My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 June 2010

aku dulu samseng kat sekolah




Kunkun!!



*entri ini terselit banyak gambar*



Kenapa hari ni baru aku tahu cuti sekolah dah start? Giler tak mengambil tahu keadaan semasa. Malu kot tersalah tanya kat budak sekolah ni tadi. Arggghhhhhh!!!

Malu Tapi Mahu | Dia panggil aku 'Abang'


Memalukan bukan? Nasib baik pandai cover. Dulu time sekolah, cuti sekolah la paling best. Mana tak best boleh bangun tidur lewat, boleh tidur lewat, boleh main game sepanjang hari dan mama takkan tanya pasal homework. Serius rindu. Rasa nak masuk sekolah semula je. Sekolah, boleh tak nak masuk awak semula? Boleh la Encik Sekolah. Please. (-.-")

SMK Bandar | Where all the drama begins


Aku pelik kenapa budak sekarang tak suka pergi sekolah. Mesti ada alasan punya. Nak demam la, tak belajar la. Rekod kehadiran aku masa sekolah boleh dikira tahap terpuji la. Ketua tingkatan mana boleh tak datang kan? Tapi dulu pergi sekolah bukan sebab nak belajar. Beg ringan je. Buku-buku dah simpan bawah meja. Pergi sekolah bawak pen je sebatang. Tapi bila balik mesti ada beberapa batang pen, pemadam yang dikerat dua, pembaris dan Liquid Paper kalau ada rezeki. Mesti tau dari mana datangnya aksesori haram tu kan? Aku pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan. Pergi sebab nak jumpa kumpulan samseng aku sendiri. Kumpulan samseng aku namanya GC. Bukankah kita akan rasa lebih besar, bangga, berani dan berkeyakinan bila berada dalam kumpulan samseng kita sendiri?

Because Of You | My school's life is happening


Masa sekolah dulu, cikgu sekolah aku tu tak pernah mengaku yang kumpulan samseng aku sebagai samseng sekolah. Kami dah cuba membuat perkara-perkara salah di sisi undang-undang. Ponteng, vandalisme, lepak, lumba haram, buli dan sebagainya tapi tetap tak dianggap samseng. Kami siap buat logo samseng kami tapi tetap dianggap tak samseng. Mungkin kerana dari pandangan cikgu-cikgu tersebut, terpancar nur di wajah kami. Hahaha.

GC Forever And Ever | 6 out of 13 Crowzers


Sebenarnya aku nak bagitau yang aku rindukan sekolah aku. Eh silap. Aku sebenarnya rindukan suasana sekolah dan kegembiraan kat sekolah. Sila fahami ayat tersebut. Rindu nak lepak hujung koridor, rindu nak makan roti tepi longkang masa rehat, rindu nak dating tepi tangga sambil cover line takut kantoi, rindu bila tak dapat dating kat sekolah curi-curi dating kat pantai, rindu nak lumba motor masa balik sekolah, rindu nak dengar junior-junior perempuan panggil aku dengan gelaran 'Abang' dan banyak lagi la.

Deadly Dating | Curi-curi dan mencuri sama ke?


Pasal kumpulan samseng aku bernama GC tu, nanti aku ceritakan lagi. Aku boleh je nak ceritakan dalam entri ni. Cuma ada beberapa perangai yang perlu ditapis. Perangai samseng la katakan. Kalau ada request yang nak tau baru aku update dalam 2 hari lagi. Ada ke yang nak tau?

Gang of Crows | Crows is better than caged birds



"When I say I miss school, I mean my friends and the fun. Not the school..."



Kunkun!!






24 comments:

Roronoa Zoro said...

hik3.. aku makin hari makin seronok lah baca blog nie... mmg unikl lah.. eh.. unik jer.. =P

weh.. cepat citer pasal GC.. aku nak tahu..

aming said...

hahaha.pih,sptutnya ak rse, kita kene masuk Universtiti lu pastu baru msuk skoloh..baru best..hahaha

aq itz m3 said...

daku trut terhibur ngan blog ni
wah..u r da best blogger der..

pu3iman said...

i miss u too....Mrs. School ahaks... sbb skol sy semua pompuan je pun. Jd dating adalah salah sama skali :p

ka a i ru said...

haha..giler ahh..
ak nk tawu sal GC...cepat2 tulis ngan semangat..huhu

Tengku Nadhirah said...

ehem2..
urm.. bwk2 laa insaf~

apih el nino said...

roronoa zoro...
unikl ke?
uitm pun takpe...
nanti la next episode aku buat pasal GC...
jangan kau tak baca pulak...
hahaha...

apih el nino said...

aming...
aku setuju...
kita masuk sekolah kemudian...
kita buat jadi Suzuran...
kita kan samseng...
kita yakuza...
hahaha...

apih el nino said...

aq itz me...
thanks la...
blog ni biasa-biasa je...
tak setanding dengan blog-blog lain...
hehehe...

apih el nino said...

pu3iman...
sekolah pempuan saja mesti best kan...
best kalau saya masuk...
sebab saya lelaki...
hahaha...

apih el nino said...

ka a i ru...
sabar bro...
lagi 2 hari aku update pasal GC...
sebab aku update blog selang 2 hari...
jangan ketinggalan tau...
hehehe...

apih el nino said...

tengku nadhirah...
dalam proses nak insaf la ni tengku...
keinsafan memerlukan keikhlasan...

meowwmania said...

wooo samseng ghupenye isk2....

apih el nino said...

meowwmania...
memang...
samseng ni...
waaaarrrggghh!!!
takut tak? takut tak?
hahaha...

aq itz m3 said...

seriuslii mmg samseng ni pnye blog bestt wakaka

MegaPena said...

Saya suka tulisan-tulisan tuan. Tulis lah selalu dan terus menulis. Tuan boleh menjadi seorang penulis yang berjaya dimasa depan. Semua tulisan tuan kalau dibukukan, memang boleh caru duit punya. Salam

apih el nino said...

aq itz me...
ye ke camtu?
pasni nak tukar nama la...
samseng dalam ego...
hahaha...

apih el nino said...

megapena...
rasanya tak perlu la panggil tuan...
tak biasa dengan gelaran tu...
aku menulis bukan kerna nama...
aku menulis hanya untuk suka-suka...
tapi sangat berterima kasih di atas pujian anda...
semoga kita sama-sama maju dalam dunia blog...
insyaallah...
peace :)

selembut salju said...

hmmmm...
kaki samseng kew..
huk9..
mcm knl jew....

apih el nino said...

selembut salju...
bukan setakat kaki samseng...
ibu jari, gusi, pankreas semua samseng ni...
mu macam kenal sape?
tak faham wei...

selembut salju said...

6t aku tny balik mu knl sape
kn aku tny aku direct kn..
malu plak mu nk jwb sini
merah meram kn muka mu tuh kn
hehheeh

apih el nino said...

selembut salju...
tanya je...
apa nak malu...
hahaha...

selembut salju said...

xpew la apih..
aku tny dah sape dia tuh
dan aku teka org yg betol
ahhaha
=))

apih el nino said...

selembut salju...
okay okay...
takde hal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...