Kunkun!!
Rasanya dah lama tak preview filem sejak citer Dragon Zakura dulu. So hari ni aku nak cite pasal Proposal Daisakusen atau bila ditranslate menjadi Operation Love. Persamaan cite ni dengan Dragon Zakura ialah hero dan heroinnya sama iaitu Yamashita Tomohisa (Kurosagi) dan Nagasawa Masami (Dragon Zakura). Proposal Daisakusen mengisahkan Iwasa Ken (Yamashita Tomohisa) yang berkawan baik dengan Yoshida Rei (Nagasawa Masami) sejak tadika sampai masuk universiti. Ken yang ego, tidak mahu mengalah dan tiada pengalaman bercinta dalam diam mencintai Rei. Tetapi realitinya Rei akan berkahwin dengan lelaki lain dan Ken sangat menyesal sebab tak pernah luahkan perasaan dia kat Rei. Pada hari perkahwinan Rei, ketika Ken dan tetamu lain menonton photo slideshow tentang kehidupan Rei, muncul pari-pari yang bersimpati dengan Ken yang menyesal kerana kesilapan masa lalunya. Pari-pari itu menghantar Ken kembali ke masa silam, memperbetulkan semua kesilapannya sekaligus memberi Ken peluang kedua untuk merebut hati Rei kembali dalam masa yang ditetapkan. Setiap kali merentasi masa, Ken hanya mampu memberi 'hint' kepada Rei tentang perasaannya, bukan meluahkan perasaan yang dipendamnya.
Mampukah Ken meluahkan cintanya sebelum slideshow tamat?
Apakah yang akan berlaku kepada masa kini jika Ken mampu mengubah sejarah masa lalu?
Rei dan Ken semasa tadika
Rei dan Ken bersekolah (skema je ayat)
Rei dan Ken di universiti
| click photo to enlarge |
Cite ni bukan jiwang sangat. Cite ni banyak menunjukkan walau dalam apa pun keadaan, kawan adalah segalanya. Kadang-kadang orang paling rapat dengan kita pun tak faham perasaan kita serta mengingatkan kita bahawa orang yang suka menangguhkan kerja adalah orang yang rugi.
Rating : 9.0/10
Kunkun!!
Rei dan Ken bersekolah (skema je ayat)
Rei dan Ken di universiti
| click photo to enlarge |
Cite ni bukan jiwang sangat. Cite ni banyak menunjukkan walau dalam apa pun keadaan, kawan adalah segalanya. Kadang-kadang orang paling rapat dengan kita pun tak faham perasaan kita serta mengingatkan kita bahawa orang yang suka menangguhkan kerja adalah orang yang rugi.
Rating : 9.0/10
Kunkun!!
8 comments:
mendalam sungguh review citer ni ek?
kadang2 org yg asing utk kita lebih memahami perasaan kite (ehehe ayat lagi skema) :p
hehehe...
mendalam sangat ke?
dah cuba ringkaskan tu...
tapi betul tu...
kadang2 orang lain lebih memahami...
(tak skema pun pu3iman)
anda telah di tag dgn skemanya :D
hehehe
di blog manekah saya di tag?
hehehe...
anda ditag di blog ni:
http://pu3synabella.blogspot.com/
baiklah...
tag itu akan dijawab sehensem-hensemnya...
hahaha...
hensem keeeee? :p hi hi hi
tak...
cute kot...
hahaha...
Post a Comment