My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 December 2010

10 vandalisme dibuat di rumah aku



Kunkun!!


Amaran : Jangan tiru aksi di bawah tanpa pengawasan dari orang dewasa


Malam tadi hujan sangat lebat. Sejuk giler rasanya. Tutup kipas pun rasa sejuk lagi. Kesejukan tadi mendorong aku membuat aksi vandalisme merbahaya untuk memanaskan badan ni. Alang-alang tu aku bagitahu 10 vandalisme yang mampu aku buat di rumah sendiri. Korang mampu?


Termos | Pemanas badan


Letak air panas dalam termos dan bungkus dengan sehelai kain. Peluk termos tu dan anda akan rasa kesejukan anda berkurangan.


Hanger | Penggaru belakang badan


Nak garu dengan tangan tak sampai. Kalau sampai pun, gatal tu tetap rasa. Jadi gunakan hanger ni untuk menggaru. Sebenarnya penggaru ada jual dekat kedai. Beli je lah kalau nak.


Botol air | Pasu bunga


Aku pernah buat sekali masa sekolah dulu tapi nenek aku buang sebab dia ingat sampah. Masa PLKN dulu, aku pernah potong botol air buat jadi gelas.


Katil | Tempat simpan buku


Dulu masa aku jadi hypercomic, aku selalu buat macam ni. Rasa malas semacam nak simpan komik dekat rak jadi aku buat rak buku sendiri dekat bawah tilam.


Kad Bank | Kunci pintu


Walaupun nampak senang dekat dalam TV, tapi sangat susah sebenarnya. First time aku buat, patah kad bank. Tapi sekarang dah pro. Boleh buka dalam tempoh seminit je.


Pengering rambut | Kipas


Bila berpeluh yang sangat banyak macam lepas main futsal, guna pengering rambut je. Kipas perlahan jadi benda ni sebagai alternatif lain. Speed pengering rambut pun lagi laju.


Seterika | Dapur


Aku dulu tak reti masak. Biasalah lelaki. Jadi aku Switch On seterika, pecahkan telur dekat bahagian panas tu. Akhirnya jadilah telur mata lembu walaupun agak lambat untuk masak.


Jangka lukis | Dart


Aku malas nak habiskan duit beli papan dart jadi aku pilih mana-mana poster, tampal kat dinding dan baling jangka lukis. Shah Rukh Khan ialah muka paling kerap jadi papan dart aku.


Penyepit baju | Penyepit rambut


Masa rambut panjang dulu, nak ikat takde ikat rambut. Nak beli, segan. Last-last guna penyepit baju je. Mujur ada budak perempuan sorang bagi hadiah penyepit rambut. Siapakah dia? Biarlah rahsia. Hehehe...


Hair straightener | Seterika


Satu lagi masalah aku dulu, tak reti gosok baju guna seterika. Jadi aku guna hair straightener ni jadi seterika. Orang bukan tahu pun aku tak guna seterika. Ni semua kes aku ada satu baju istimewa, dating baju tu, lepak baju tu, pergi melancong pun baju tu.


Kesimpulannya, dulu aku memang seorang lelaki yang sangat teruk. Sekarang? Tak teruk sangat kot. Kepada gadis yang membaca, pilihlah saya sebagai pasangan anda. Hahaha...


Kunkun!!



34 comments:

aming said...

ak bese wat lptp jadi meja mkn..

sarah abadan said...

haha...masak gune seterika tu kreatif gile...haha

Aini Adam said...

iye ke..mmg dahsyat ah

mia.lia's profile said...

hahaha..kad uh,,pena cube..
tp xdpt

lavender harum wangi said...

telur mata lembu ke mata kerbau ni? haha! kreatif dan inovatif la weh.. :D

NURUL AQILA MD NASIR said...

hahaha...try la masak kari ayam guna heater pulak....

qasehraihan said...

ai datang baca entri yang sgt gilernye lawak..hihik..

ai dh follow u...follower ke-731..follow me back yerrr..keep in touch..mksih

AMMAR YASIR said...

Boleh cuba kat rumah ni

Eyda Syahida said...

bijop apih tobak ah...advance gile...kui3 :P

eZad niMo said...

wah, masak telo gna seterika?? uih, biar betol?? x kotor ke? dasat la, huhu.

Khai said...

ganas mu pih...penah wt printer yg ada scanner 2 jd meja mkn kt hostel..

Nur Saxoni said...

ang sgt kreatif! hahahaha!

Mawar Merah said...

Try guna iron utk luruskan rambut. Konpem jimat beratus2 RM kt salon.

Jeely jelly said...

ssh r gune kad nk bkk pintu.. huhu.. seksa giler !

Azewas32 said...

mg try amik jarum peniti ke jarum jahit baju ker wat cungkil gigi...hahaha...dokyh tbang pkok bnyk2...

aqeyLs said...

yang gne kd bukan pintu bilik tuh biaser buat kad matrix..

tp x gne kad bank ouh. nak mampoz law patah=_=

maira adreanna said...

lol, skill iron rmbot sokmo kt dumoh aa ni sbb ade hair straightener, lol.

wannurfazrini said...

hbs patah kad band . hahaha

wannurfazrini said...

bank

Syipak Bonkers said...

hahahaha, hanger tu memang selalu buat. yang seterika aku tatau plak. nanti bentuk tak cantik !

misz eyesha™ said...

omg...hahaha

Fatin Aimie 88 said...

kretif pe...

mira_nas said...

hahaha..yang hanger tu memang selalu buat..

Wahida Nasution Thakhrim said...

selain buat sepit rambut, penyepit baju tu buat kepit nota dan segala bil masa kat rumah sewa dulu..

Burp said...

stylo gile jangka lukis buat dart! hahaha

ieMa ackLes said...

orng laki bese dok hostel suka msk telur kt iron..
tp mcm koto jek..

sudugafu said...

ak pernah rebus hotdog dlm heater..lps 2..ak msk air je ade perasa hotdog je air msk ak 2..hahhaha

hans said...

hahahahahaha
seterika buat goreng telur tu memang aku gelak besar baca
gila lah
kalau aku memang kena lempang sudah
hehehehe

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

novembertwelth said...

macam tipu jeerr!!??? =)

BeaN MorENo said...

memang terbaek vandelime macam ni...hak3

misyamissyou said...

ya ampun..hahhahaha!!!! tp pasal kad bank tu xleh bla..bahaye kot..seram jap kalau duduk sorang2 kat umah

Ratu Mohamad said...

ha ha ha ha .
memang dople terima lasom !
zzzz

selembut salju said...

terbek la..
kalah chef kat mlysia..
=)

Kira Kekuri said...

hhahah lawak ! XD walau pun semuanya betul. aku belum pernah masak telur guna iron

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...