My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

08 January 2011

jasa pasukan malaysia kepada blogger



Kunkun!!

Hari ni semua orang bercakap pasal bola Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup 2010. Semua orang memperkatakan tentang ketangkasan Khairul Fahmi, kekentalan Muslim Ahmad, kelincahan Norshahrul Idlan Talaha, ketajaman Safee Sali dan banyak lagi. Bagi aku, bila aku mengagumi seseorang atau sesuatu benda, ada benda positif yang dapat kita pelajari. Begitu juga dengan kejayaan Malaysia ini, ada beberapa benda yang dapat kita bongkarkan. Tidak mustahil kejayaan skuad Malaysia akan memberi kejayaan kepada kita semua di dunia Blogging.




Barisan Terbaik Malaysia : Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S. Kunalan, Ashari Samsuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.

Apa yang dapat Blogger pelajari?

Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol) | Cekap dan agresif
Semua pasti ingat kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti Indonesia. Cekap walaupun dalam keadaan sukar dan agresif dalam setiap perlawanan. Blogger juga haruslah cekap untuk menulis entry baru dan agresif dalam penulisan bagi menarik perhatian pembaca.


Mahalli Jasuli (Pertahanan) | Sempoi dan bersahaja

Melihatkan fizikalnya langsung tidak membayangkan usianya yang sebenar kerana sikapnya yang bersahaja dan periang. Blogger mestilah mencontohi sifat sempoi dan bersahaja agar mudah menarik pembaca kerana pembaca sukakan blog yang sempoi.


Muslim Ahmad (Pertahanan) | Tiada perasaan takut

Melihatkan susuk tubuhnya langsung tidak menunjukkan anak Terengganu ini baru berusia 20 tahun. Keberaniannya terlibat dalam setiap bola tinggi menenggelamkan penyerang Indonesia, Gonzales. Keberanian Muslim dapat diambil oleh Blogger untuk berani menulis entry-entry yang menarik dan mengghairahkan pembaca.


Fadhli Shas (Pertahanan) | Usia bukan penghalang

Pemain ini membuktikan usia bukan penghalang untuk berjaya. Mewakili Malaysia ketika masih berusia 19 tahun dan memenangi Piala Suzuki hasil kekentalan benteng yang dikawal olehnya. Blogger juga harus ingat, usia tiada makna dalam dunia blog. Ramai Blogger muda yang jika diasah bakatnya, bakal menggegar dunia Blogging Malaya.


Asraruddin Putra (Pertahanan) | Belajar dari kesilapan

Setiap manusia tidak lepas dari kesilapan. Kesilapan Asra semasa perlawanan pertama mengakibatkan Malaysia tumbang 5-1 namun ditebus semula pada perlawanan akhir. Blogger juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan namun sedarlah, kesilapan itu membuatkan anda lebih matang.


Amar Rohidan (Midfielder) | Tegas dan keras

Amar Rohidan membawa watak pemain paling kotor dalam pasukan Malaysia kerana memang begitu tugas pemain Defensive Midfielder seperti Xabi Alonson atau Michael Essien yang tegas. Blogger juga harus tegas dalam menyampaikan entry agar penonton dapat rasa 'kekerasan' entry tersebut.


Safiq Rahim (Midfielder) | Bijak mengawal keadaan

Semasa menentang Vietnam, ada satu kes di mana Safiq Rahim menarik tangan S. Kunalan bagi mengelakkan pemain itu terkena kad kuning. Blogger juga harus pandai mengawal keadaan bagi mengelakkan kontroversi terlampau. Namun harus diingat, kontroversi juga diperlukan untuk menaikkan rating blog anda.


S. Kunalan (Midfielder) | Kreatif dan inovatif

Kunalan ialah pemain paling lincah di atas padang bila dia mendapat sentuhannya. Ketika bola di kakinya, walaupun berdepan dengan tiga pemain lawan, dia sentiasa ada idea untuk melakukan gerakan. Kreatif adalah satu aset penting bagi Blogger. Tak kira walau apa jua keadaan, anda harus kreatif dan berfikir secara berlainan daripada orang lain untuk menarik pembaca.


Ashari Samsuddin (Midfielder) | Berani mencuba

Penjaring terbanyak Liga Super 2010 ini nyata tidak mendukacitakan rakyat Malaysia apabila menggantikan Amirulhadi Zainal. Percubaan dari sudut sukar di Stadium Bung Karno mendapat tepukan dari jurulatih. Blogger juga perlu bereksperimentasi mencuba sesuatu yang baru dan tidak statik dengan entry yang sama sahaja.


Norshahrul Idlan Talaha (Penyerang) | Semangat tidak putus asa

Gol pertama dan kedua Malaysia semasa perlawanan akhir pertama adalah dari semangat tidak putus asa pemain ini meredahi benteng Indonesia. Semangat tidak mudah putus asa ini juga perlu ada dalam diri Blogger untuk memastikan kejayaan yang tidak akan dicapai tanpa usaha dan semangat.


Safee Sali (Penyerang) | Pantas menghidu peluang

Kepantasannya menghidu peluang memberikan Safee anugerah penjaring terbanyak. Berbeza dengan Fadhli Shas, Safee membuktikan usia 'senior' bukan penghalang kejayaan. Maka Blogger harus sentiasa pantas menghidu peluang untuk entry baru seperti keputusan Anugerah Juara Lagu dan sentiasa ingat usia 'senior' bukan penghalang kejayaan.


Anda mungkin meminati pemain lain namun jika anda gali sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, anda akan dapat inisiatif untuk memajukan diri anda dan Blog anda sendiri.




Malaysia Boleh!!



Kunkun!!

12 comments:

Che Sakinah said...

safee salii!! yeay!=p

anamizu said...

yeay suke3!! ^^

nunui Joe said...

semoga smgt mereka terus meningkat..:D
(xtgk pun bola mlm tuh. tetido.. hihi)

Anifa Mohd Noor said...

haha mengena je...blog n blogger ni pun makin mantopp

melin said...

nice one (:

Daus Ramli said...

indo guna pemain luar pon kalah jugak..
haha

nub said...

indon mang ciritt ah..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan..Salam Kenalan..
Terima kasih kembara ziarah maya”

Malaysia bolehhhhhh

Aliesya♥Amani said...

aku ske safee sbb muke die macam someone!!haahah

missamy said...

nice entry . thumbs up !

iKhRam said...

wow.. analogi yg memang terbaek ar..!!!

uMie_cHan said...

jrang psukan mlsia dpt prhatian mcm ni...
nice entry....
suke muslim ahmad heeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...