My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 December 2010

30 fadhilat bulan muharram





Kunkun!!




Hari Assyuuraa (disebut Asyura) berasal dari perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh. Hari ke sepuluh Muharram pula dipanggil hari Assyuuraa.


Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".


Di antara fadhilat lain Hari Assyuuraa :

1. Allah menjadikan Adam dan Hawa pada 10 Muharram
2. Allah memasukkan Nabi Adam ke syurga pada 10 Muharram
3. Allah menjadikan syurga pada 10 Muharram
4. Allah menyelamatkan dari api neraka pada 10 Muharram
5. Allah menyembuhkan bala Nabi Ayub pada 10 Muharram
6. Allah memberi taubat kepada Adam pada 10 Muharram
7. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
8. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman pada 10 Muharram
9. Allah menenggelamkan Firaun pada 10 Muharram
10. Allah menerima taubat Nabi Adam pada 10 Muharram
11. Allah menaikkan darjat Nabi Idris pada 10 Muharram
12. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan pada 10 Muharram
13. Allah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharram
14. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit pada 10 Muharram
15. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
16. Allah menurunkan rahmat pertama pada 10 Muharram
17. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api Namrud pada 10 Muharram
18. Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
19. Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
20. Allah menciptakan lautan pada 10 Muharram
21. Allah menciptakan Qalam (pena) pada 10 Muharram
22. Allah menciptakan Luh Mahfuz (papan tulis) pada 10 Muharram
23. Allah menyelamatkan Nabi Ismail dari sembelihan pada 10 Muharram
24. Allah menurunkan hujan pertama pada 10 Muharram
25. Allah menyelamatkan bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram
26. Penyakit Nabi Ayub disembuhkan pada 10 Muharram
27. Nabi Isa diangkat ke langit pada 10 Muharram
28. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharram
29. Nabi Isa dilahirkan pada 10 Muharram
30. Hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; "Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; "Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu". Sufyan berkata, "Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya".


Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a berkata; "Ketika Nabi Muhammad SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa, maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka,"Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa dari Bani Israil terhadap Firaun dan kaumnya. Makan kami puasa kerana mengagungkan hari ini" Maka sabda Nabi Muhammad SAW; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kami". Maka Nabi Muhammad SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.


Semoga kita semua mendapat keberkatan pada tahun baru ini. Salam Maal Hijrah dari blog hitam saya. Blog je hitam, hati saya tak.


Sebarang kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang fasih dalam ilmu ini.


Kunkun!!



8 comments:

meowwmania said...

entri yg bagus dan info yg sgt berguna ;)

Aini Adam said...

salam maal hijrah. moga sama2 kite mengambil keberkatan dan keredaan dari-Nya

Awatif Azizi said...

salam maal hijrah...
entry yg bg0s n berguna kpd kte sumer...

Miss Shizu said...

thanx for da info...salam maal hijrah,..

maira adreanna said...

salam maal hijrah apih el nino

Azewas32 said...

alhmdulillah...smga tahun baru nih mg mndpt nur dri ilahi...

selembut salju said...

salam maal hijrah..
=)

MY HEART said...

Salam maal hijrah ^_^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...