My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 June 2010

artis malaysia dalam hidup aku



Kunkun!!




Rasanya memang dah lama aku tak tengok TV. Maksud aku menonton sebuah cerita dari awal sampai habis kat TV. Kalau tengok pun tengok bola je kat ESPN. Semalam dengan penuh semangat aku nak tengok citer kat Astro Ria. Tapi takde pulak citer best-best. Bukak HBO pun citer sama je. Aku bayar Astro bukan nak tengok citer sama je wei. Lagipun citer Malaysia ni level mana la sangat kan. Sikit-sikit pasal mat rempit, masalah ekonomi dalam sebuah syarikat dan masalah keluarga. Cuma ada la beberapa orang dalam TV tu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi aku. Hahaha.


Wanita yang mampu pukau aku duduk lama-lama depan TV

Rita Rudaini
Rita Rudaini membuktikan kepada aku bahawa wanita berumur ada tarikan dia sendiri. Aku pernah jumpa dia depan-depan. Serius comel dia ni. Kalau aku tau taste dia ni lelaki muda macam Aidil Zafuan tu, aku dah ngorat dia masa aku jumpa tu. Aku start minat wanita berusia lepas tu.

Rita Rudaini | Sebab apa muka dia macam ex Mizie?


Heliza
Masa aku tengok citer Syurga Cinta, part Awal tipu Heliza tu, aku kalau boleh nak masuk je dalam tu pergi sepak terajang Awal. Walaupun penumbuk Awal sebesar muka aku tapi takpe. Giler ke mainkan hati wanita secantik ni.

Humble Heliza | Sangat lawa dia ini


Lisa Surihani
Lisa Surihani membuktikan kepada aku yang ada wanita boleh nampak cantik tanpa makeup. Macam Rita Rudaini tu. Aku rasa semua orang suka Lisa kan?

Lisa Maya | The Next Primadona


Rozita Che Wan
Aku memang minat Rozita Che Wan. Ramai lelaki kat luar sana pun minat Rozita Che Wan. Kenapa? Sila lihat gambar di bawah dengan teliti.

Hot Mom | Kenapa dia bercerai?


Scha Al Yahya
Tak kisah la dia keras ke suara lelaki ke. Aku suka gadis lasak camni. Aku tau camne rasanya bercinta dengan gadis lasak. Okay jangan ungkit kisah lama.

Scha Dania | Pramugari paling comel


Marsha
Natural beauty dengan muka cute tak bersalah dia tu. Aku dah minat dia sejak dia masuk AF3 dulu lagi. Walaupun lakonan dia biasa-biasa je tapi entahlah. Rasa sejuk je hati tengok dia ni. Dia bertudung pun comel.

Marsha Milan Londoh | Peminat AC Milan ke?


Maya Karin
Sape lelaki kat sini tak minat Maya Karin sila periksa tahap kelakian anda. Maya Karin wanita kacukan. Cukup pakej. Dan Maya Karin membuktikan walau secantik mana pun anda, anda tidak dapat lari dari masalah.

Datin Bella | Oh My Gucci dalam Pisau Cukur


Adik Mia Sara
Aku tak pernah tengok dia berlakon. Aku tak pernah tengok Adamaya. Cuma aku pernah tengok page Kami Peminat Adik Mia Sara @ Amani kat Facebook. Dan dia sangat comel. Nanti bila nak kahwin aku nak tanya mak ayah Mia Sara ni camne diorang buat sampai dapat anak secomel ini.

Mia Sara | Comel dan comel dan comel



Lelaki yang mampu buat aku tekan button OFF tanpa fikir dua kali


Anuar Zain
Aku tak tau kenapa aku anti dengan dia. Aku mungkin boleh terima kakak dia tapi untuk terima dia ni ibarat menelan durian dengan kulit durian sekali.

Anuar And Scandal | Kenapa dia tak kahwin lagi?


Mawi
Aku tak pernah minat Mawi. Sikap alim dia tak mampu menawan hati aku. Suara pun biasa-biasa je aku rasa. Kalau bukan sebab dia diundi masuk balik AF dulu mungkin isteri dia sekarang bukan Ekin. Dah rezeki engkau Mawi.

Mawi World | Kariernya musnah kerana wanita?


Dafi
Aku pernah jumpa dia kat Sunway Piramid. Aku tak tau kenapa dia boleh jadi artis. Suara biasa-biasa je. Nak kata tinggi macam model pun tak la tinggi sangat. Aku lagi tinggi dari dia. Mungkin sebab ayah dia Menteri kot.

Baik Punyer | Ziffi Zizan lagi best dari Dafi


Jehan Miskin
Kalau anda membaca blog ini dari awal mesti anda tahu kenapa.

Jehan Miskin | Bila kau nak kaya Jehan?




Pelik jugak taste aku rupanya. Hahaha. Lol.



Kunkun!!




