My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 June 2010

artis wanita kalau tak make up




Kunkun!!



Make up adalah sangat penting bagi wanita. Ni apa yang aku rasa la. Aku bukan wanita so aku tak tau. Sebab make up ni mencantikkan sesuatu yang kurang cantik. Macam gula yang memaniskan makanan. Semakin dewasa wanita itu semakin pandai dia menilai kecantikkan. Wanita selalu puji artis yang nampak lawa sebab make up. Sampai ada yang sanggup pakai bulu mata palsu besar-besar pastu cakap "Ni gaya Rozita Che Wan..." Oh wanita sampai begitu sekali tahap obses kamu. Meh sini aku nak tunjuk wajah-wajah artis tanpa make up. Pastu korang nilai la sendiri.


Bunga Citra Lestari

Dia memang ada taste yang aku nak tak kira la dia make up ke tak. Dia ada chinese looking. Dia kurus dan tinggi. Sepet-sepet gitu. Tapi nak wat camne Ashraf Sinclair awal-awal dah booking. Melepas aku.

Bunga Berlurah | Jangan tengok lama-lama


Lisdawati

Tak tau la kenapa aku pilih gambar ni. Macam ada yang tak kena je. Dengan muka bermasalah dan rambut camtu. Serius dia memerlukan make up.

Pretty Ugly | Make up needed


Dian Sastrowardoyo

Dian ni memang comel. Kalau tak make up pun comel. Kalau make up lagi la comel. Cuba tengok video klip Peterpan - Menghapus Jejakmu. Setakat ni takde lagi orang aku jumpa yang cakap dia tak lawa.

Ada Apa Dengan Cinta | Ada apa dengan make up?


Sharifah Zarina

Sape-sape yang tak kenal dia ni, dia ni penyanyi lagu Langit Ke Tujuh. Lagu tu pernah popular la dulu. Kalau dia keluar dalam TV pun dia make up sikit-sikit je. Dia pun low profile so padan la dengan make up tu.

Puteri Langit Ke Tujuh | Sharifah Zarina


Rita Rudaini

Sape yang dah baca posting pasal artis wanita dalam hidup aku dulu mesti tau pasal Rita Rudaini. Dia memang comel. Serius aku cakap dia ni comel.

Rita Rudaini Rules | Wanita berumur ada tarikan tersendiri


Siti Nurhaliza

Sebagai seorang lelaki yang pernah berdiri, berduet dan berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza, aku just boleh cakap Siti memang lawa. Walaupun tak la tinggi sangat Siti ni tapi dia memang lawa. Lawa kalau ada make up la. Kalau takde camni je mukanya.

Dato' Siti Nurhaliza | Dato' paling lawa


Sazzy Falak

Sazzy Falak pun bukan artis yang over make up sangat. Kalau dia jadi hos pun make up asas je dia biasa guna. Dia tanpa make up takde la hodoh sangat. Artis mana ada hodoh kan. Lagipun dia ni banyak jadi hos je.

Legally Blonde | I hate Malay girls with blonde hair


Erra Fazira

Erra Fazira adalah antara artis yang dapat menyejukkan hati aku yang panas dengan hanya melihat gambar dia. Dia memang lawa okay. Kalau tak takkan Hans Isaac sanggup gaduh demi dia. Kalau tak takkan jadi Miss Malaysia.

Famous Mom | Yusry not strong enough


Dayang Nurfaizah

Hitam itu manis. Sangat comel gambar Dayang Nurfaizah ni dengan cermin mata camtu. Cermin mata mampu buat seseorang nampak lawa.

Dayang Sayang Kamu | Talent is more important


Misha Omar

Awek Kelate memang comel. Tak perlu make up pun takpe. Cuma gambar ni nampak Misha keletihan sangat. Tapi ada ke patut member aku cakap gambar Misha ni macam orang laki. Buta ke apa kau ni.

Misterious Misha | Awek Kelate memey comey


Siti Sarah

Siti Sarah selalu bawak watak budak-budak dalam citer so dia tak perlu make up tebal-tebal. Budak-budak mana ada make up kan.

Siti Sarah Same Side | With or without make up


Marsha

Lelaki yang pernah tengok Marsha dalam Hotel Mania mesti terangsang bila Marsha make up tebal-tebal dan pakai kebaya ketat camtu kan? Rilex la bro. Kita serupa. Cool down semua. Meh tengok gambar Marsha tak make up.

