My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 December 2010

10 ciri-ciri lelaki hot bagi aku




Kunkun!!


Tak sangka agak panas entry perempuan hot semalam ye. Ramai ingat aku nak cari perempuan macam tu tapi sebenarnya tak. Aku tulis perempuan yang boleh buat aku cakap dia hot je la. Oleh sebab Sarah Honey dah buat entry 20 Ciri Lelaki Hot dari pandangan dia, aku nak buat lelaki hot dari pandangan aku pulak.


Ini bukanlah entry daripada seorang gay. Ini ialah entry dari seorang lelaki yang memandang dari sudut pandangan wanita Malaysia yang sopan.


1. Lelaki yang pandai masak
Bayangkan lepas kahwin, balik kerja tiba-tiba ada surprise dinner dekat rumah dan masakan tu dimasak dengan sempurna oleh suami. Hot kan?



2. Lelaki yang sayang kanak-kanak
Dalam sebuah shoping complex, ada seorang lelaki mendukung seorang kanak-kanak sedang memilih barang mainan untuk dibeli. Hot tak?



3. Lelaki yang lucu tapi tak lucah
Senang cerita lelaki yang kelakar lah. Tapi tak buat lawak yang lucah-lucah.



4. Lelaki yang lembut tapi tak lembik
Tutur katanya lembut yang boleh menenangkan wanita bila resah dan takut. Mungkin macam Ashraf Muslim dalam cerita Aku Masih Dara tu kot.



5. Lelaki yang susah nak marah
Hot ni bukan panas baran ye. Cakap kat aku perempuan mana yang suka lelaki panas baran?



6. Lelaki yang lasak tapi kemas
Pandai format komputer, bertukang, bakar ayam BBQ, pasang langsir, repair kereta, sapu sampah tapi bajunya bergosok dan gosok gigi bila nak keluar dengan awek dia.



7. Lelaki yang romantik tapi berbatas
Bagi aku, lelaki yang sikit-sikit nak call, sikit-sikit nak SMS, sikit-sikit nak jumpa langsung tak hot!



8. Lelaki yang menangis tapi bukan sebab cinta
Menangis sebab tengok kesengsaraan orang lain, okay. Menangis lepas tengok filem sedih, okay. Menangis sebab awek mintak putus, tak okay!



9. Lelaki yang berkeyakinan tinggi
Bayangkan, semua kawan dia sedang buat satu benda yang sama, tapi dia cakap nak buat benda lain. Dan dia akan lebih hot kalau kawan-kawan dia sama-sama join dia lepas tu.



10. Lelaki yang mampu merendahkan ego
Sanggup berlembut atau mengalah demi seseorang yang dia sayang.



10 point pun cukuplah kan? Kalau ada lagi tambah la ye.
Aku dapat markah 5/10 je. Korang berapa?


Kunkun!!





41 comments:

Tieka Nadira said...

hot lah!!.. ahahhaa~

kAziShA said...

setuju ^_^

THE LEKAT LEKIT STORY said...

totaly setuju dgn ciri2 lelaki yg di senaraikan.. Lagi satu lelaki yg boleh mengaji/jadi iman/suka menhadiri atau mendengar kuliah agama juga nampak hot..

SyafiQ Bleszynski said...

suka plak aku nengok yg no 3 tuhh.. Lucu tapi lucah..haha..

SyafiQ Bleszynski said...

alang2 aku singgah sini. aku folow ko. sudi folow aku jugak eh apih..haha

^^

savethisblog said...

peerrghh..semua ciri tu ade pade aku..patut la awek aku suke..kihkihkih

Khai said...

ko x hot sebab ko ego..wakaka

Seizer said...

sumer aku ade.. HISHH

Diary Kurang 1/2 ONS said...

salam.. nice info ..oh ya aku sudah follow blog anda..ditunggu follow backnya

Cik Ila said...

setuju semua! hahaha

cik ayien said...

yaww,yess!hot hot and hot!i loikeeee

wannurfazrini said...

kalau leh aku nak laki aku ada semua ciri2 yg kau sebut ni . ahh hot habis la. anyone kat sini ? hahaha

fahiraferra said...

nice one ! :D

miss anum said...

suka baca..hehehe.sempoi je tpi ada kebenaran :P

putERi-kAtEk said...

waaaaaaaaa... petang kang nak buat entry lelaki hot bagi pandangan puteri katek lah!!!! hahaha

Ayuni said...

hm, btul, laki yg x tinggal semayang xde pun...

micky eyqa said...

laki yang boleh bimbing kearah kebaikan n tegur mana baik burk xd ke??

ferry said...

ok apa ko 5/10.. aku 2/10 je macam mana?

Puteri Iqa Izyan said...

1 2 4 5 6 10. i loikeee

LET US FOR VOTE FOR FARID FIKRI AND NUR NATALIA!!

Aini Adam said...

ok, setuju dgn ni.

unieMARKS :) said...

setuju . esp number 7 ! :)

aqeyLs said...

tambah lg satu yek bro.

11. laki yg bole men gitar kd gig ditujukan utok girl dy weh. kakaka

apeyx said...

terbaekk ar. mane nk cari laki2 yg ada smya ciri2 ni. lelaki melayu terakhir beb

Cikbelog said...

nak laki pandai masak..keh2

lavender harum wangi said...

oh aku suka laki pandai masak n syg knk2~ sweet sweet sweet :D

Nieza Micha said...

ade ke laki yang ade sume ciri2 tu... ngeh3...XD

Mohd Nor Quiyyum said...

bkn pompuan skg ske melucah ke? kuikuikui

sekamar rindu said...

salam...

wah...gurau hot lan pet2 tu..

:)

❤ Cik Ain ❤ said...

bakal suami saye 8/10... aduh, A tuh. i'll make sure he'll be mine.. hehe. betuahnye saye. haha

Azewas32 said...

huhhuh...ak 7/10 jer....klu x bleh la jd partner cik ain...hahahah.... :)

daylachan said...

haha...setuju belaka...singgah balik sambil follow sbb blog cmbest!^^

eni said...

i like!!!taste kita sama lah..
nasib baik u laki kan..miaaww~

Sery Suryani said...

bgus2..
mmg stuju la dgn ciri2 lelaki hot nie..
he3..

Nur Amira Ramli said...

sgt setuju! :)

Aizuddin Hanis said...

ehem3x...tbe2 trasa dr ni plak...

sarah honey said...

hahahaha....apih tak hot sbb ego taknak pujuk pompuan!

Cempakamelati said...

Hmmm bestnya kalau suamiku mempunyai semua ciri-ciri tu.

Anonymous said...

no.8 tuh sokmo ada dlm cerita korea dgn japan,
but semua lelaki hot kowt yang menangis,

selembut salju said...

hot2..
hot mcm apih el nino

qaseh elyanas said...

sumer ciri2 tu ada pada mr hubby ... alhamdulillah ^_^

hanna said...

ohsemm . setuju sngt2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...