My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

04 December 2011

takkan selamanya mawar mekar dan wangi





Aku dengan dia dah lama bercinta. Lima bulan lebih rasanya. Hubungan kami macam biasa cuma jarang berjumpa. Sebab aku sibuk dengan kerja dan dia dengan hal kolej, assignment dan sebagainya. Tapi bila ada masa aku akan pergi melawat dia sebab dah rindu gila.



Satu hari aku terpaksa berhenti kerja sebab majikan aku tak bayar gaji. Kami semua pekerja mogok berhenti sebab tak puas hati. Aku cerita dekat dia dan dia kata mungkin tak ada rezeki. Terharu aku dapat kekasih yang memahami. Aku cuba cari kerja baru sebab aku nak kumpul duit buat hantaran untuk dia nanti. Tapi cari kerja bukan senang hari ini.




Selang seminggu, ada sepupu aku telefon ajak aku kerja dengan dia. Tapi kerja part-time je. Dia ni kerja McDonalds dan tiga hari akan datang ada orang buat parti hari jadi dekat tempat dia bekerja. Tugas aku cuma pakai kostum patung McDonalds tu selama satu jam tanpa perlu tunjuk muka. Aku terus setuju bila dia kata gaji dibayar serta merta. Aku tak bagitahu kekasih aku yang aku dapat kerja. Sebab aku nak buat kejutan dekat dia.


Hari Sabtu tiba. Aku mula bekerja. Senang bekerja bila orang tak kenal kita. Aku cuma perlu menghiburkan kanak-kanak yang ada. Sesekali ada orang ajak mengambil gambar bersama. Aku suka, mereka gembira.


Aku nampak di satu sudut seorang lelaki makan dengan seorang wanita. Aku rasa mereka pasangan kekasih kerana nampak mesra. Sesekali wanita itu memegang tangan lelaki penuh manja. Dan lelaki itu turut mencubit manja pipi kekasihnya.


Perempuan itu memanggil lelaki itu 'Bie' dan lelaki itu memanggilnya 'Baby' menandakan mereka memang bercinta. Perempuan itu berdiri dan mahu aku mengambil gambar bersamanya. Sony Ericsson ungu dihulurkan kepada kekasihnya. Selesai bergambar aku terus menuju ke arah pengurus McDonalds tersebut dan menyatakan tempoh kerja aku sudah habis sebab dah pukul tiga.


Dia menyuruh aku menukar pakaian dan berjumpanya untuk mengambil gaji. Aku mengambil pakaian dan menuju ke tandas lelaki. Sekali lagi aku terpaksa lalu di meja pasangan kekasih tadi.


Aku berhenti. Pakaian tadi aku letak di atas kerusi. Mereka melihat dengan rasa sangsi. Aku buka topeng kostum itu dan membetulkan rambut yang serabai sekali. Perempuan itu terkejut dan terus berdiri. Aku cuma tersenyum dan melangkah kaki. Kalau tidak ditahan pasti air mata ini bercucuran di pipi. Kekasih aku curang depan mata aku sendiri!


Tidak ada perkataan yang dapat gambarkan betapa sakit hati ini. Sakit bila semua pengorbanan aku macam tak dihargai. Aku undur diri. Aku rela pergi. Aku pernah kata dia seperti mawar yang wangi. Tapi tidak lagi hari ini. Aku tabahkan hati. Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi.


ps : Ini kisah orang bukan kisah aku. Aku cerita sebab tuan dia mintak begitu ;)




22 comments:

W.o.a.y.I.e.s said...

sedih. perempuan tu tak reti bersyukur.

ainna baijan said...

risiko bercinta!

mar ismail said...

rasa nak menangis bace kisah ni. bole tau sape tuan punye cerita ni? :)

Nasuha Suhada said...

suka dengan cerita ini. lain kali buat la macam ni lagi. hihi. :)



serius, best!

♥ MS ♥ said...

ckp dekat kawan awk, saya ada. hehehe

Akma said...

dh agak dh that gurl de sumone else at the beginning...coz dia xkisah pn

~capRIAnne~ said...

wanita itu tidak layak untukdia, sebab itu Allah pertemukan mereka sebegitu...

Bella Bell said...

nak nangis boleh? :(

cikpia said...

lelaki tu tak rugi sebab dia just kehilangan seorang pompuan yang tak mencintai dia....

tapi pompuan tu rugi besar sebab dia baru saja kehilangan seorang lelaki yang benar2 mencintai dia dengan sepenuh hati........

.F.e.Q.a.H. said...

sedihnya... TT_TT

model pakaian muslim wanita said...

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

Apih El Nino said...

@W.o.a.y.I.e.s Dia tak nampak pengorbanan orang.

Apih El Nino said...

@ainna baijan Walaupun risiko tapi semua orang nak bercinta.

Apih El Nino said...

@mar ismail Tuan dia mintak dirahsiakan identiti. Maaf :)

Apih El Nino said...

@Nasuha Suhada Waaa thanks :)

Apih El Nino said...

@♥ MS ♥ Dah cakap dah :)

Apih El Nino said...

@Akma Hebat :)

Apih El Nino said...

@~capRIAnne~ Mungkin ada sebab dia buat macam tu.

Apih El Nino said...

@Bella Bell Jangan nangis. Nah tisu.

Apih El Nino said...

@cikpia Betul betul betul.

Apih El Nino said...

@.F.e.Q.a.H. Jangan nangis :)

Apih El Nino said...

@model pakaian muslim wanita Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...