Kunkun!!
Sebagai seorang fanatik bola sejati yang sanggup mempertahankan ego pasukan pilihannya walaupun dibelasah 6-2 tahun lalu, Piala Dunia 2010 yang bermula hari ni adalah kemuncak kepada semua acara bola sepak. Kita sedia maklum, bola sepak atau futsal adalah permainan lelaki. Tak salah jika perempuan bermain, cuma agak lain dari yang lain.
World Cup 2010 | 32 countries for 1 title
Lelaki yang minat bola selalu bertanya
"I can undestand if girls don't like football.
But I don't undestand if boys don't like football..."
Sesetengah lelaki yang tak minat bola menganggap meminati bola adalah stereotipikal. Stereotipikal bermaksud seseorang yang menyukai sesuatu benda yang turut disukai oleh jutaan manusia lain. Rasanya tiada benda dalam dunia ni yang hanya kita seorang saja yang suka. Lelaki yang aku cakap tadi, yang menganggap menyukai bola sepak adalah stereotipikal adalah seorang yang fanatik dengan blog. Tidakkah dia dianggap stereotipikal? Kerana ramai lagi lelaki di luar sana yang fanatik dengan blog. Aku jatuh cinta dengan wanita. Lelaki lain pun jatuh cinta dengan wanita. Adakah kami semua stereotipikal?
Football is about passion. Sanggup berjaga sampai pukul 3 pagi, itu passion. Passion dan minat adalah berkait rapat. Kalau dah minat, semua benda jadi best. Passion menjana semangat jitu dalam diri. Passion meletakkan sesuatu sebagai pegangan. Passion memakan masa bertahun-tahun untuk dipupuk. Pujaan terhadap sesuatu turut memakan masa. Only the strong survive, the weaks comes and goes. Tengok Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Inter Milan contohnya.
Smoke And Spirit | When there is passion there is fire
Bola adalah sesuatu yang efektif bagi lelaki. Sama la macam rokok. Tak semua lelaki hisap rokok. Tapi ramai lelaki tahu brand-brand rokok. Tak semua lelaki main bola. Tapi kalau ada lelaki yang tak tahu langsung pasal bola, aku tak tahu la korang ni asal dari mana. It is knowledge okay.
Kebiasaannya, lelaki yang minat bola adalah orang yang berbakat besar dalam sukan ini. Pandai bermain bola, itu bakat. Pandai menyusun strategi dalam permainan bola, itu bakat. Pandai bermain game bola walaupun kaki bangku, itu bakat. Tahu bagaimana rasanya gembira bila menonton bola, itu nikmat. Tapi kalau semua tu takde, tengok bola pun tak minat, mengaku je la korang memang takde bakat. Langsung takde bakat dalam bola.
I don't understand when some people said, football is about 22 stupid people running for a ball and it's boring. Haa kan dah tercakap orang putih. Come on la. Actually football is about 22 intelligent people who can control the ball in 90 minutes. Kalau tak takkan la orang panggil Zinedine Zidane, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tu genius footballer. Orang yang kuno pasal bola memang takkan faham jiwa seorang peminat bola.
What Can You Do With A Ball | Brain and skill needed
Selaku fanatik bola, aku tahu betapa pentingnya bola dalam social life kita. Bayangkan dalam kesibukan kita mengejar sesuatu yang kita inginkan dalam dunia maju yang bergerak laju, kita duduk dengan kawan-kawan atau keluarga di warung kopi, bersama teman-teman yang kita tidak kenal, yang tidak pernah bertemu, tetapi mempunyai minat yang sama. Sama-sama berkongsi kegembiraan, kekecewaan dan kegusaran. Bagi aku itulah perhubungan paling ikhlas ketika ini di mana zaman teknologi moden menguasai, zaman bercakap melalui SMS, zaman berita melalui Emel dan zaman dosa melalui video lucah berformat 3gp.
