Kunkun!!
Aku memang minat cerita Jepun. Cerita tu merangkumi filem dan drama la. Tapi aku hidup di sekeliling orang yang minat cerita Korea dan bilangan mereka ramai. Aku ada tanya, apa best sangat Korea tapi dia jawab
"Kalau kau tengok, kau tahulah..." Sebenarnya aku pernah tengok kat kolej dulu, tapi sumpah tak boleh tengok lama-lama. Aku lagi suka cerita Jepun la. Kenapa?
1. Cerita Jepun tak terlalu serius macam cerita KoreaDalam cerita Kurosagi, walaupun Kurosagi tu wataknya serius tapi masih boleh buat benda-benda bangang yang boleh buat orang gelak.
2. Jalan cerita Jepun lebih dekat dengan peminatGokusen, My Boss My Hero, Hanazakari, Nobuta Wo Produce, semua cerita pasal budak sekolah. Siapa tak suka cerita pasal budak sekolah?
3. Cerita Jepun yang diangkat 100% dari komik JepunKecuali Dragon Ball Evolution, semua cerita lain seakan-akan sama. Lawak pun sama. Contoh macam Hanazakari, Crows Zero dan Great Teacher Onizuka (GTO).
4. Lawak dari cerita Korea dah boleh agakAku tak tahu kenapa tapi aku macam dah boleh teka lawak tu.
5. Drama Jepun tak terlalu banyak episodKebanyakan drama Jepun antara 12-16 episod tapi Korea, 16-20 episod.
6. Cerita Jepun pentingkan persahabatan berbanding percintaanUnsur cinta tu memang ada tapi tak banyak ditampilkan dalam cerita Gokusen, Crows Zero, Death Note dan banyak lagi.
7. Watak perempuan Jepun cute dan kelakar walaupun pelakon pembantuWatak Hikari, guru kelas Makio dalam My Boss My Hero?
Watak Yukari, kawan baik Yoshida dalam Kurosagi?
8. Babak jiwang drama Jepun tak sebanyak drama KoreaBanyak babak cerita Korea macam cinta tiga segi, orang kaya jatuh cinta dengan orang biasa, timbul konflik, bercinta dan akhirnya tamat. Tapi cerita Jepun lebih pada komedi, sedangkan Korea lebih pada kisah cinta.
9. Ayat-ayat dalam cerita Jepun lebih romantikAku lagi suka ayat jiwang dalam cerita Jepun sebab pendek, romantik dan mudah difahami berbanding ayat Korea yang panjang. Ayat yang dah translate la ye.
10. Babak emosi cerita Jepun lebih terasaKorea memang kalah yang ni. Dah tengok babak gaduh dalam Crows Zero? Dah tengok babak sedih dalam 1 Litre of Tears dan Koizora?
11. Mesej cerita Jepun sampai walaupun cerita tak menarikBagi aku cerita Zettai Kareshi tak menarik tapi mesej "Boyfriend yang sempurna tak menjanjikan kebahagiaan" sampai.
12. Hero dan heroin Jepun sama cantik sama padanNi pendapat aku je kot. Orang lain tak tahu la.
13. Cerita Korea dekat Malaysia kena alih suara, Jepun takAku rasa sangat terganggu bila mulut sebut lain tapi keluar perkataan lain.
14. Jalan cerita Jepun yang beraneka pilihanRookies cerita pasal budak gengster main baseball. Proposal Daisakusen pasal kembali ke masa lalu untuk merebut cinta yang dah putus. Gokusen pasal cikgu perempuan yang ganas mengajar pelajar bermasalah.
15. Gaya rambut pelakon lelaki Jepun lebih styleTengok cerita Hanazakari, Sano rambut panjang, Nakatsu rambut blonde, Nanba Senpai rambut kerinting yang tak terurus, Tennouji rambut pacak. Penampilan watak juga main peranan penting okay.
16. Hero cerita Jepun nampak lebih 'lelaki' berbanding KoreaAku labelkan pelakon lelaki Korea ni jambu sebab putih dan nampak macam perempuan. Mungkin ni masalah aku dalam mengenali watak kot.
17. Hero cerita Jepun nampak lebih 'lelaki' bila menangisCuba tengok hero Boys Over Flowers Jepun dan Korea menangis. Korang akan lebih bersimpati dengan siapa? Okay aku tahu korang akan bersimpati dengan dua-dua sekali.
18. Korea selalu remake cerita JepunHanazakari? Zettai Kareshi? Naughty Kiss? Hana Yori Dango?
19. Tak semua cerita Jepun berakhir dengan happy endingKurosagi dan Yoshida tak bercinta pun masa ending drama Kurosagi walaupun mereka hero dan heroin.
20. Cerita Jepun tak stereotype macam cerita KoreaAda satu babak cerita Korea yang buat aku cakap "Perlu ke menangis macam tu sekali untuk benda/babak tu?" Tapi aku rasa tu bukan salah pelakon tapi dia buat sebab arahan pengarah.
Banyaklah pulak point tu. Ada lagi sebenarnya, macam jalan cerita Jepun tak boleh dijangka, lakonan yang lebih real dan banyak lagi tapi kalau tulis ni memang tak habislah. Ada tak peminat Korea tak puas hati dengan entry ni?
Kunkun!!