My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 December 2011

please awak jangan baik sangat boleh tak





Dulu lepas putus cinta aku mula anti lelaki. Bekas kekasih aku dulu masa nak aku macam-macam pujuk rayu simpati. Bila dah dapat tolak je kat tepi. Jadi aku mula anggap lelaki cuma nak puaskan nafsu mereka sendiri. Nasib baik kami putus sebab aku tak mahu hati aku dimiliki orang yang tidak mengerti.



Dan aku mula kenal dia lepas tu. Kebetulan dia ajak aku lepak sekali dengan kawan-kawan dia lepas dia main futsal masa cuti semester setahun yang lalu. Pertama kali lepak memang agak malu-malu. Mata aku dah mula layu. Mujur ada dua tiga orang kawan dia jambu-jambu. Tak lama lepas tu aku minta diri kononnya nak pergi beli baju.




Selang dua tiga hari dia ajak lepak lagi. Aku yang memang mati kutu duduk rumah ni terus setuju tanpa fikir dua kali. Tapi masalahnya motorsikal aku ada dekat bengkel tengah baiki. Dia kata takpe dia datang ambil aku kali ni. Sebab dia kata kawasan perumahan aku ni memang laluan dia setiap hari. Aku tak tolak rezeki. Lagipun tak risau sangat sebab kami keluar siang hari.


Aku dengan dia tak rapat mana pada mulanya. Kenal pun secara kebetulan sebab belajar di universiti yang sama. Memang kami kawan tapi aku tak berapa suka dengan perangai dia. Dia ni kadang-kadang sombong dan mengada-ngada. Tapi bila dah selalu tumpang dia, selalu kongsi cerita, selalu bergurau senda, kami rapat juga walaupun makan masa.


Pernah aku tanya dia tak kisah ke datang ambil aku walaupun motorsikal aku dah boleh guna. Dia kata tak apa. Lagi ramai lagi meriah bila lepak katanya. Kawan dia sendiri pernah kata dalam sekawan kumbang kena ada sekuntum bunga bila aku tanya soalan yang sama.


Sampai satu tahap aku berani tanya kenapa dia baik sangat dengan aku. Sebab aku pernah tolak ajakan dia sebab aku demam seminggu. Dan dia terus suruh aku makan ubat dan jaga diri selalu. Jawapan dia, lelaki memang begitu. Mengambil berat dan bersedia bila perempuan perlu. Terharu aku.


Dia kata aku tak perlu takut sebab takkan ada orang serang aku. Dia single dan aku tahu. Tapi bila kawan-kawan dia kata cara dia layan perempuan lain sama macam dia layan aku, aku pula cemburu. Takkan aku nak larang dia sebab dia bukan kekasih aku. Takkan aku nak suruh dia berhenti layan aku macam tu. Aku pun suka sebab dia buat aku rasa aku masih laku. Aku buntu. Jahat salah, baik pun salah bagi aku.


ps : Ku percaya kau baik ku yakin pasti ada lelaki yang tertarik ;)




22 comments:

teh o beng said...

perempuan..selalu cenggini..laki buat baik sket,caring sket...terus jatuh hati.....same like me myself..kueng3 :P

Gadis mutiara_Solehah said...

haha,biasalah tu..perempuan ati dia cpt tersentuh,huhu^^

Hakim said...

lelaki dan perempuan pun sama...andai kata terlebih caring,terus kata jatuh cinta

pu3iman said...

terpulang pd hati masing2...

sekian :D

a i m z said...

ermmm...

'Aisya Salim said...

Kau kekasih awal dan akhir, -,-

poohrist said...

ini jadi sebab sifat perempuan yang mudah cair..
hurmmm

♥ MS ♥ said...

okei, hati aku cepat sngat terusik :| cepat jatuh hati. hmm.

s u a r a h e a R t y said...

:)

Athirah Amanda said...

nakluah perasaan saya nih ..ahakss , bila baca bait bait diatas mcm tengah berseloka . . heheh

well pompuan kan haty mereka halusss . cehss

Apih El Nino said...

@teh o beng Lelaki pun ada macam tu. Hehe.

Apih El Nino said...

@Gadis mutiara_Solehah Lepas tu lelaki dilabel mempermainkan hati perempuan. Huhu.

Apih El Nino said...

@HakimHoho gua sokong bro.

Apih El Nino said...

@pu3iman Betol betol betol :)

Apih El Nino said...

@a i m z Ermmm?

Apih El Nino said...

@'Aisya Salim Kau kekasih zahir dan batin?

Apih El Nino said...

@poohrist Jangan mudah sangat cair lain kali.

Apih El Nino said...

@♥ MS ♥ Bagi aku pinjam hati kau. Hati aku keras sangat.

Apih El Nino said...

@s u a r a h e a R t y :)

Apih El Nino said...

@Athirah Amanda Berseloka? Macam lagu rap ada la. Hehe. Tapi memang hati perempuan halus.

misyamissyou said...

susah kan..baik salah jahat pun salah..haihh

I love Sleep said...

perempuan akn jd kliru ble lelaki terlalu baik dgn dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...