My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

13 June 2010

selamat hari jadi tok ayah



Kunkun!!



Pada zaman dahulu kala, di tapak asal Perhentian Bas Bandaraya Kuala Terengganu, lahirnya seorang lelaki dari sebuah keluarga berdarah kacukan Yunan-Melayu. Lelaki itu membesar di kawasan bandar. Kerana masalah keluarga, lelaki itu berkawan dengan budak-budak nakal dan samseng. Sehinggalah pada satu tahap lelaki itu menjadi terkenal selepas bergaduh dan hampir membunuh ketua samseng Cina di Kuala Terengganu.


Sejak menjadi terkenal selepas membelasah samseng yang selama ini dianggap hebat, lelaki ini menjadi kegilaan ramai gadis. Semua gadis itu merasa mereka akan selamat berdampingan dengan seorang lelaki gagah perkasa. Namun lelaki ini melayan semua gadis itu sama rata. Hanya sekadar kawan. Sehinggalah pada satu hari lelaki ini berjumpa dengan seorang gadis bernama Azizah yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Sehinggalah akhirnya mereka mendirikan rumahtangga.


Mereka dikurniakan 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki. Mereka dikurniakan 12 cucu. Mereka hidup aman bahagia. Hari ini adalah hari lahir lelaki itu. Lelaki yang hanya beberapa inci sahaja untuk membunuh samseng Cina berpuluh tahun yang lalu. Lelaki itu adalah datuk aku. Suami kepada mak. Ayah kepada mama. Dia ialah Tok Ayah. Abdul Mutallib Bin Mustaffa.

From Gangster To Gardener | Haji Dol Yunan


Aku ditinggalkan oleh mama dan papa untuk tinggal dengan tok ayah dan mak. Sebagai cucu pertama, aku kena jaga tok ayah dan mak. Aku lebih rapat dengan tok ayah dan mak. Serius best tinggal dengan tok ayah dan mak. Nak makan apa cakap je. Nak pergi mana cakap je. Nak beli Playstation ke TV Plasma ke cakap je. Nak bawak balik awek kat rumah bawak je. Hahaha. Cuma aku tak sezalim tu untuk mintak itu ini. Cukuplah dapat berteduh di rumah 2 tingkat mereka. Cukuplah dapat buat mereka gembira.


Dari kecik aku selalu dengar Tok Ayah cakap,

"Tok Ayah kalau mati hidup semula pun takkan sokong Manchester United. Manchester bukan hebat sangat. Tok Ayah orang Liverpool. Dulu Liverpool hebat. Sekarang je masalah sikit. Nasib baik ada Torres, Gerrard, Kuyt dan keeper botak tu, Reina..."

Sampai macam tu sekali Tok Ayah bencikan Manchester United. Sebab tu aku pun tak minat Manchester United. Untuk Piala Dunia kali ni pun, Tok Ayah dan mak sama-sama sokong Spain. Macam aku. Sebab apa? Sebab mereka berdua peminat Fernando Torres. Kadang-kadang Tok Ayah jeles bila mak cakap Torres hensem bila tengok gambar dia dalam surat khabar. Hahaha.

Fernando Torres | Now you know why Apihelnino?


Satu lagi pesanan Tok Ayah yang akan aku selalu ingat ialah

"Kasih dan sayang tu benda berbeza. Orang yang bercerai tu, mungkin sebab dia tak dapat bezakan antara kasih dan sayang. Isteri tu anugerah. Bila anugerah, kita kena jaga. Macam mata, tu anugerah. Anugerah ni tak semua orang dapat. Sebab tu ada yang tak kahwin sampai sekarang. Mungkin dia belum dapat anugerah tu..."

Tok Ayah And Mak | Sharing the food sharing their life


Tok Ayah memang satu kepala dengan aku. Semua benda tak kira la sulit ke tak, boleh cakap depan-depan. Dari hal bola sampai la benda double meaning atau lucah, boleh cakap je. Hidup ni kalau takde masalah tak best. Tu pesan Tok Ayah. Sebab tu aku bangga jadi cucu Tok Ayah. Tok Ayah best.


"Happy Birthday To Abdul Mutallib Fernandol Torres"

From Your Stubborn Grandchild | Be Happy Always



Kunkun!!




