My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

08 October 2011

sejujurnya aku suka jadi budak-budak





Ramai orang di rumah pengantin perempuan. Selepas bersalam dengan tuan rumah, mata pantas melihat kerusi plastik putih di hujung khemah tidak bertuan. Bertemankan sepinggan nasi minyak dan segelas air Sunquick, perut akhirnya kenyang dengan satu demi satu suapan.


Di luar khemah ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain sesama mereka. Tiga lelaki dan empat perempuan jumlahnya. Mereka adalah kanak-kanak yang disuruh bermain di luar kerana bimbang mengganggu acara. Mereka cuma mengikut kata. Bagi mereka itu peluang mereka bermain bersama walaupun bagi sesetengah orang itu ibarat dipinggirkan keluarga.


Tanpa menghiraukan tetamu yang hadir mereka menjerit dan berlari. Mereka naik atas kerusi plastik dan melompat tinggi-tinggi. Budak perempuan menarik rambut budak lelaki. Budak lelaki tertumpah air Sunquick di baju sendiri. Tapi mereka terus bermain seperti tiada apa yang terjadi.




Tiba satu ketika seorang budak perempuan menangis kerana budak lelaki itu mencuri coklat kepunyaannya. Budak perempuan itu pergi mengadu kepada seorang wanita muda, mungin kakaknya yang sedang makan dengan seorang lelaki muda berambut pacak atas kepala. Budak-budak lain menyalahkan budak lelaki yang enak mengunyah coklat yang dicurinya. Akhirnya budak lelaki itu mengambil satu bekas coklat lain dan memberi kepada budak perempuan yang sedang berair mata. Pujukan berjaya! Mereka bermain semula. Bermain seolah-olah tadi tidak berlaku apa-apa.


Sedikit kagum dengan cerita kanak-kanak yang belum kenal dunia. Yang mereka tahu cuma ada bermain dan bersuka ria. Tidak perlu runsing dengan masalah yang memeningkan kepala.


ps : I miss being a kid. No one cared how you dressed and we were all friends ;)




20 comments:

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

betoi sangat best bila jadi budak2 balik . ta amik kesah pom :)

Unknown said...

sgt setuju dgn p/s tuhh .

Unknown said...

huwaaaaaaaaaaaa.. rendu mase kecik2 jugak.. sob3

alfsfr.ali said...

Budak2 boleh kahwin x payah keluar duit. Best siot!

. said...

hehe..
bez jer jd budak2..
time xtau pape..
sekarang ? :)

Ungu Violet said...

budak2...keletah mereka yg memeningkan kepala itulah yg mmberi keceriaan kpd kita...

kita pon kadang2 mcm budak2 gak..huhu

BlogS of Hariyanto said...

kerinduan akan masa kecil selalu hadir melintas dalam angan sepanjang masa :)

EyqaLuvender said...

i wanna be a kid forever...huhuhu

Anonymous said...

tgok gelagat budak2 teringat kite dulu mcm tu.

rinduu lah.

Just Mini Love said...

betul2..

rasa nak blik zaman kank2 je..
sebb xpyah susah nak fikir masalh len..
bebs unutk bermain dan bersuka ria je..

anamizu said...

takde sape nak judge mase jd kanak2 kan? errr tp kalo zmn skrg ni jd kanak2 takot kene culik / liwat / rogol or even worst dead :(




luv,
cik ana

SnowladieS said...

they dun know anything. they always do what ever they wanted to.

Cik tikah said...

betul! jadi budak2 tak yah pk masalah. kan?

Elie Lily said...

zaman kanak2 adlah zaman yang tak boleh dilupakan! :)

ILA HonEyBuNNy said...

jadi kanak2 memang best...

sebab xde la nak fikir2 macam kita neh....tapi mereka satu hari pasti membesar macam kita jugak..ehhehe

zareliqa afiqa said...

sngt rindu zaman kanak2^^

diyanah dzai said...

betul betul. tak payah kisah apa orang nak cakap. takde masalah. boleh main jee dan tak payah belajar kihkihkih

Bilal binti Robah said...

i hate my kids world
sgt pasif and tadek kawan
sobs

Cik Lyn said...

setuju...dunia knk2 dipenuhi keriangan...xperlu pikir bnde2 yg complicated cm org dewasa..miss dat moment 2!!klu la dpt undur ms..

Ana Farhana said...

rindu time budak budak kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...