My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 December 2010

lelaki gagah tapi sebenarnya feminin

Kunkun!!

Aku pernah kena kutuk dengan kawan aku sebab aku puji lelaki lain yang lebih handsome dari aku. Dia handsome dan sangat aktif bermain futsal.


Aku bukan gay, tapi aku cuma bagitahu apa aku rasa. Ramai yang puji Cristiano Ronaldo handsome, samalah dalam kes aku. Cuma aku puji lelaki yang tak dikenali.


Lelaki handsome berkait rapat dengan lelaki metroseksual. Aku tak tahu apa maksud sebenar lelaki metroseksual dalam Google, malas nak cari tapi bagi aku, lelaki metroseksual ialah lelaki yang ada sifat feminin dalam diri dia.

Meet Some Metrosexuals | They're just around you


Jom tengok sama ada anda lelaki yang ada sifat feminin dalam diri atau tak.


Prihatin dengan penampilannya
Sentiasa memakai kaca mata hitam semasa memandu kereta.
Tidak akan pakai baju, seluar dan kasut yang berwarna warni.
Suka berpenampilan ringkas tapi kemas.
Bila tumbuh jerawat, dia berusaha menyembunyikannya.
Sanggup membeli ubat jerawat yang mahal.
Tetap menjaga kebersihan kulit muka dengan produk pencuci atau facial.
Memotong rambut di salon, bukan kedai gunting biasa.
Sentiasa pakai perfume walaupun hanya keluar lepak atau bermain futsal.
Memakan masa yang agak lama untuk bersiap.
Suka shopping dan tidak bosan bila keluar shopping.
Tahu tentang produk pencuci muka atau shave yang sesuai.
Faham dengan kehendak wanita.
Tidak akan cuci muka dengan sabun badan.
Kerap shampoo rambut.
Bila jumpa cermin, dia akan memeriksa dirinya dari rambut sampai kaki.
Sentiasa membawa sikat.
Nampak ego dan sombong tapi baik hati.


Walaupun lelaki macam ni nampak macam perempuan sebab sangat mengambil berat tentang imej, mereka bukanlah gay. Ramai lelaki metroseksual yang berkahwin dan ada keluarga yang bahagia.

Awal Ashaari | Wakil Malaysia Boleh!


Aku tak tahu perempuan suka atau rimas bila dapat boyfriend atau suami macam ni. Pembersih tapi cerewet? Ada yang suka ke?


Setiap hari aku rasa aku dikelilingi oleh lelaki metroseksual. Kan GC? Hahaha...


Kalau ada yang aku tertinggal sila tambah dekat ruangan komen ye.


Kunkun!!



19 comments:

iszieylyanziy said...

ok what lelaki metroseksual,,,heheh

DAK MAKTAB SOMBONG

mia.lia's profile said...

kalo dapat cm awal nih ok je,,hehe

Khai said...

salah seorangnya aku..ex aku penah rimas ngan sikap pembersih aku..malang btul pompuan tu x suka ngan cara aku...

i.am.my said...

ok lahh lelaki cam ni ^__^

aming said...

org gini besenya rambut pendek pendek op?skil ak tnye.

Eyda Syahida said...

like llki cmni...huhu :)

jihan said...

Aku bukan gay, tapi aku cuma bagitahu apa aku rasa, ayt xbole thn tuh :)

wannurfazrini said...

ok apa metroseksual tp jgn terlampai sgt . kene ada batas .

::cikserai:: said...

terkejut..tetibe nampak gmbar bf aku kat entry ni.. yang pakai baju kuning tu ha! hhahaha

Aini Adam said...

sebijik mcm abang saya..wahahaha

nora said...

aku suka tapi... takde nye nk dapat

hans said...

hahahaha
betul2
ada perempuan suka ada tak
taste manusia lain2 kan

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

Adam Haiqal said...

ape laahh semua komen psl awal tuh.hahaha

kita berckp tentang lelaki metroseksual.

btw,dunia artis malaysia kita ni lg ramai yg g*y sebenarnya jika dibandingkan.

msti pompuan2 kat lua sana akan kecewa kalau aaku list down lelaki2 tu adalah idaman kalian.
malangnya,mereka pilih jalan 'main belakang'

saya xnk ckp byk2,tp kebykn metroseksual adalah lelaki yg suka kaum sejenis..
i said, KEBANYAKAN.bukan SEMUA oke?
:)
contohnya,tuan belog nih..awk bukan gay..terang2 dh tulis..:)
tp metroseksual.
so,bukan SEMUA metroseksual tu gay.
ada jgk gay selekeh2..hahahhaah

Adam Haiqal said...

tambahan; artis ada yg kahwin tp bercerai2 berai pasal ape??
one of them,psl gay ni lah..
kntoi dpn bini..
mana lahh bini x blahh...laki kasi lobang kt org...

miss epa said...

suka lelaki yang menjaga penampilan! :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

Wahhh...Momoy minat giler ngan Awal
Fahrin pun Momoy suka
Adoii...pesaing !

JOM Vote Momoy yer No. 382 - pilihan 10
Much thx
Undi No. 382 sekarang yer!!

cn said...

klo dpt yg mcm awal, ade ke org nk tolak??? klo ade, pulas telinga tu kuat2..cube compare.. laki dgn pompuan..sape lg pembersih??sape lg cerewet??

ANATI SOKI said...

anat setuju! untuk org lelakiyg jenis tough. slalu g gym. mmg sgt feminin. and anat penah kenal org cmtuh
baju takank pakai baju lekeh2.. sume layn branded2.. [erfume wajib pakai bile kuar date. baju mesti ikut shape supaya nmpk bdn n dadanye yg bidang tuh. :) setuju!!! hehehehe

Ini Kisah Tia said...

wah ! Tia suka lelaki macam ni ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...