My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 January 2011

luahan hati lelaki meningkat dewasa






Kunkun!!


Dulu, masa kecik, bila tak dapat mainan Power Rangers Putih yang boleh berbunyi suara, ataupun papa tak tahan penjual sate ikan, mesti rasa dendam. Betapa kecilnya peranan budak kecik yang hanya keluar bermain pukul 5 petang dan kena balik sebelum pukul 6.30 petang.


Masa darjah satu, rasa best sangat tengok abang-abang senior darjah 6 tak masukkan baju dalam seluar. Tapi bila aku buat macam tu, cikgu marah. Oh betapa perlahannya tumbesaran berlaku.


Lepas UPSR, masa tengah main guli, main gasing, rasa dengki tengok abang-abang sekampung main Playstation. Bila mintak dengan mama, mama suruh kumpul duit. Mama bagi seringgit sehari, setahun pun tak cukup nak beli. Rasa macam nak pergi kedai runcit, mintak kerja, dapat gaji terus beli Playstation.


Naik sekolah menengah, tengok senior-senior merempit depan sekolah, rasa macam nak suruh je basikal tu bertukar jadi motorsikal macam Transformers. Budak perempuan hot-hot pulak macam mengagungkan je mat-mat rempit tu. Lambatnya nak besar, nak beli motor.


Tapi sekarang, bila dah besar, nak kena buat keputusan, benda yang tak payah buat masa kecik dulu. Nak menyesal? Tak guna dah. Tu la dulu mintak sangat nak cepat besar, sekarang dah besar, kena buat pilihan sendiri, rasa nak jadi budak-budak balik kan? Padan muka kau Apih!


Aku tengah berehat sekejap ni. Tengah apply UPU. Nak sambung Degree. Tapi tak tahu nak ambik kos apa. Ingat nak mintak UiTM, tapi mama dengan papa cakap UPSI lagi okay. A big sigh here. Haishhhhhhhhhhhhhhhh......




Kunkun!!




16 comments:

iszieylyanziy said...

line bz je nk apply upu,,huhu

kyra shakira said...

suke yang ni. sempoi.

cik marina encik norman said...

hahaha betul betul. bila da besar, banyak sangat benda nak kena pk. rasa nak kecik balek. aduy.

tomatokering :) said...

tamo jadik besq . wuwu T__T

Pendekar Berkuda said...

apih jadi cikgu~!

kun kun~!

BezBuddy said...

apply la ukm...hehehe

aqeyLs said...

apply la ukm. bole jpe nanti. kah3

puteri ain said...

pilih betul2 :)

dylli said...

apih nak jadi cikgu ka?
mai la UiTM.
best wo0oo..
HAHAHAHA..

Cempakamelati said...

Pikir betul-betul. Jangan tersalah pilih..pilihla jurusan yang Apih minat, bukan hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Azewas32 said...

mana2 pun sme jer....yg pnting niat yg btul2 nk bljr....tue jer...klu xde mood nk bljr dh baik kje je apih...

juE said...

uthm jum..

Miss Meen said...

better UPSI ^_^
Bagus jugak kalu UiTM

Kalu masuk UPSI tak semestinya kena jadi cikgu... ^_^
Atleast kita dah ada degree pendidikan tue ...jaminan tu ^_^

Yang penting bila sekali dah buat keputusan kena terus mara dah xbely nak nyesal2 mcm masa kecik tue ^_^ hihihi

bantalijau said...

ko pandai lukis gak~

haninihanis said...

upsi upsi upsi

sarah honey said...

apply la upsi!
sarah bentang red carpet if apih masuk sini!
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...