My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 December 2010

pantang larang yang dikantoikan


Kunkun!!


Tadi lepas main futsal, terus balik rumah sebab nak tengok bola. Tengoklah match Manchester City lawan Bolton. Sambil tengok sambil sembang dengan tok ayah. Kalau tak kenal tok ayah tu siapa, sila baca entry ini [klik cepat]


Aku tanya tok ayah pasal pantang larang orang dulu-dulu. Masa aku kecik, ada pantang larang yang aku takut nak buat. Tok ayah bagitahu la pasal beberapa pantang yang dibuat hanya untuk menakutkan budak-budak. Terasa macam ditipu hidup-hidup je. Meh aku senaraikan.

Orang Tua Pesan... | Ikut kalau tak menderhaka


Jangan menyanyi masa masak, nanti dapat suami tua
Sebenarnya takut terlupa sebab asyik sangat menyanyi.

Jangan tukar tempat duduk masa makan, nanti kahwin dua
Sebenarnya nak suruh beradab masa makan tu. Kalau asyik tukar-tukar tempat, orang lain nak makan pun terganggu. Aku selalu jugak tukar tempat ni. Kahwin dua la nanti. Hahaha...

Jangan duduk dekat tangga, nanti takde orang masuk meminang
Tangga kan tempat orang lalu lalang, kalau duduk dekat situ mengganggu perjalanan la.

Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk
Payung kan tajam. Tercucuk mata budak-budak kan tak pasal jadi Ironman. Apa kejadah kau nak bukak payung dalam rumah? Takde atap ke hape?

Jangan seronok sangat, nanti menangis
Supaya kita ingat kita tak selalunya gembira. Ada masa kita bersedih.

Jangan potong kuku malam-malam, nanti cepat mati
Tak elok sebab malam kan gelap. Takut terpotong kulit dan isi sekali, dah jadi Nescafe 3 in 1. Lagipun cara cakap pantang yang ni macam dia je yang tentukan hidup mati orang lain.

Jangan bercermin di cermin retak, nanti wajah pucat malam pertama
Bercermin di cermin retak buat muka jadi macam tak siap. Carilah cermin yang elok. Pasal pucat malam pertama aku tak tahu la. Rasanya ramai yang pucat malam pertama melainkan malam pertama tu dah jadi malam yang ke berapa dah. Sebab malam pertama dah dilalui sebelum kahwin.

Jangan makan kepala ikan, nanti jadi bodoh
Dalam kepala ikan ada darah beku, takut tak dibuang terlebih dulu. Pernah ada kes perempuan termakan mata kail masa makan kepala ikan.

Jangan duduk atas bantal, nanti bisul
Bantal kan tempat letak kepala. Kalau duduk nampak kurang ajar sangat.

Jangan mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit
Ketumbit ni orang Terengganu panggil timbil. Yang ni dibuat sebab orang dulu bilik air kat luar rumah, jadi risiko diintai sangat tinggi. Sekarang pun kalau mata camni mesti kena kutuk sebab mengintai.

Jangan berembun atau keluar malam, nanti kena sihir
Malam-malam kan waktu orang tidur, apa motif kau keluar time camtu? Lepak la bro. Tapi aku tak cakap la camtu kat tok ayah. Kan tak pasal-pasal tapak kaki kat dahi ni.

Jangan makan tak habis, nanti makanan tu menangis
Tak elok membazir. Tu juga salah satu cara kuatkan semangat budak-budak untuk habiskan makanan. Aku dulu pernah duduk tepi tong sampah sebab nak dengar makanan menangis. Sengal pulak bila teringat balik.

Jangan main bawah ampaian, nanti jadi sial
Sebenarnya tak nak bagi pakaian bersih murni tu kotor balik. Sekarang tak payah main bawah ampaian pun dah selalu kena sial dengan kawan-kawan. "Sial la kau..." Hahaha...

Warga Tua Teras Masyarakat | Siapa kita tanpa mereka


Tu pantang larang orang zaman dulu. Zaman aku tak lahir lagi. Zaman tu teknologi bukan macam hari ni. 100 tahun akan datang, bayangkan pantang larang yang akan ada.

