My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 December 2010

bayangkan salji turun di malaysia

Kunkun!!


Dari kecil aku disogokkan dengan cerita kartun Disney macam Cinderella, Snow White dan sebagainya. Masa tu aku suci sangat sampai aku tak rasa ada nafsu bila tengok Cinderella ataupun Rapunzel pakai seksi-seksi. Cuma aku bernafsu bila dia tunjuk dalam tu ada salji. Aku selalu berangan kalau boleh hujan yang turun tu diganti dengan salji. Oh sangat budak-budak pemikiran masa itu.


Tapi kalaulah betul-betul ada salji kat Malaysia ni, macam-macam aku nak buat.


Buat orang salji

Bila cakap pasal salji je, mesti nak buat benda ni. Lepas buat orang salji aku nak buat anjing salji. Nak pegang yang real kan haram, pegang yang buatan sendiri pun cukuplah.

Snow People Is An Orang Salji | Snow White is a Salji Putih


Buat ABC dari salji

Nak tadah salji yang turun letak dalam mangkuk lepas tu tuang sirap dan jagung. Siap boleh refill lagi. McDonalds pun takde menu ni.

ABC Air Batu Campur | ABS air batu salji


Berguling atas salji

Ini kot beza salji dengan hujan. Kalau baring atas air hujan, basah baju. Baring atas salji tak basah kot. Aku rasa la.

Hangout With Family | Just in front of your home


Lahirnya pemain ski jumping

Masing-masing beli skate dia tu lepas tu terjun dari atas tempat tinggi. Siapa yang duduk apartmen atau flat tu untunglah.

Melompat Lebih Tinggi | Lompat si katak lompat


Marathon ribut salji

Berlari dalam ribut salji tak sama macam berlari atas padang. Tak berpeluh sebab sejuk. Tapi berlari dalam ribut salji boleh membawa maut kalau lawan arus.

Snow Marathon | Jangan pegang-pegang


Mandi air batu

Buat pertandingan siapa boleh tahan paling lama dalam tu. Mandi air sejuk ni banyak kelebihan dia. Boleh berubat penyakit. Tapi jangan amal sangat. Boleh dapat penyakit juga.

The Latest Spa | Stone cold needed


Bilangan pelancong berkurangan

Biasanya pada musim sejuk, pelancong datang ke Malaysia sebab dekat sini tak sejuk macam sana. Tapi kalau dekat sini pun sejuk, baik diorang lepak kat sana je.

No Need To Go There | We are same


Futsal atas salji

Mesti tak nampak garisan dengan tiang gol sebab semua putih.

You Will Fall And Laugh | It's definitely fun


Meluncur atas salji

Akan jadi favourite tak kira di bandar atau kampung. Boleh guna penutup tong sampah, kuali atau pelepah kelapa. Juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Even Kids Will Fly | New game new experience


Perang bola salji

Kalau tak puas hati, ambil je salji bawah kaki kita lepas tu gumpalkan dan baling. Nak baling batu kan takut cedera jadi balinglah salji ni. Tak masuk mata pun. Jangan risau.

Strike And Run Away | Let the snow hit the face


Main hoki ais

Guna pemegang payung pun takpe. Asalkan boleh dijadikan kayu hoki.

It's Time To Play The Game | Hockey okay


Ada tempat membakar dalam rumah

Jangan bakar dekat bawah langsir sudah. Terbakar rumah kang.

Bakar Dalam Rumah | Bukan bakar rumah


Cari kayu api adalah hobi

Kalau nak membakar macam kat atas ni, carilah kayu api. Takkan asyik nak main je.

Lost And Found | Get out the best one


Bilangan kemalangan meningkat

Dengan cara pemanduan rakyat Malaysia, kemalangan dijamin bertambah berkali ganda.

Don't Drink And Drive | Don't Drive and Drift


Lahirnya pemain curling

Aku akan jadi pemain curling kategori lelaki. Sebab pemain curling wanita sangat hot.


Absolutely Hottest Ever | That's the God creation


Bilangan Mat Rempit berkurangan

Aku tak tahu kalau ada Mat Rempit tegar yang akan merempit dalam salji.

Race On A Snow | It's not hurt if you fall


Kenaikan harga viper kereta

Viper adalah benda paling kerap rosak dalam musim salji. Jadi sediakan viper sebelum salji.

Why Viper? | Without viper you can't see the front


Siaran Astro tergendala

Selama ni kalau hujan sikit, Astro dah hilang siaran. Bayangkan kalau salji? Aerial pun boleh patah.

Astro, I'm Kidding | That's why there are no Astro at USA


Tapi semua ni angan-angan je lah. Entah bila Malaysia nak ada salji.


Apa korang nak buat kalau Malaysia ada salji ye?



Kunkun!!





9 comments:

Khai said...

kalo ak org astro..da lama ak saman..haha

tu la tunggu jela smpai msia trun salji.....

meself,Ms Fint said...

kalo malaysia turun salji, kite adalha manusia akhir zaman. dah redi ke nak jumpa DIA? :p

i'm a proud Malaysian wootwoot

Azewas32 said...

kalau malaysia trun salji maknaya rmai la yg x mandi sbb sjuk...hahaha..

wannurfazrini said...

kat genting highlands kan ada , pi jelah sana . hahahaa

Fyzal said...

tp kan bro, kalau nak merasa winter olok2, tak lama lagi ade kat shah alam. :)

http://fyzals-territory.blogspot.com/2010/11/want-some-winter-come-to-shah-alam.html

Anonymous said...

seronok kowt..bgn pg pn cam malas2 je..ye dak? haishh...ape yg anda bayangkan same je dgn sy-kyra shakira

*malas nk sign in blog pnye pasal..hehehe

aming said...

kalu salji kat malaysia,mmg kuar r cter winter sonata 2..

cn said...

klo salji ade kat malaysia, nelayan tak leh cri mkn..laut tu jd beku kan?? tp dpt mkn ABC yg leyh refill.. nk ke tak nk salji turun kt malaysia??hmm

sal said...

Omputeh main salji, kita main hujan, Omputeh naik ski, kita naik sampan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...