Kunkun!!
Oleh sebab mood jiwang aku sejak kebelakangan ni semakin bertambah dan bertambah, aku pun semalam saja-saja la merajinkan diri melawat tempat-tempat romantik dalam dunia ni. Cuma tempat yang aku pergi semalam tu bukanlah Paris, Bali atau Tokyo. Tu memang tempat romantik yang semua orang tau. Aku pergi kat tempat lain. Penat aku nak citer satu persatu. Korang tengok je la gambar yang aku sempat ambik ni. Hahaha.
Heart-Shaped Forest, Cantabria, Spain
Forest For-Rest | No wild life just love life
Tengok perkataan forest pun dah tau hutan kan. Takkan studio jamming pulak. Hutan yang menarik ni dijumpai kat Cantabria, Utara Sepanyol. Tapi bentuk hutan ni hanya dapat dirakam dari angle ni. Macam Farmville je.
Heart-Shaped Island, Gutierrez Lake, Patagonia, Argentina
Amazing Argentina | Trees Love Island
Dari Spain aku pergi kat Argentina. Pulau yang dilitupi pokok ni ditemui di Patagonia. Macam hutan yang kat Spain tadi, pulau ni jugak hanya dapat dilihat berbentuk love kalau dilihat dari arah Timur. Macam gambar yang aku ambik untuk korang ni. Penat giler sebab nak ambik gambar camni.
Tavarua Island, Fiji
Island Treasure | Love island sinks without trace
Dari pulau kat Argentina aku berenang sampai ke pulau Fiji ni. Ramai yang cakap pulau ini adalah pulau paling romantik di dunia. Pulau ni dikelilingi terumbu karang yang sangat cantik. Fiji jugak memang terkenal dengan pulau peranginannya. Dan kalau rasa banyak duit, pergilah kat pulau ni.
Galensjak, Croatia
Croatian Cliche | Too near to go
Oleh sebab cabaran berenang dari Argentina ke Fiji tak mencabar langsung, aku berenang pula ke Croatia. Sampailah aku kat pulau di selatan kawasan Zadar kat Croatia ni. Pulau ni hanya 500 meter dari pesisir pantai dan pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot atau berenang macam aku.
Heart-Shaped Lake, Ohio
Oh No Ohio | Beautiful dangerously
Dari Croatia aku terbang ke Ohio sebab kat sini ada tasik yang memaparkan bentuk love paling perfect. Tasik ni sebenarnya terletak di Columbia Hills Corners, Ohio. Tapi tak ramai yang datang kat sini sebab struktur tanah yang agak merbahaya. Kawasan ni telah dipagari sekarang.
Heart-Shaped Lake, Chembra, India
Little Lake In India | It's nice to be here
Sebab tak puas hati dengan keadaan tanah kat Ohio, aku pergi kat satu lagi tasik berbentuk love kat India. Tasik ni memang menjadi tarikan utama pelancong. Tapi untuk sampai ke tasik ini, anda perlu berjalan kaki sejauh 3KM. Perjalanan 3KM aku sangat membosankan sebab aku berjalan seorang diri sedangkan pelancong lain semua berpasangan. Pengajarannya, berjalan sejauh 3KM sambil berbual dengan teman adalah lebih indah berbanding berjalan 3KM bercakap seorang diri macam orang kurang siuman.
Heart-Shaped Mangrove, Voh, New Caledonia
Earth From Above | Famous book famous place
Oleh sebab aku sangat jealous dengan pasangan-pasangan kat India tadi, aku terus pergi kat kawasan paya bakau paling terkenal di dunia iaitu di Voh, New Caledonia. Kawasan ni terkenal selepas seorang photographer bernama Yann Arthus-Bertrand mengambil gambar love di kawasan ini dan dijadikan cover bukunya, Earth From Above.
Heart-Reef, Great Barrier Reef of The Whitsundays
Break-Heart-Reef | Australian got everything
Perjalanan pulang aku dengan kapal terbang melalui kawasan Heart-Reef di Australia. Heart-Reef ni terhasil daripada gabungan terumbu karang di sini. Namun bentuk love ini hanya dapat dilihat jelas dari udara macam ni.
Heart-Shaped Wetland, Guandu Nature Park, Taiwan
Wildlove Wetland | Taiwan want it too
Sebelum mendarat di Malaysia, aku sempat merakam gambar ni kat sebuah taman di tengah bandaraya Taiwan. Gambar yang aku rakam ni khas untuk pembaca-pembaca blog aku. Semoga anda enjoy dengan percutian aku.
Maka berakhirlah pengembaraan aku selama dua hari. Hahaha. Aku cuba lari dari mood jiwang walaupun bercakap pasal love. Sekarang mood jiwang aku datang balik. Dua hari lagi aku bagitau kenapa aku sangat jiwang sekarang.