Salah satu kenangan paling manis ketika menonton bola ialah pada tahun lepas semasa Final UEFA Champions League antara Manchester United dan Barcelona, selepas Lionel Messi menjaringkan gol kedua Barcelona, kami bersorak beramai-ramai. Lautan manusia bersatu dalam kegembiraan. Kami berpelukan dan menari riang dengan lelaki yang langsung tak dikenali tanpa mengira bangsa. Kemudian kami berbual bersama-sama tentang permainan tersebut tanpa perlu memikirkan asal usul, status dan pegangan politik setiap orang. Nama dia pun kami tak tahu tapi kerana bola, kami bersatu.
Football Mad Nation | Hidup bola mati bola
Bagi aku, lelaki yang minat bola ni lagi bagus dari lelaki yang minat perfume, American Idol, Lady Gaga dan sebagainya. Memang la boleh tapi tak nampak maskulin sangat la lelaki camtu. Lelaki menangis sebab peserta kegemaran dia terkeluar American Next Top Model macam annoying giler kan?
Demam bola terasa kini,
Piala Dunia kembali lagi,
Aku tinggalkan cinta selama 31 hari,
Kerana Sepanyol bertakhta di hati.
Hahahaha. Aku jual pantun. Beli la beli la.
Pantun Promoter | "Beli la pantun hubby I tu ye..."
Kunkun!!
29 comments:
ak yg 1st..
huhu...
ermmm...
undestand ke understand??
2 je..
ngeee:P
kedua plak tu....
minat lelaki yg xsuka bola, peace!
Idop Spain...Yaa-Haa!!!!
perrghhh...mnusuk dikalbu....wlaupan ak x mnat bola...tp ak ttp skong england n brazil.... :D
mmg tak setuju langsung.
Mana la boleh sama kan cinta lelaki terhadap perempuan dengan bola itu permainan lelaki.
Walhal cinta lelaki-perempuan itu sunnatullah yang dah ditetapkan tetapi bola itu hanya sekdar mindset seseorang untuk menetapkan permainan itu milik kaum (jantina) mana.
Boleh jer kalau si lelaki ni tak thu langsung psl bola, bukan sbb dyer tak layak bergelar lelaki tetapi ade banyk faktor sama ada luaran mahupun dlaman.
Kalau orang minat bola kata diorang tak paham dengan lelaki yg tak minat bola,
Boleh je orang lelaki tak minat bola kata diorang tak paham apa yang best sgt maen bola tu.
Jadi sume tu bersifat relatif.
Sekadar satu perkongsian atas pemikiran logik jer...
aku fanatik bola wehh !!! wahh!!!...... ok.. aku tipu.. (-_-")
aku xde bakat main.. tapi aku terasa minat bila tgk bola.. bukan "bola kembar di dada" yang itu yer.. bola yg sepak2 tue..
huhu~
Demam bola terasa kini,
Piala Dunia kembali lagi,
Aku nak bertanya satu soalan nie,
Korang yg asyik tgk bola nie dah mandi?
......
......
ok.. aku xde bakat berpantun juga... (T_T)
ciq b...
tahniah la kau first...
giler kau perasan kesalahan ejaan di situ...
takpe la...
aku taknak betulkan...
hahaha...
azri omar...
tahniah anda second...
korang berlumba ke ape ni?
haishhhh...
meowwmania...
minat lelaki tak minat bola?
melepas aku...
minat la aku walaupun aku minat bola...
hahaha...
ka a i ru...
weh same kot kita...
hidup spain...
hahaha...
azewas...
jangan terbakar dengan entry ini...
tapi bagus la mu ada minat jugak...
kiranya mu demam jugak sikit-sikit...
takde la demam teruk macam aku...
hahaha...
islamic neutron...
okay pasal lelaki perempuan tu aku mengaku kau betul...
tu fitrah hidup manusia...
aku tak kisah kau suka bola ke tak...
tapi aku suka komen kau...
membina giler...
roronoa zoro...
aku tak suka tengok bola dalam seluar yg orang lain punyer...
hahaha...
pasni kita tengok tenis wanita la...
best kot tengok maria sharapova ke ana ivanovic ke...
pasal pantun tu aku pun tak tau nak jawab camne...
kita bersajak pulak la...
tinggalkan pantun tu...
hahaha...
weh..ko sokong spain kn?
siot gler spain klah lwn swtzerland..