Jangan on webcam, nanti orang record.
Jangan approve orang tak kenal, nanti dapat malu.
Jangan pergi clubing, nanti duit hilang.
Jangan tengok citer 2 Alam, nanti trauma nak tengok citer lain.


Yang atas ni aku reka je. Hahaha... Sebenarnya banyak lagi pantang larang yang tok ayah cerita tapi kalau tulis semua, esok pun tak habis. Tapi inilah adat orang Melayu. Kan Hang Tuah dah cakap, takkan Melayu hilang di dunia. Lagipun biar mati anak, jangan mati adat.


p/s : Adakah 100 tahun akan datang, cerita Hang Tuah dan pejuang Melayu lain masih ada dalam buku teks sejarah? Mungkin dah diganti dengan cerita Sheikh Muzaffar, Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang atau Nicol David. Diorang dah buat sejarah untuk Malaysia jugak kan?


Kunkun!!




19 comments:

Kak Mahh said...

Begitu lah hidup sentiasa ada adab dan adat.Tq,berkunjung dan meninggalkan komen di blog akak.Mulai minggu depan blog akak akan auto-publish selang sehari sebab kami berdua akan ride di Indonesi dan berakhir di Kalimantan,segala komen permenant akan akak usaha balas.Kalau di S.miX akak khuatir tercicir.

.::: Princess MOMOY :::. said...

NIce..suka cara awak olah dear

Miss Butterfly said...

yep...sokong .::: Princess MOMOY :::.

btw...kalo tgh2 syok duk kt tong sampah tu tetibe dgr bnde nangis...ahahaha mmg lari lintang pukanglaa... :p

hamzah ian said...

pantang larang untuk buat diri lebih berjaya.. hehe

Siti Safiyyah said...

yg jgn bukak payung dlm rumah tu first time dgr..ade ek pantang larang mcm tu?hehe, tp suke lah pantang larang 100thn akan dtg tu..mcm real je..haha

Terkini :
Jom kita bloglarian!
Jom join contest kesayanganku!

Khai said...

haha...best2...pntng larang yg ko reka tgk citer 2 alam tu bikin gua gelak guling2..haha

H.A said...

wahh..pantang larang yg 100 tahun akan datang tu betul...sokong sgt2 :) hehe

erkk..bab yg 2Alam tu no komen haha sbb tak tengok lg...nak tambah sket > Jangan suka seek hantu, nanti jadi hantu..hehe...oke tak :)

AdilaKaman said...

sejarah syeikh muzaffar?
HAHAHAHA..
macam menarik.
belajar sejarah nanti,
dah ada gambar berwarna. :)

aming said...

mesti mu kejut sbb ak komen sini pih op?k r..ak nk g baiki traffic light jap..

zuhanismohamed said...

pantang tok nenek tu kadang2 ada gak lah betul nya..ha ha..

best kot kalau buku sejarah ada gambar syeikh muzaffar semua..gambar berwarna kacak2 pulak tu..ha ha

nnZa said...

tapi an , kawan aku ada citer , makcik dia boleh dengar nasi nangis .
adakah aku dikelentong ?
tapi kawan aku tu bab citer memang tak tipu .
ko caye ?

Azewas32 said...

dh klu cmtuh..org2 tua pn kne tpu gk ah ngn mak ayh mrka...huhuhu...

selembut salju said...

tp pantang larang tetap ada sampai skang kn..
xlapuk dek hujan
xlekang sek panas..
btl kew kau taip niyh
hehehe
=)

selembut salju said...

** typing error aku bkn kau.
huhu

jihan said...

Jgn karaoke kt dapur, tkt mskan xmnjadi. true true and so true

Liyana Yuyu said...

hmmm suke komen the writer. good job =)

atiqa aris said...

haha btol larh.klaka la kite pon ikot je an bulat2 ckp dowang;)

Cik Su Life Cycle said...

kadang2 cam mengarut pun ade.. tapi bila pk balik ade kabaikan nye ikut pantang larang nie...

wawalicious said...

yarrhhh..tu la pantang larang yg slalu sgt CN dgr..kdg2 sampai naik hairan..betol ke tidak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...