Marsha Mania | Pretty girl in kebaya


Fara Fauzana

Fara Fauzana memang jauh beza bila make up dan tak make up. Tapi takpe la sebab dia duduk kat Radio je. Pakai kain batik pun orang tak tau.

Fara Fauzana Fantasy | Make up make a difference


Acha Septriasa

Aku tak tau kenapa Irwansyah boleh putus dengan Acha ni. Dia memang lawa kalau tak make up. Aku memang tak sanggup tengok Acha couple dengan Dafi macam dalam gosip tu. Acha, saya lebih tinggi dari Dafi.

All About Acha | Pretty + intelligent = perfect


Fasha Sandha

Mula-mula aku tak kenal jugak gambar ni. Lain sangat dengan versi asal. Cuma gambar ni mampu dijadikan modal untuk beberapa lelaki sambil membayangkan suara halus Fasha Sandha bertempik. Hahaha.

Furious Side of Fasha | Duyung in the making


Intan Ladyana

Intan Ladyana kalau tak make up pun dah lawa. Cuma artis memang perlu di make up sebab kalau tak make up, takde la jawatan make up artist. Takde la peluang kita nak tengok lelaki bermain dengan alat solek.

Intelligent Intan | No make up no problem


Memey Suhaiza

"Pergghh!! Cun giler ah Memey camni..." Tu kata-kata aku masa tengok gambar Memey dalam majalah apa entah hari tu. Pastu bila tengok je gambar Memey tak make up aku hanya mampu cakap "Pergghh!! Cun giler ah Memey camni..." Cuba cari di mana perbezaannya? Jumpa? Tak? Memang takde beza sebab Memey memang cun tak kira dengan atau tanpa make up.

Memey And Norman | Beauty and the beast


Eja

Yang ni memang asli. Dengan wajah sayu dan jernih camni, sape tak terpikat kan. Dulu aku selalu tengok Roda Impian sebab Eja di make up lawa-lawa dan dipakaikan baju seksi-seksi. Aku lebih berminat melihat Eja membuka kotak Roda Impian daripada menjawab soalan Halim Othman itu.

Siti Shahriza | Wajahmu melodrama hatiku


Scha Al Yahya

Scha memang comel. Tak kisah la dia ni kasar ke apa tapi dia memang comel. Kalau tak make up pun tetap nampak kecomelan dia. Okay aku angau dengan dia so aku tetap akan cakap dia comel walaupun tak comel.

Scha Sweety Style | Tomboy is a trend


Nora Danish

Hot mom cuma dia ranking kedua di belakang Rozita Che Wan aku. Farhan Santacruz, semoga anda berpuas hati dengan gambar Nora Danish ni.

Pretty Puteri | So kita enjoy


Rossa

"Abang, muka Rossa tak make up macam muka orang gaji dari Indon je..." Tu ayat adik aku masa tunjukkan aku gambar ni. "Abang memang nak orang gaji camni..." Tu jawapan aku. Ramai orang tak kira lelaki atau wanita memang mengagumi keayuan Rossa bila disolek. Kan?

Little Mer-Maid | Too much to make up


Sharifah Amani

Dia memang ikut kecantikan mak dia kot. Sharifah Aleya pun comel. Dia pun sama. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke meja kalau takde nasi kan?

Like Mother Like Daughter | Aleya and Amani


Mulan Jameela

Aku taknak cakap banyak pasal dia ni. Tengok pic di bawah dan nilaikan sendiri bagaimana hebatnya make up mengubahsuai wajah seseorang.

Makhluk Tuhan Paling Seksa | Indonesia got talent


Liyana Jasmay

Ada member aku bagitau aku yang Liyana Jasmay memang comel tanpa make up. Dan selepas aku jumpa gambar ni, ternyata dia memang comel.

Little Liyana | Thin and tall and trendy


Fouziah Gous

Rasanya ada yang boleh agak gambar Fouziah Gous memang akan ada dalam ni. Sebab pembaca setia blog aku memang tau betapa aku mengagumi kecantikan Fouziah Gous. So aku letakkan gambar awek lama aku ni untuk tatapan korang. Yang tengah tu ex aku okay. Hahaha.

Wowziah Fouziah | 100 percent beauty


Kepada wanita yang rasa tak lawa tu, jangan risau sebab ramai artis yang lagi tak lawa dari anda. Lagipun aku lebih sukakan awek yang tak suka make up tebal-tebal. Natural beauty is more pretty than anything. Hahaha.