malu ak klah bet ngn mmber ak..hahaha
aten koppa...
kau malu?
aku stress terus...
esok tu aku ada test math satu pun takleh jawap...
sakit hati wei...
hahaha...
salam,
erm, bola oh bola...
aku x minat tengok perlawanan bola ...
tp, aku minat main bola...
tu jer nak ckp...
dzulagil...
bagus la kau minat main bola...
at least jiwa bola tu ada...
rugi weh tak minat tengok bola...
demam world cup ni bro...
hahaha...
siot ar bola thun ni..team yg top ranking sume hancus lebus..germany leh kloh serbia? wtf? malu ak sokong germany..podolski main cm mengong je..leh missed 8 shots..bodo! france pon cmtu gak..kloh ngn mexico..aduh..sori ar ak lepas tensen kt blog ko..hehe
aten koppa...
hahaha...
giler kau lebih fanatik dari aku...
tapi takpe...
aku memang nak france out awal-awal...
aku memang nak germany kalah...
sebab team aku dah kalah wei...
harap-harap malam esok menang la...
go espana!!
hahaha..spain lwn mlm ni..jom tgk ramai2..kalo spain kloh ngn honduras ak xtaw la nk kate ape..
mujur team ak mng da td..portugal mmg terbaikkk..hahaha
aten koppa...
giler banyak team kau...
kejap tu kejap ni...
spain konfem menang punye...
hahaha...
statement paling teruk n pelik pernah aku jumpa.. well, manusia dilahirkan x semua sama wei..ada minat, ada yg tak minat..itu normal..bg yg xminat bola, dye maybe minat senjata api, kereta, pancing dan sbg..dan bg dorg, knape kamu yg minat bola ni xminat senjata api bagai..so kamu pown xde zakarkah? so, klu da fanatik bola tu, duk diam2 la wei, jngn sibuk pasal org yg xminat bola.. soalan last aku, kenape kamu minat bola tp xminat ngaji alquran..? haha
Saya memang Tak minat apa2 sukan.
Nabi Muhammad suka minyak wangi dan perempuan...solat hehe aku tak minat bola tak penah ambil tahu pasal bola Dan tak reti main bola tak minat mcm mana nak main.. aku suka perempuan berselendang dan minyak wangi..kemenyan..
Nabi Muhammad suka minyak wangi dan perempuan...solat hehe aku tak minat bola tak penah ambil tahu pasal bola aku suka perempuan berselendang dan minyak wangi..tgok character seseoranglah jenis mcm mana tak semua lelaki sama kita ade Character sendiri..
Bolasepak adalah sukan atau permainan bukannya penentu jantina bagi lelaki.
-berapa ramai popuan yg minat bolasepak tapi tidak menjadikan dia tu sebagai lelaki.
• berapa ramai maknya/pondan/bapuk minat bolasepak tapi dorg still lembut camtu gak.
• berapa ramai gay yg minat bolasepak, waktu terluang tetap main "stor kunyit" gak.
Bagiku orang yg beranggapan lelaki tak minat bolasepak sebagai bukan lelaki sejati itu adalah merupakan tanda awal simptom penyakit Mental Disorder sehingga mereka gagal memahami perbezaan antara hobi dan jantina.
Ok, aq nk standsup utk lelaki yg tak minat bola.. Apa kuasa kau nk ckp bola ni wajib utk semua lelaki? Aq since drpd kecik mmg x minat langsung bola, even masa skola menengah pon aq ponteng masa sukan.. So kpd yg kononnya lelaki sejati diluar sana tu.. Please jangan duk kondem sgt kawan yg x minat bola.. Sbb bukan semua org minat n jgn paksa.. Sesetangah manusia yg kurang hajar, dia pulaukan kawan2 yg x minat bola which is aq cannot brain..
Hina sangat ke lelaki yang tak minat bola sampai kena pulau sebegitu,as a human being kita kena slow² approach dorang tanya pasal prob dorang,ni x asal lelaki x main bola je kena label bapok/pondan/mak nyah/kunyit/lembut,sebab tu aku prefer berkawan dengan kaum yang berbeza.
Post a Comment