Kunkun!!
30 comments:
sekali lg aku 1st...
memandangkan ari2 aku ngadap bola...
so mood jiwang ak da makin pudar..
yp xpe bro..
ko pnye pic membuat aku tringat pada si dia dahul kala..
cewah..
haha
nice pic..oppss..nice love pic n trip.. :P
agaknya penerbangan harian 2 melampaui batasan yuran tatiuc x?lam bpe ary cik apih travel ke semua tmpt2 2 yer.sy amat taksub sekali.haha
agaknya jwpn kpd soalan bocor math ada lam slh 1 pic 2 kot ahaks~
jangan mara da gurau jerp huhu
nice adventure..!
all about love~
haha..
knape x bwk satu pulau tu ke trg.
heret je tarik bwk cni
love is in the air~~
tomey n sweet...beznyer klu dpt adiah love sebesar nih..haha
love sebesar maner atau berdating di tempat love pun....kalu x eklas..xkn kekalnyer love 2..ha3...bang!!!!
khai the kerozer...
pergh nama kau stylo bro...
bagus la kalau pic tu buat kau teringat zaman dulu kala...
nanti aku letak pic lain pulak...
biar kau teringat kenangan zaman hang tuah ke zaman dinosaur ke...
hahaha...
spain kalah wei ;(
aq itz me...
semua kos pelancongan ni tatiuc sponsor...
dan jangan cakap pasal math...
aku takleh jawap pun test math...
tension sebab spain kalah...
hahaha...
miss old lady...
adventure about love seorang diri tak best pun...
kena cari pasangan dulu...
satu gi camne nak heret?
pening aku fikir camne caranya...
hahaha...
meowwmania...
love is in the air??
mesti love tu berterbangan kan?
hahaha...
syiera_n...
cari la orang yg dapat bagi love camni...
baru la boleh tau camne tomey and sweetnye love ni...
hehehehe...
arif morales...
aku setuju dengan mu...
baik mu cari awek cepat-cepat...
tak elok wei single lama-lama...
hahaha...
arghh!!aku jelez!!!amat2 jelez cne rektor ley lepas ko p melancong sane???
math..i lovin it uwekkkk
=p
wakaka!!!
p/s:tatiuc sila refer kembali d pjbt kewangan
kot2 cik apih ngorat akak yg tersportingg yg belagak baekk ..ley lak die tlpas g melncong ish3
HAHAHA..!
tau pon adventure sorang diri x best
da la cakap sorang diri mcm kurang siuman
dush!!
cari r idea wat balik satu pulau love tu..
*muke m'harap*
ur post always amazed me...
keep it up bro....
this post i give 4 and half star...
from 10...
hahaha...
:D
aq itz me...
aku ada scandal ngan staff tati...
tu yang dapat tu...
hahaha...
akak mana pulak ni??
giler aku tak tau keadaan semasa kolej aku...
miss old lady...
cuba la cakap sorang diri...
best jugak kadang-kadang...
dapat meningkatkan keyakinan diri...
cuba tau jangan tak cuba...
kalau nak suruh bawak balik satu boleh je...
nanti la pergi hantar depan umah miss old lady...
tapi jangan mengharap sangat...
tak elok...
hahaha...
*mu ni sape weh?*
azewas32...
thanks for the add la bro...
4 setengah pun dah kira okay...
carry mark pun dah nak lulus tu...
hahaha...
haha..
adik hamdi r
Mr yg komen ari tu sy la.
HAHAHAHA..!
besh ekpon bace blog org
cik apih
kalu dlu kte ley tgk ranking staff kt page yg mjd kegilaan dak tatiuc 1 ketika dlu
ala akak 2 ade 2 org je lam 2
sape2 bese berurusan nescaya tahu haha
miss old lady...
adik hamdi?
sape ek?
huhuhu...
tapi takpe la...
Mr yg komen hari tu pun tak ingat sape...
tapi thanks sebab komen :)
aq itz me...
entah la...
aku memang jarang pergi tempat gitu...
HEA dengan HEP pun aku blur lagi yang mana satu...
hahahahaha...
hamdi adam
aini adam in fb..
hoho~~~
congrats..
da interesting posting..~~
da 1st place is spain?
why?
sbb world cup?
huhu..
spain kalah ngan switzerland kew?
miss old lady...
oooo...
kenal rasanya...
tak tau pun adik hamdi pembaca blog ni...
hehehe...
selembut salju...
memang la spain no satu...
takkan nak letak brazil...
takde pun brazil dalam list tu...
hahaha...
saja je la letak camtu...
hahahaha..
selembut salju...
jangan gelak sangat...
orang dengar...
hahaha...
ok ok..
aku slow kn volume ke paras 1
selembut salju...
ye ye...
okay...
Post a Comment