Kunkun!!





36 comments:

eqacashperlala said...

semua artis wanita terbabit patut ucap TERIMA KASIH pada make up :)

Sufi Asri said...

banyak giler artis yg kau senaraikan.. nak komen satu2 mmg x larat beb.. pepehal aku sokong erra fazira mmg hot mom.. milf barangkali? hahahha

-QasEh- said...

make up yg pling asli ialah 5 waktu x tggl n kesucian keheningan wudu' yg afdhal amin~

Anonymous said...

hahhahhhahaha aku suke ko ulas

Anonymous said...

napa gmbr iman xde pun? ohhh...lupa i bkn artis rupanya...x perlu make up pon :p hik hik hik

meowwmania said...

eh apsal gmbar ai xde kat sini you?? hahahah...

Khai said...

hebat ko ulas....luna maya xde ker??? hhehe
pape pon...liyana jasmay mmg cun..huhu

Apih El Nino said...

eqacashperlala...
sokong!!
tanpa make up sape la diorang ni kan...
make up yang patut menang anugerah...
bukan artis...
hahaha...

Apih El Nino said...

roronoa zoro...
erra fazira milf??
oh my god!!
aku tetap pilih rozita che wan as a milf...
kau nak erra kau ambik la...
hahaha...

Apih El Nino said...

aq itz me...
setuju setuju...
semoga kita semua dilindungi dengan make up camtu...
amin..

Apih El Nino said...

tulip...
thanks for likes this :)

Apih El Nino said...

jane...
aku nak jadi pengulas la pasni...
kalau ada kerja kosong bagitau la ye...
hahaha...

Apih El Nino said...

pu3iman...
memang takde gambar you la...
send la MMS kalau nak i letak...
hahaha...

Apih El Nino said...

meowwmania...
gambar you banyak sangat la...
tak tau nak ambik kucing mana...
hehehe...

Apih El Nino said...

khai the kerozer...
luna maya ada je...
cuma luna maya tak make up pun dah lawa wei...
kau nak video dia dengan ariel pun aku ada...
hahaha...

:: y.a.n.a :: said...

ahahah...ex 2...xleh blah..

Khai said...

apih...boley jer...upload msuk blog ko..nnt ak tgk..wakaka

Anonymous said...

gambar lisa xde ke?

Apih El Nino said...

yana...
mesti tak caya kan?
kitorang couple diam-diam je dulu...
hahaha...

Apih El Nino said...

khai the kerozer...
okay je bro...
pastu blog aku kena block...
disahkan blog lucah...
hahaha...

Apih El Nino said...

ejum...
lisa surihani ke?
aku takde pulak gambar dia...
tapi rasanya dia tak make up pun dah lawa...

joonie-girl said...

wauu fauziah gous ngan farah tu memang cantiklah kalau tak mekapp :)

Apih El Nino said...

zither...
fouziah gous memang cantik pun...
hehehe...

selembut salju said...

artis mana ada yg xlawa..seme lawa la

Apih El Nino said...

selembut salju...
ada jugak yang tak lawa...
saja aku tak letak...
takut tak lawa jugak blog aku nanti...
hahahaha...

selembut salju said...

hahahaha..
blog mu sentiasa lawa d hati followers2 mu
huhuhu

Apih El Nino said...

selembut salju...
thanks la cakap gitu...
susah-susah aje...
hehehe...

Anonymous said...

ok jer muka dia owg, ada jugk yg lawa x make up,yg x lawa tue jangn kutuk2 dia owg...diam2 sudah, cermin dulu muka tue lawa ke x pakai make up or without it..hahahah

missshoji said...

saya pilih Fauziah Gous... dia memang cantik

Unknown said...

artis memang memerlukan makeup..comel liyana jasmay dengan syarifah amani

Anonymous said...

jangan menghina orang indonesia. Tanpa kami negara kalian tak akan sebagus sekarang.

sinta said...

walaupun tanpa make up tapi tetap cantik,,

Anonymous said...

Fauziah gous cantik...

Anonymous said...

lah, bincang pasal physical attraction rupanya.

Unknown said...

artis kalau tak make up muka biasa2 je...aku rasa org biasa lagi lawa tanpa make up tebal2.

Unknown said...

aku sokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...