My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 October 2011

tragedi ngeri di sekolah selain belajar





01. "Cikgu tandas!" Dari sekolah sampai sekolah menengah, ayat ni memang famous.


02.
Hari pertama masuk kelas, cepat-cepat cari kerusi kayu. Aku memang suka
duduk kerusi kayu sebab boleh buat kaki dua. Faham ke kaki dua macam mana?


03. Mesti jalan perlahan-lahan depan tandas perempuan. Tak kira tandas pelajar
atau cikgu perempuan. Curi-curi tengok sikit. Nak bagi cerah mata.


04. "Siapa rasa jawapan dia A, angkat tangan." Usha sekeliling dulu. Kalau ramai
angkat, aku pun angkat.


05. Bila rasa nak pergi tandas masa peperiksaan, pemeriksa tu cakap ada orang dah
pergi jadi kena tunggu. Tunggu punya tunggu tak balik-balik. Stress giler!


06. Buat perancangan rapi nak curi buku teks budak yang aku tak suka bila kena
hantar buku teks sebab buku teks aku tak cukup.


07. Tandas ibarat syurga. Buang air, sorok barang bila ada spotcheck, tempat
lepak bila cikgu yang bosan mengajar, tempat tunjuk bakat melukis, tempat aku pertama kali tengok bentuk buah dada dalam versi lukisan walaupun hodoh lukisan tu, tempat luah isi hati sama ada sayang atau bencikan seseorang.


08.
Muka aku muka tandas. Sehari kalau tak pergi tandas macam tak lengkap.



09. "Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu." Arahan ni tak pernah aku
ikut. Sebab tu tak pernah dapat result yang okay kot.


10. Dulu, bagi aku, budak perempuan yang pakai stoking pendek, tudung singkat,
kain singkat, baju jarang adalah pelajar sekolah yang lepas habis sekolah, jadi Minah Rempit.


11. Suka ronda keliling sekolah. Bila terserempak dengan cikgu baru gelabah.
"Saya tengah cari cikgu blablabla..." Alasan yang meyakinkan.


12. Tak kira esok sekolah atau tak, aku tetap tidur lewat.



13.
Dalam kelas, dari aku Form 1 sampai Form 5 mesti ada kaki gosip. Dan yang
hebatnya, sepanjang 5 tahun tu juara kaki gosip kelas aku adalah orang lain-lain.


14.
Semua pelajar tengok semacam bila seorang budak yang pemalas tiba-tiba
bertugas. Sapu sampah ke, padam papan hitam ke. Bagi aku masa tu, bila orang jahat berubah jadi baik maknanya dia nak matilah tu.


15.
Tak pernah buat homework dekat rumah. Esok datang sekolah baru buat. "Dah
nama pun kerja sekolah, buat kat sekolah la!"


16. Dalam kelas, aku mesti baik dengan pelajar yang dalam pencil box dia ada
macam-macam. Daripada pen, pensil sampai gam, stapler semua ada. Biasanya budak perempuan la.


17.
Sakit hati yang teramat sangat bila tengah naik tangga sebab nak cepat tiba-
tiba ada cikgu berjalan dengan teramat perlahan kat depan. Serba salah nak potong ke tak.


18. Bila duduk rumah rasa nak pergi sekolah. Bila dekat sekolah rasa nak balik
rumah.


19.
Kalau masuk perpustakaan, atau bilik TV, dekat kerusi mesti dengan gigih
tulis "Afif El Nino was here!"


20. Hari pertama setiap sesi persekolahan : "Tahun ni aku nak belajar betul-betul, tak nak
main-main dah!" Okay, benda ni tak pernah jadi kenyataan.


ps : I miss school. Petang ini bertolak ke Shah Alam untuk Final Piala Malaysia ;)





17 comments:

cikpia said...

aku rasa majoriti kenangan skolah ko berkisar pasal tandas..... ko memang raja tandas yang lejen!!!!!

A retarded kitty said...

aku sedang mengalami no.18

Eyda Syahida said...

rindu skolah jugak.. huuuu~~

tempat ponteng kite kat bilik bahasa, sbb jadik presiden kat situu.. konon2 tolong cikgu wat keje, padahal lepak. agagaga

cik ika said...

wah2..menakutkan..hehehe..tpi tetibe rindu dah nak p sekolah lgi..yg no 20 uh memang abes baek lar..hehehe

CekbOlat-bOlat said...

no 9.. cekbolat ta pnah ikutt ! HAHA~ terbaik lah kaw afif..

teh o beng said...

hahahaha..bila baca ni terasa sama je..dah sah2 la prangai budak2 sekolah yg dh habes sekolah mmg cenggini..rindu nk g skolah balik dah..huuu

mar ismail said...

no.20 tu mmg dari dulu sampai skang x pernah jadi kenyataan.. bila da akhir tahun apetah lg bila nak exam upsr, pmr, spm & stpm baru la terkial-kial dan rasa nak ulang tahun tu dari awal. :)

iszieylyanziy said...

o2,,selalu baut,,rindunya sekolah,,,

Miss Xyz =) said...

no. 1 tu yse trsgtlah stuju! ahaha XD

cik misi said...

sekolah mne dulu

Mohd Zakwan said...

yaa, yang number 20 tu memang tak pernah jadi kenyataan ..wahaha
lagi 2 tahun je tinggal untuk aku di sekolah menengah , harap dapat nikmatinya sebaik mungkin :)
Jom dapatkan ikon laman sosial yang comel2 kat SINI(ada 50 set, pilih mana yang berkenan :D )

missamy said...

sangat rindu kat sekolah . lebih2 sekolah rendah .

Norfarahain said...

yang bab "#$#@@# wuz here" mmg stail..mane2 pon ade.ain pon ade wat.kat bangku depan kelas.haha..

Sam Banjamin said...

hai... tak pernah kene rotan ke time kat sekolan dulu? Sam? bukan takat rotan... pelempang pun pernah...

sabry oppa said...

nice entry.. terkenang pulak...

Detective Fiqa said...

terbaik ^^

izaFiza said...

haha.agak2 kalu nk msuk tnds kena byr 50sen afif g ke dop?heee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...