My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 April 2012

lima artis yang memberi harapan hidup





Tak ada intro. Apa yang ada dalam kepala aku just follow.


Eminem menegaskan walau sesusah mana kehidupan kita pasti akan dapat mengharunginya. Biar banyak malapetaka yang tiba tidak ada orang yang akan dapat tolong diri kita kecuali kita.





Michael Jackson pula mengajar untuk sentiasa menyayangi sesama manusia. Tidak kira warna kulit tidak kira agama tidak kira bangsa tidak kira di bumi atau di alam semesta. Cinta sesama manusia, cinta flora dan fauna, cinta yang Maha Kuasa.


Taylor Swift mengingatkan perempuan bahawa bukan semua lelaki akan melayan perempuan sebaik-baiknya. Dia meyakinkan bahawa masih ada lelaki seperti Romeo si putera raja. Untuk memikat lelaki, tidak perlu memakai skirt pendek tapi yang penting ialah jangan berputus asa.


Bruno Mars memberitahu betapa baiknya menjadi kawan yang setiasa ada untuk kawannya. Biar gelap tiada cahaya atau sukarnya melelapkan mata, jadilah kawan yang boleh diharap semudah kiraan satu dua tiga.


Lady Gaga kata, ada baiknya jika berbeza. Kata dia dalam lagu dia. Dalam buruk dia tetap ada baiknya. Dia mengajar untuk menjadi lain daripada yang sedia ada. Bila buat sesuatu cuba buat yang tak tercapai akal minda. Biar orang kata gila yang penting puas itu kita rasa.


Di sebalik lagu yang direka pasti ada cerita di sebaliknya.
Dan di sebalik cerita pasti ada pengajaran untuk kita.


ps : Aku ketagih dengan lirik yang dicipta bukan muzik yang bergema ;)




10 comments:

gadis oren said...

entry yg menarik ;)

Asy Faro said...

smart lah.

Puteri Iqa Izyan said...

taylor swift best :)
setiap lagu lagu dia ada makna untuk perempuan ;)

Ana Farhana said...

ehh,blog ni kale biru kn dlu ? ke silap.heee

Safiah Ibrahim said...

bnafas dalam ego

NadyaBubble said...

Lirik menggambarkan satu-satu situasi. Kadang-kadang situasi tu mirip dengan apa yang kita lalui. Dan kita akan terus jatuh cinta dengan lirik itu ;)

aziah aziz said...

nice post man . thumbs up ! (Y) :))

peace289 said...

bleh ganti a samad said nih..cool..

kaizen said...

i loike taylor swift....

*kalo bleh wat bini komfom x crik lain dahh

qina said...

terbaik ahh entry ni.

* Aku ketagih dengan lirik yang dicipta bukan muzik yang bergema----> double like ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...