My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

11 December 2010

aku tak suka bila aku kecewa 2


Kunkun!!


Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.
Ini episod akhir. Picit [sini] kalau nak baca episod awal.


Hari demi hari, cinta semakin jauh dari aku. Aku tersepit. Tersepit antara cinta dan cita-cita aku sendiri. Aku tengah final exam masa tu. Hari-hari tak menceriakan tiba. Hari yang aku lalui sentiasa mendung.


Tapi aku takdelah nak buat benda bodoh semata-mata sebab seorang perempuan. Memang aku ada pegang gunting, tapi sebab aku nak gunting kertas. Memang aku ada asah pisau, tapi sebab nak potong buah epal. Bukan nak kelar tangan ke apa.


Berbekalkan sekelumit semangat yang aku simpan dan berlapikkan nasihat yang dihembuskan oleh kawan-kawan, aku bangkit memulakan hidup baru sebagai orang baru. Walaupun bayanganmu tetap hadir, aku cuba menghapuskannya. Chewah ayat. Hahaha...

Now I'm Gone | Goodbye my lover


Aku tetapkan satu hari untuk aku mulakannya. Hari ini aku mulakan dengan seminit untuk melupakanmu. Esok, sejam. Lusa, sehari. Tulat, seminggu. Dan minggu-minggu yang akan datang, aku akan lupakan dirimu untuk bertahun-tahun lamanya.


"Awak, mungkin kini telah tiba saatnya di mana saya harus berhenti mencintai awak. Bukan sebab saya dah tak mencintai awak, tapi sebab saya tahu awak akan lebih bahagia kalau saya melepaskan awak pergi..."


Sejak dari tu, aku bawak haluan aku sendiri. Kepentingan yang pernah aku bagi, aku dah ambil balik. Semangat yang pernah aku beri, aku dah refill balik. Ego yang pernah aku korbankan dulu, aku dah topup balik.

Just Give Up | Because you're strong enough to let it go


Sedikit demi sedikit, hati aku dah tak terasa kehilangan dia. Hari ini, mungkin sebab dah lama aku putus cinta sampaikan aku dah biasa hidup sendiri tanpa asmara. No love? No problem.


Bukan tak nak cari yang lain, tapi belum jumpa. Bukan tak nak terima siapa-siapa, tapi takut sia-sia. Bukan tak nak kongsi suka duka, tapi belum bersedia.


Cinta itu datang dari Tuhan. Kalau ditakdirkan petang ni aku jatuh cinta, aku sendiri tak dapat halang takdir tu. Bagi aku, cinta ni macam duit, kena usaha kalau nak. Aku tak percaya cinta akan datang sendiri. Datang dari mana? Dari langit? Hujan je yang dari langit.

I Hate The Ending | But it started with an allright scene


" Aku tidak pernah menyesal tida mendapat cintamu.
Aku akan lebih menyesal kalau aku tidak cuba mendapatkannya... "


Tuhan, aku tahu Kau telah temukan aku dengan insan yang salah terlebih dahulu sebelum menemukan aku dengan insan yang betul pada masa akan datang.


p/s: Ini last episod. Korang buat sendiri la sambungan dia kalau nak lagi. Tulislah ada awek hantar surat kat aku ke, finalis Gadis Melayu 3 minat kat aku ke, Scha Al-Yahya putus dengan Awal Ashaari lepas tu ajak aku couple ke, Yana Samsuddin minat blog aku ke. Tak kisahlah. Pilihan di tangan anda.


You can say I'm a loser, but sometimes a loser wins.



Kunkun!!




17 comments:

Khai said...

Sedih ak baca entry kau...kalo 5 kali lg aku ulang..kedah akan banjir..wakaka

p/s: i like that phrase : You can say I'm a loser, but sometimes a loser wins.

izin share..kui3

sudugafu said...

promote ckit pih..haha
jemput2 jengok2 k..=)
http://sudugafu.blogspot.com

Miss Shizu said...

bertabah bro..relax beb...cinta ni kadang kadang macam kentut.makin ditahan makin sakit.bila dah dilepas kan baru kita rasa lega.=)

Nur syahira said...

izin share...dramatikk...huhuhuh

iszieylyanziy said...

sedih4x

wannurfazrini said...

walaupun jiwang , aku tetap baca sebab nak myelami hati kau! hehe :p

aming said...

walopom ak skip2 bace posting mu pih,tp ak ttp rse f..haha

PUCCAnis said...

anda kuat

Eyda Syahida said...

awk mmg tabah~
power aa...btw i like like like...
baru je melalui saat genting itu...
alhamdulillah... :)

Miss Lemon said...

=)
kadang2 sgt penat berpaut dgn sesuatu yg x pasti
org dah penah rasa
lepaskan
mungkin akan lbh bhgia

p/s;GBU! ^^

nas said...

sedih gak bila bace kekecewaan ko...
tp xdapat aku memahami sgt sbb aku xde pengalaman itu`

whitelover said...

:)

cik marina encik norman said...

gambar yang tulisan learn to give up to buat aku nak menangis :(

Azewas32 said...

sabo2...bunga bukan sekuntum....

Sha Shakina said...

chill k :) no love no problem. i sokong :)

pelangi said...

betollahh.. semakin hari aku cuba untuk lupakan dia,, aku cuba,, bukan aku tak cuba daptkan dia balik,,, tapi hati dan perasaan takkan dapat dipaksakann,, =(

Nor Aznida said...

feeling jap lyn entri ni... heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...