34 comments:

eqacashperlala said...

haha!

banyak betul perempuan yang kau minat eyh?

nway, aku minat Jehan kowttt :p

Khai said...

hahaha....aku pun x suke dafi n mawi..
naturally dislike..hehe

Apih El Nino said...

eqacashperlala...
kalau ikutkan aku nak tulis lagi perempuan tu...
ramai lagi tak tersenarai...
nasha aziz, fazura dll...
aku tak faham la kenapa pempuan minat jehan...
sila explainkan...
hahaha...

Apih El Nino said...

ka a i ru...
amboi ko naturally dislike...
sejak lahir ke camne...
hahaha...
aku tak suka gak...

:: y.a.n.a :: said...

mne fauziah gous???
bknkah anda meminatinya??

Apih El Nino said...

yana...
saya tak boleh tengok fouziah gous berlakon...
dia berlakon dengan lelaki lain...
bercinta dan bermanja...
hancur hati ini melihat adegan itu...
hahaha...

Anonymous said...

part jehan tu paling xleh tahan gelak..haha... adoyai...xkanla sbb nama dia ada miskin je awk x suka??

selembut salju said...

apih xsuka jehan sbb..
jehan byk bergambo ngan pelakon wanita yg apih minat..
sila selak older post utk keterangan lanjut
haha

Azewas said...

apih...bkpe mg suke wanita yg ak suke gk...???

Anonymous said...

kalo jehan kaya pun....

sy sendirik tak taw nape jehan mcm byk berhutang ngn sy :D...

serius OFF gile kalo jumpa jehan depan2....

Sufi Asri said...

aku x suka maya karin.. tapi aku yakin tahap kelakian aku tersangat tegang.. !!

mcmmana nie? nmpak sgt dia bukan taste aku.. hahaha.. =D

Apih El Nino said...

anonymous...
bukan sebab nama dia ada miskin la...
sebab sikap dia...
sila baca posting yang lepas-lepas ek...
hehehe...

Apih El Nino said...

selembut salju...
rajinnya mu tolong jawab...
thanks la...
nanti aku bagi jehan kat mu...
hahaha...

Apih El Nino said...

azewas...
normal la tu minat perempuan yg sama...
kalau minat lelaki yg sama baru la tak normal...
hahaha..

Apih El Nino said...

pu3iman...
lama tak komen...
holiday sakan nampak...
hahaha...
jehan berhutang ke?
ish dia kan kaya dalam awan dania...
takkan hutang lagi...
hahaha..

Apih El Nino said...

roronoa zoro...
hang tak suka maya karin takpe la...
jangan hang cakap hang suka dafi sudah...
hahaha...

Anonymous said...

Dafi tu sbb die cute..blh la jd artis..org laki rmai suka rita ek, tp pmpuan rmai x ske die..ark ark ark..

Sufi Asri said...

tidakkkkk....... aku anti gay bro !! uwek... (magnet aku menolak magnet sesama jenis...)

Apih El Nino said...

nadia...
ramai orang laki tak suka dafi sebab dia macam tak layak jadi artis je...
kalau model tu okay la kot...
tapi kenapa pempuan tak suka rita?
okay apa dia berlakon...
hehehe...

Apih El Nino said...

roronoa zoro...
jangan salah anggap bro...
minat artis lelaki tak bermakna gay...
aku minat faizal tahir tapi aku tak gay...
hahaha...

Sufi Asri said...

oh.. aku tersalah tafsir ayat ko sebenarnya.. hehehe.. sori3.. =P

-QasEh- said...

hahaha
kasi pecah lubang perut ku
but apih
u r da great blogger!!

Apih El Nino said...

roronoa zoro...
nasib baik kau mengaku...
perasan tak aku menggelarkan kau?
kau dengan hang tu sama je kan...
hahaha...

Apih El Nino said...

aq itz me...
great?
takde la...
tak sampai level tu lagi...
blogger belum matang lagi ni...
hehehe...

Sufi Asri said...

haha.. kau dgn hang tue seerti lah.. =P

-QasEh- said...

xpe.ada bakat sama dgn cik roronoa 2
korg tlg la jd sifu ku!!!

Apih El Nino said...

roronoa zoro...
kau dan hang dan kamoo tu sama...
pening aku cakap camni...
hahaha...

Apih El Nino said...

aq itz me...
roronoa zoro lagi berbakat kot...
azri omar pun berbakat...
aku masih jauh ketinggalan...

-QasEh- said...

but 1 u must 2 know
rmai yg thbur dgn blog anda
tahniahh

Apih El Nino said...

aq itz me...
thanks...
tak sangka ada yg suka benda mengarut yg aku tulis...
sebab aku bukan penulis yg hebat...
thanks la semua :)

selembut salju said...

hah?
byk la nk bg jehan..
aku xsuka hidup d selubungi populariti..
xdew privacy..
huhu

Apih El Nino said...

selembut salju...
demand giler mu takmo jehan...
dah tu aku tukar la...
nak ambik anuar zain...
hahaha...

selembut salju said...

takmoa2
=((

Apih El Nino said...

selembut salju...
takmoa sudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...