My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 January 2011

kenapa saya sayang mama saya?





Kunkun!!


Hari tu aku terdengar adik aku mengadu masalah dia dengan pakwe dia kat mama. Lepas berfikir sejenak, mama bagitahu "Mama tak tahu nak cakap apa pasal tu." Aku curi-curi dengar je. Tapi bagi aku, bila mak sendiri takde nasihat untuk anak dia, anak dia akan berada dalam keadaan yang sangat teruk. Anak dia memang dalam bahaya!


Mama bukanlah selalu bagi nasihat kat aku, tapi ada beberapa nasihat dia, walaupun dah lama tapi masih aku ingat sampai hari ni.



"Please stand/sit straight..."
Aku patut bagi kredit kat mama sebab mengajar aku bahasa tubuh ni. Duduk/berdiri tegak bukan saja dapat sihatkan tubuh badan malah meningkatkan keyakinan diri.


"Anak mama jangan mengalah selagi tak selesai..."
Aku dulu mudah mengalah. Aku pernah nak berhenti main futsal sebab terseliuh bahu tapi mama tak bagi. Semalam, aku cakap dah tak nak cari awek, kalau nak kahwin biar mama je cari calon isteri, tapi mama tetap tak bagi. Mama suruh cari sendiri dulu. Jangan mudah sangat mengalah katanya.



"Mama tak suka anak mama ni hisap rokok..."
Mungkin ayat ni mama aku je yang cakap,
tapi aku ikut dan tak menyesal langsung.


"Kalau orang bagi pendapat, hargai pendapat tu..."
Mama pernah cakap, kalau ada orang tegur silap kita, bagi nasihat dan pendapat tentang keburukan kita, hargainya walaupun semua tu menyakitkan. Bukan senang kita nak tahu apa oarng fikir pasal kita. Pendapat orang pasal benda-benda baik, aku ambik. Bila orang nasihat, aku dengar tapi susah nak ikut. Tetap bernafas dalam ego.


"Just be yourself brother..."
Kalau ada anugerah Cheerleader terbaik, aku akan bagi anugerah tu dekat mama. Kalau aku nak cuba benda-benda baru, mama tak halang sebab dia kalau boleh nak aku rasa semua pengalaman dan enjoy dengan apa aku buat. Walaupun aku kalah teruk pertandingan futsal, walaupun aku gagal final exam, mama tetap cakap aku yang terbaik di hati dia. Weird, but true.



Terima kasih mama. For all of her wisdom, truth and for managing to make laundry smell so darn good. I Love You Forever.


Kunkun!!




12 comments:

Myra Ayreen said...

tibe tibe rase cukup tharu ..

kalaulah saya dapat anak cam ginih .. hehehe ..

faiqah said...

comel jer;)

Mra Mastura said...

sweet =)

Azewas32 said...

mama....i love you....

Anip said...

bagusnya ko, pesanan mak tu memang berguna,sebab mak tu adalah cikgu kita dari kecil hinggalah sekarang. hehehe

BLOG GEMPAKZ SIOT

sudugafu said...

mu dah umo 22 pih..hahahha
sentap maknak

Khai said...

oh..so sweet...

nub said...

aku sayang ibuku.

dylli said...

alalalala..
baiknya dia.
bagus ikot cakap ni.
bau syurga dah. :)

elyn dz said...

saye juge sayang mama saye! weeee~ ^_^

missamy said...

nice entry . sweet je .

Anonymous said...

tp mama suh jgn tinggal smyg.. apa yg anda buat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...