnya sendiri?

Dia mendiamkan diri bila bersama dengan anda
Kalau dulu dia selalu banyak cerita, sekarang dia dah jadi pendiam. Hanya anda yang penat menelefon dia tetapi dia hanya bercakap nak-tak-nak dan dia tak pernah menelefon anda lagi.

Dia berterus terang mengatakan semuanya sudah berakhir
Bila lelaki menyebut "Sudah Berakhir" dia memang memaksudkannya. Jadi lebih baik berundur diri daripada terus terus memujuk rayu. Buktikan yang anda tak lemah tanpa dia dan dapat teruskan hidup anda walaupun sendirian.




Dia sudah ada kekasih baru
Nak tunggu lagi ke macam ni? Lupakan je dia. Cari orang lain yang lebih menghargai anda.


I don't care if you don't like me. I wasn't put on this Earth to please you!


Kunkun!!




22 comments:

Mek Onie said...

salam,ekceli kan bila teringat pasal cinta ni memang sedih sangat .....sebab meaw memang tak penah sayang kat orang tu gila-gila punya gila ! last-last,dia bagi kata putus yang dia dah tak boleh dengan meaw . mungkin meaw ni banyak kelemahan untuk si dia . dannnnnn sampai sekarang meaw still menyolokan diri sebab meaw tak sanggup untuk mengalami perasaan ni lagi . memang kecewa yang teramat sangat ....


yang dia tidak mencari anda lagi tu....memang betol lah apa yang apih kata,meaw sokong..sebab memang dah kena atas meaw,hoho ...

last but not least, yang dia berterus terang mengatakan semuanya sudah berakhir tu masa tu Allah je tau betapa luluh perasaan meaw ni ...

bila baca entri ni memang teringat kisah-kisah dulu .....

p/s:heee,sori..panjang pulak komennya :D

wannurfazrini said...

aku cuma ada skandal saja . dan tanda2 kat atas ni semua tade . adakah aku boleh memilikki dia ?

aiceewhhh , mengadu lak :p

syafiq said...

aduh terase...macam penah terjadi je...stress2

omurice said...

memang sakitlah bila dia dah tak layan kita...dunia macam gelap...semua buat macam tak ikhlas...diri tak terurus...apa salah ak...dia tinggalkan aku...tepon pun tak layan...nasib baik tak tukar lagi no tepon...hhohooho..

Anep™ said...

huhu, kalau dh nazak tu putus je la..hua3, ramai lg kt lua sane.

BLOG GEMPAKZ SIOT

puteri ain said...

its really hard when this time comes around..

Eyka said...

eyka setuju~ skit kalu putus cinta n~ jiwang plak dah! hahaha..dem..dem..:)

Mat Sabu said...

sedang mengalami huu

Nurul Farah Nabilah said...

yeah ! ta terjadi pOn ! hehe ..

syafiqa said...

hmm.tp dulu masa putus dgn ex.sikit
tanda ni pun tade.tup2 girl tu
(my bff)call n terus terang kata
yg dia dan bf i (now da ex) da 5mnth
couple.wtf man.bff n bf khianat??
oh,shit.geram.sekarang,betul3 da ego.
sama lah kita.bernafas dlm ego ;)

sky said...

juz tell me..i'll let u go without any word..sy pn pnye ego yg tersendiri..chill!! ^__^

nunui Joe said...

hmm..
sy pernah memutuskan hub masa kapel dulu. sebab..entahlah. huuu.. biarlah....

qinaysf said...

yes!!da pnah kne n mmg yg kt ats 2 lgkap..sgt prit..tpi,i've made it as a less0n:)

KELI OH KELI said...

ya ada benar pandanganmu sahabat...bila diri dibuat seperti sampah...tanda cinta dia telah pergi...

Aini Adam said...

umur masih muda...enjoy la hidup single mingle ni bile berpeluang. hidup single lg best. boleh buat mcm2 sbb tak terikat..haha..sy tak pernah merasa tp sy perhati dan fikir mana yg baik dan mana yg ade kekurangan. reseki jodoh tak ke mana. suatu hari nanti, InsyaAllah..

PADLE said...

hidup msti diteruskan....

yua said...

life must go on... hu8..
so sng crita, be single bcoz its simple...
kalau org buat kita mcm smpah, kita buat diorg mcm sampah balik. boleh?

hehe juz kidding =)

loLaa_nurafizza said...

huhu..setuju..plg setuju last skali..

Halimatun Sa'adiah said...

berakhir la sud semua kisah ini d jgn kau tangisi lg....
huaaa....

jahatttt said...

i fell like not believe with love....smua cinta lelaki palsu..percayala....plezz dont believe man...jom jd lesbien ramai2..kah3

feeqa_ieqa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku nie, asyik kena buang je, mcm mne tu... Ermmm... Andartu lah nampak nye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...