My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 April 2012

perempuan buka mata lelaki baik kan ada





Dulu dia cuma senarai pilihan. Tidak ubah seperti buah catur barisan depan. Buah yang akan menjadi korban. Bukan permaisuri yang akan dikawal rapi tentera kerajaan. Dia cuma buah yang cuma memberi sedikit bantuan. Tapi dia rela sebab baginya lelaki itu memberi kekuatan.




Tahun pertama dia rela. Masuk tahun kedua dia masih setia namun sedikit gundah gulana. Lelaki itu mula menukar suasana. Tidak lagi ceria. Ada kala diam tanpa kata. Dia cuma diperlukan bila lelaki itu bosan dan tiada teman bersama.


Aku cuma perhati. Aku malas bertaruh tinggi. Aku tahu yang akan menang pastinya lelaki. Tapi biar aku tonton sinetron ciptaan sendiri. Duduk bersila di depan sekali menyuap popcorn di tangan kanan dan air Coca Cola di tangan kiri.


Seringkali lelaki menjadikan perempuan sebagai senarai pilihan. Kuasa di tangan lelaki yang biasa dituturkan. Tapi dalam hal hati dan perasaan yang kecundang kebanyakannya perempuan. Akhirnya dijadikan jantina sebagai alasan.


Ada lelaki yang buat cinta sekadar permainan. Ada lelaki yang buat cinta cuma medan menguji tajam tumpul mata kail yang disimpan. Lidah adalah mata kail untuk memancing perempuan sebagai ikan menggunakan ayat manis sebagai umpan. Yang jadi mangsa tetap perempuan, bukan ikan.


Perempuan sekalian. Dia dulu pernah jadikan kau alat permainan. Dulu dia pernah jadikan kau senarai pilihan. Sekarang jadikan dia sejarah yang hilang dan dilupakan. Sedarlah masih ramai lelaki di luar sana yang budiman.


ps : Lelaki baik di luar sana, ini back up anda semua. Jangan lupa belanja ;)




8 comments:

pepol said...

hahaha,kne belanja ek?

UniMeOw said...

like sgt2!!!!
prenggan last tu...:D

zera eira said...

entri ni buat saya buka mata. thankyou.

ainraus said...

so trueee. :)

peace289 said...

ini mmg betol..huhu

~fais~ said...

sedar tak sedar, perempuan memang menjadi satu permainan. tapi sedar la wahai lelaki, orang yang kau mainkan itu akan mememani mu hingga akhir hayatmu..dan orang yang akan memaafkan mu walau sebesar mana kesalahan mu.

lelaki budiman memang banyak di luar sana, persoalannya? adakah dia milik aku insan yg sederhana.

NadyaBubble said...

Perempuan bukan senang untuk melupakan. Itu yang menyebabkan dia setia menunggu walaupun dia sedar dia hanya senarai pilihan yang terakhir. Tetapi satu masa, dia tetap akan bangkit, berlari ke hadapan, tinggalkan masa lalu :)

Camy Alya said...

aku rasa macam nak nangis. wuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...