26 comments:

ka a i ru said...

happy befday tok ayah..
haha
aku 1st...

best giler tok ayah kau...boley tumpang?? :D :P

Mr. said...

hahahahahaha..lawak2

firdaus khalid.com said...

aipp..aipp..
apih..hahahaah..memang teruja siot..
mujur aku sokong chealsea..hahaaha..

Roronoa Zoro said...

hepi besday tok ayah.. hehe.. tok ayah cool siot.. =)

aku masa kecik nakal.. tokwann selalu marah.. huhu~ ='(

aq itz m3 said...

eppy bfdy jgk lerr
waa....aku dh xde atok
sedihhnyaa
nk share bleh??
huhu

Azewas32 said...

Selamat hari lahir tok ayah..
walaupn perkenalan kita hnya sekjap..

aten koppa said...

weh..xsangka besday tok ayah mu same tarihk ngn anniversary mak ayah ak..hahaha..hepi besday tuk tok ayah mu..live hapili ever after~

apih el nino said...

ka a i ru...
tahniah la kau first...
aku takde hadiah nak bagi...
kau ingat tok ayah aku beca ke apa nak tumpang-tumpang...
hahaha...
anyway thanks bro :)

apih el nino said...

Mr...
simple giler nama kau...
terima kasih sebab cakap benda tu lawak...
kenapa aku tak jumpa kat mana lawak dia?
hadowww...

apih el nino said...

firdaus khalid.com...
apa kau beli domain ke?
hahaha...
apa barang chelsea bai...
real madrid la...
hahaha...

apih el nino said...

roronoa zoro...
thanks bro...
aku nakal jugak dulu-dulu...
cuma tak tunjuk depan tok ayah aku je...
sekarang je baru tunjuk sikit-sikit...
semenjak dah jadi geng ni...
hahaha...

apih el nino said...

aq itz me...
kau takde atok ek?
okay la share la...
nak share camne wei?
macam share kredit celcom ke?

apih el nino said...

azewas32...
perkenalan kot...
tu la datang umah aku kejap sangat...
datang time tok ayah aku sibuk...
lain kali datang la lagi...
hahaha...

apih el nino said...

aten koppa...
1306 anniversary parents kau ek?
selamat ulangtahun la...
sama-sama la kita menyambutnya...
thanks for your wish :)

meowwmania said...

epi b'day tok ayah :)

kem salam kat tok ayah yer..(sampaikan taw huhuu..)

firdaus khalid.com said...

aipp..aipp...
apih..hahaha..bli domain lerr..hik3..
yer..esok r aku sokong real madrid..
hahaha..giler mu apih..
nk tgok game piala dunia pom susah..
nyesal aku amik sort sem..
hahaha

apih el nino said...

meowwmania...
mesti tok ayah terharu ni...
nanti la kita sampaikan...
thanks cik kucing :)

apih el nino said...

firdaus khalid.com...
malam ni netherlands wei...
second team aku...
short sem bukan masalah la...
aku semalam tengok germany online tv je...
malam ni tengok italy pulak...
hahaha...

HASRUL NIZAM said...

salam ziarah dan salam kenal...
best laa entry awak ni...
tok ayah awk sama laa ngan ayah saya, geng liverpool...
hepy besday kat tok ayah awk :)
moga dalam redha Allah sentiasa :)

apih el nino said...

hasrul nizam...
thanks for your wish...
orang-orang yg hidup masa zaman 80an memang ramai minat liverpool...
memang liverpool kuat sangat masa tu...
tapi aku tak la minat sangat liverpool...
aku minat real madrid...
hahaha...

selembut salju said...

hewppy besday tok ayah..
sori late..
hihi
c(:

apih el nino said...

selembut salju...
thanks la...
better late than never...
kalau tok ayah aku pandai main blog mesti dia terharu giler ni...
terima kasih la semua...
hahaha...

selembut salju said...

taw xpew..
tQ tok ayah..
kalu xdew tok ayh
mesti aku xleyh jd membe mu skang owpp?
huhu

apih el nino said...

selembut salju...
tau takpe...
kalau takde tok ayah jangan harap nak ada blog ni...
hahaha...

selembut salju said...

btl2

apih el nino said...

selembut salju...
memang betul la tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...