My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 March 2010

abang sayang adik



Kunkun!!



14 tahun lalu pada tarikh hari ini, seorang budak lelaki tak-hensem-tapi-comel darjah 1 tengah tunggu papa dia datang ambil dia balik sekolah. Tak lama lepas tu papa dia pun sampai. Masuk je dalam kereta, papa dia berkata,"Abang, mama dah beranak tadi. Baby girl." Budak lelaki tak-hensem-tapi-comel tu suka sangat. "Yeay yeay dapat adik baru. Nak bagi nama Diana Rafar." Beberapa hari kemudian mama dia dibenarkan pulang. "Abang, meh tengok adik abang. Nama dia Nur Adilah Shahirah."

Teringat balik zaman tu serius aku akan gelak. Kenapa mesti Diana Rafar? Seingat aku, aku minat dia sebab aku pernah tengok gambar dia pakai short skirt dalam majalah Mangga. Masa tu aku tak minat Siti Nurhaliza sebab dia selalu pakai baju kurung. Hahaha. Pedulikan semua tu sebab sekarang aku dah ada Fouziah Gous dan Norliana Samsuddin.

14 tahun selepas puteri kedua Shafie dan Norwani tu diberanakkan dengan penuh style dan cemerlangnya oleh my supermama, baru aku sedar adik aku dah besar. Dah Form 2!! Weh adik masa mana awak membesar ni? So today kamu dah berumur 14 tahun. Dah takde dah 13 tu. Jauh beza 3 dengan 4 tau. Kalau tengok jarum jam, nombor 3 melambangkan suku tapi bila jarum kat nombor 4 orang cakap dah nak masuk setengah dah. Wo adikku. Dengar abang nak royak. Live and exclusive kat blog abang yang hudoh sepang ni (adik suka sebut hudoh sepang kan?)


Nur Adilah Shahirah

Happy Birthday To You


Tapi jangan nak perasan awak tu dah remaja okay. Sikit-sikit bila pergi kedai buku je nak beli buku Remaja. Pastu baca pasal cinta. Jangan nak berboyfren lagi time gini. Abang sumpah boyfren awak tu jadi Honda Civic VTec sport rim putih kang. Kalau nak sangat suruh dia jumpa abang bawak PS2 sebagai hadiah. Hahaha. Pastu makan banyak sikit. Jangan asyik nak makan kat Paradise Deluxe je. Kurangkan sikit tinggi tu. Awak dah lebih tinggi dari kakak awak tau. Padahal kakak awak tu dah nak masuk 20 tahun. Tolong jaga mama dengan papa. Jangan nak berebut TV dengan mama dan papa. Kalau mama nak tengok Cerekarama biarkan je dulu. Kalau papa nak tengok bola pun biarkan je dulu. Bila papa tertidur je awak tukar la TV lain. Tapi kalau mama tengok Hindustan awak pergi teman mama sebab kang mama nangis sorang-sorang. Pastu bila tanya kenapa nangis, mama dengan tenang akan jawab,"Entah la. Mama pun tak faham cite tu." Pastu kita berdua jugak yang kena teka part mana mama nangis. Pagi-pagi jangan mandi lama sangat. Awak tu nak pergi sekolah bukan pergi dating. Mama takpe mandi lama sebab mama bangun awal. Pastu pergi sekolah tu belajar. Jangan nak bergosip. Jangan sibuk nak cite kat kawan-kawan ada love bite kat dada Marsha ke Datuk VIP nak masuk meminang Rozita Che Wan ke. Biar je diorang baca dalam surat khabar. Pastu kalau ada masa pergi tengok kakak-kakak Form 5. Kalau nampak yang lawa je terus cakap abang kirim salam. Hahaha. Terkantoi sudah.

Nur Adilah Shahirah, happy birthday to you. May you have a long and prosperity in life. Hope you'll get what you wish for. Stay in good health and be a good girl. I love you.



adik aku tak suka ambik gambar. Pic dia pun aku takde



Kunkun!!



6 comments:

sjaa64 said...

happy birthday jugak~

Apih El Nino said...

thanks jaa sweets yg sweet...

selembut salju said...

hewppy burfday adik apih..
moga sukses selalu..~~
blajo tol2 berjaya mcm abg kamoo~~

Apih El Nino said...

haha..
mekaseh ah..
mesti adik aku terharu..

Anonymous said...

hepy besday!
tapi ni mcm pesanan utk si abg je bunyinya :D
baik ngaku!

Apih El Nino said...

thanks...
birthday abg dia dah lepas lama la...
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...